Tambahkan & edit carta atau graf


Inginkan ciri lanjutan Google Workspace untuk perniagaan anda?

Cuba Google Workspace sekarang!

Buat carta atau graf

  1. Buka hamparan dalam Google Sheets pada komputer anda.
  2. Pilih sel yang mahu anda sertakan dalam carta anda.
  3. Klik Sisipkan kemudian Carta.
Tukar jenis carta
  1. Pada komputer anda, buka hamparan dalam Google Sheets.
  2. Klik dua kali carta yang mahu anda tukar.
  3. Pada sebelah kanan, klik Persediaan.
  4. Dalam bahagian "Jenis carta", klik Anak panah ke bawah Anak panah ke bawah.
  5. Pilih carta daripada senarai.

Ketahui perihal jenis carta dan graf dengan lebih lanjut.

Tukar julat data

"Julat data" ialah set sel yang mahu anda sertakan dalam carta anda.

  1. Pada komputer anda, buka hamparan dalam Google Sheets.
  2. Klik dua kali carta yang mahu anda tukar.
  3. Pada sebelah kanan, klik Persediaan.
  4. Dalam bahagian "Julat data", klik Grid Grid.
  5. Pilih sel yang mahu anda sertakan dalam carta anda.
  6. Pilihan: Untuk menambahkan lebih banyak data pada carta, klik Tambahkan julat lain. Kemudian, pilih sel yang mahu anda tambahkan.
  7. Klik OK.

Ubah rupa carta

Tukar warna, garisan, bentuk, kelegapan & fon

Tambahkan garisan grid

Anda boleh menambahkan garisan grid pada carta anda untuk memudahkan pembacaan data.

Sebelum anda membuat pengeditan: Garisan grid boleh ditambahkan pada carta garisan, carta kawasan, carta lajur, carta bar, carta serak, carta air terjun, carta histogram, carta radar atau carta kaki lilin.

  1. Pada komputer anda, buka hamparan dalam Google Sheets.
  2. Klik dua kali carta yang mahu anda tukar.
  3. Pada sebelah kanan, klik Sesuaikan.
  4. Klik Garisan grid.
  5. Pilihan: Jika carta anda mengandungi garisan grid mendatar dan menegak, bersebelahan "Gunakan pada", pilih garisan grid yang mahu anda ubah.
  6. Buat perubahan pada garisan grid.

Petua:

  • Untuk menyembunyikan garisan grid tetapi mengekalkan label paksi, gunakan warna yang sama untuk garisan grid dan latar carta.
  • Untuk menyesuaikan bilangan garisan grid, dalam kotak di bawah "Kiraan garisan grid utama" atau "Kiraan garisan grid kecil", masukkan nombor.
Edit titik & bar berasingan

Sebelum anda membuat pengeditan: Anda boleh menukar titik dan bar carta bar, carta lajur, carta garisan, carta serak dan jenis carta kombo tertentu.

  1. Pada komputer anda, buka hamparan dalam Google Sheets.
  2. Pada carta, klik kanan bar atau titik.
  3. Klik Format Titik Data.
  4. Buat perubahan anda.

Petua: Anda boleh menambahkan sempadan pada bar dan lajur tetapi bukan pada titik atau garisan.

Tukar latar, fon & pilihan lain

Pilihan yang boleh anda tukar bergantung pada jenis carta anda. Ketahui perihal setiap carta dengan lebih lanjut.

  1. Pada komputer anda, buka hamparan dalam Google Sheets.
  2. Klik dua kali carta yang mahu anda tukar.
  3. Pada sebelah kanan, klik Sesuaikan.
  4. Klik Gaya carta.
  5. Buat perubahan yang anda mahukan.

Edit perkataan

Edit tajuk

Anda boleh menukar tajuk, tajuk kecil atau fon tajuk.

Sebelum anda membuat pengeditan: Tajuk dan tajuk kecil boleh ditambahkan pada carta garisan, carta kawasan, carta lajur, carta bar, carta serak, carta pai, carta air terjun, carta histogram, carta radar, carta kaki lilin atau carta peta pohon.

  1. Pada komputer anda, buka hamparan dalam Google Sheets.
  2. Klik dua kali carta yang mahu anda tukar.
  3. Pada sebelah kanan, klik Sesuaikan.
  4. Klik Tajuk carta & paksi.
  5. Bersebelahan "Jenis", pilih tajuk yang mahu anda tukar.
  6. Dalam bahagian "Teks tajuk", masukkan tajuk.
  7. Buat perubahan pada tajuk dan fon.

Petua: Untuk mengedit tajuk sedia ada pada carta, klik dua kali tajuk tersebut. 

Edit petunjuk

Petunjuk menerangkan data dalam carta. 

Sebelum anda mengedit: Anda boleh menambahkan petunjuk pada carta garisan, kawasan, lajur, bar, serak, pai, air terjun, histogram atau radar.

  1. Buka hamparan dalam Google Sheets pada komputer anda.
  2. Klik dua kali carta yang mahu anda tukar.
  3. Pada sebelah kanan, klik Sesuaikan kemudian Petunjuk.
  4. Untuk menyesuaikan petunjuk anda, anda boleh menukar kedudukan, fon, gaya dan warna.  
Petua: Untuk menyesuaikan item petunjuk secara berasingan, klik dua kali teks.
Tambahkan atau edit pengepala petunjuk
  1. Buka hamparan dalam Google Sheets pada komputer anda.
  2. Klik dua kali carta yang mahu anda tukar.
    • Petua: Pastikan teks yang mahu anda paparkan dalam petunjuk ialah baris atau lajur pertama set data anda.
  3. Pada sebelah kanan, klik Persediaan.
  4. Buat pilihan:
    • Jika pengepala berada dalam baris: Klik Gunakan baris N sebagai pengepala.
    • Jika pengepala berada dalam lajur: Klik Tukar baris/lajur dan Gunakan lajur N sebagai pengepala

Petua: Untuk menyesuaikan item petunjuk secara berasingan, klik dua kali teks.

Alihkan, ubah saiz atau padamkan

Padamkan atau alihkan item pada carta anda

Padamkan item

Anda boleh memadamkan sesetengah item carta seperti tajuk, petunjuk, label data dan bar ralat. Untuk memadamkan item:

  • Untuk memadamkan item tertentu pada carta, klik dua kali item tersebut. Kemudian, tekan kekunci padam atau undur ruang.
  • Untuk memadamkan label data atau bar ralat, klik dua kali satu label untuk memilih semua label. Kemudian, klik kali ketiga untuk memilih label/bar data tunggal.

Petua: Untuk mengalih keluar item lain pada carta anda, klik dua kali carta untuk membuka panel sisi. 

Alihkan item

Anda boleh mengalihkan sesetengah label carta seperti petunjuk, tajuk dan label data berasingan. Anda tidak boleh mengalihkan label pada carta pai atau mana-mana bahagian carta yang menunjukkan data, seperti paksi atau bar dalam carta bar. Untuk mengalihkan item:

  • Untuk mengalihkan item kepada kedudukan baharu, klik dua kali item pada carta yang mahu anda alihkan. Kemudian, klik dan seret item kepada kedudukan baharu. Anda juga boleh menggunakan anak panah papan kekunci untuk mengalihkan item.
  • Untuk menetapkan semula kedudukan satu item, klik kanan item tersebut. Kemudian, klik Tetapkan semula reka letak. 
  • Untuk menetapkan semula kedudukan semua item, buka editor carta dengan mengklik dua kali carta, mengakses tab “Sesuaikan” dan mengklik Gaya carta Tetapkan semula reka letak. 

Pintasan papan kekunci

Anda boleh menggunakan papan kekunci anda untuk menavigasi carta dengan pantas.

  • Anda boleh menerokai lapisan elemen. Untuk memilih bahagian carta yang berbeza, tekan Enter. 
  • Untuk beralih antara elemen carta, tekan Tab.
  • Untuk melangkau satu tahap, tekan Esc.
  • Untuk memasuki tahap lain, tekan Enter.
  • Untuk menerokai pelbagai objek pada tahap tersebut, tekan Tab.
  • Untuk bergerak ke arah yang bertentangan dengan “Tab”, tekan Shift + Tab.
Alihkan carta
  1. Pada komputer anda, buka hamparan dalam Google Sheets.
  2. Klik carta yang mahu anda alihkan.
  3. Seret carta kepada tempat yang anda mahukan.

Petua: Untuk mengalihkan lebih daripada satu item pada masa yang sama, tekan CTRL atau Command dan klik item yang mahu anda alihkan.

Ubah saiz carta
  1. Pada komputer anda, buka hamparan dalam Google Sheets.
  2. Klik carta yang mahu anda ubah.
  3. Seret penanda biru untuk mengubah saiz carta.

Petua: Untuk mengubah saiz lebih daripada satu item dengan jumlah yang sama, tekan CTRL atau Command dan klik item yang mahu anda ubah saiz.

Artikel berkaitan

true
Lawati Pusat Pembelajaran

Menggunakan produk Google, seperti Google Docs, di tempat kerja atau sekolah? Cuba petua, tutorial dan templat yang berkuasa. Ketahui cara bekerja pada fail Office tanpa memasang Office, membuat rancangan projek dan kalendar pasukan yang dinamik, mengatur peti masuk anda secara automatik serta pelbagai lagi.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10309480655317180912
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
35
false
false
false
false