Laporkan Penyalahgunaan
Jika anda percaya bahawa seseorang melanggar dasar yang terdapat di bawah, sila laporkan penyalahgunaan.
Laporan tidak menjamin pengalihan keluar fail atau sebarang tindakan lain daripada pihak Google. Kandungan yang bertentangan dengan pendapat anda atau yang anda anggap tidak sesuai tidak semestinya melanggar Syarat Perkhidmatan atau dasar program Google. Selepas anda menyerahkan laporan, Google mungkin menghubungi anda untuk mengetahui perihal kandungan laporan tersebut dengan lebih lanjut.
Untuk melaporkan pelanggaran hak cipta atau isu perundangan yang lain, sila gunakan alat ini yang akan membimbing anda melalui proses melaporkan kandungan yang anda percaya patut dialih keluar daripada perkhidmatan Google berdasarkan undang-undang yang bersesuaian.
Untuk pengguna di UK, temukan maklumat lanjut tentang pelaporan dan Akta Keselamatan Dalam Talian UK.
Dasar Program
Perampasan AkaunJangan akses akaun pengguna lain tanpa kebenaran mereka. Kami boleh mengambil tindakan sewajarnya jika kami diberitahu tentang perampasan akaun termasuk mengalih keluar akses kepada sesetengah produk kami atau melumpuhkan Google Account anda.
Kemaskinian terakhir: Januari 2020
Gunakan produk untuk kekal aktif. Aktiviti termasuk mengakses kandungan produk atau menyimpan kandungan baharu pada produk sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun. Kami boleh mengambil tindakan terhadap akaun yang tidak aktif, termasuk memadamkan kandungan anda daripada produk. Ketahui maklumat lanjut di sini.
Kemaskinian terakhir: Oktober 2022
Jangan buat, muat naik atau edarkan kandungan yang mengeksploitasi atau mendera kanak-kanak. Hal ini termasuk semua bahan penderaan seksual kanak-kanak. Untuk melaporkan kandungan pada produk Google yang mungkin mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak, klik “Laporkan penyalahgunaan”. Jika anda menemukan kandungan di tempat lain pada Internet, sila hubungi terus agensi yang berkaitan di negara anda.
Secara umumnya, Google menghalang penggunaan produk kami untuk membahayakan kanak-kanak. Hal ini termasuk tetapi tidak terhad kepada tingkah laku pemangsa terhadap kanak-kanak seperti:
- ‘Antun seksual kanak-kanak’ (contohnya, berbaik-baik dengan kanak-kanak secara dalam talian untuk memudahkan hubungan seksual dan/atau bertukar-tukar imej seksual dengan kanak-kanak itu, secara dalam talian atau luar talian);
- ‘Pemerasan seksual’ (contohnya mengancam atau memeras ugut kanak-kanak menggunakan akses sebenar atau akses yang didakwa kepada imej kanak-kanak yang terlalu peribadi)
- Penseksualan kanak-kanak bawah umur (contohnya, imej yang menggambarkan, mendorong atau menggalakkan penderaan seksual kanak-kanak atau penggambaran kanak-kanak dengan cara yang boleh mengakibatkan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak); dan
- Pemerdagangan kanak-kanak (contohnya, pengiklanan atau pengumpanan kanak-kanak untuk eksploitasi seksual komersial).
Kami akan mengalih keluar kandungan sedemikian dan mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk melaporkan kandungan itu kepada National Center for Missing & Exploited Children, mengehadkan akses kepada ciri produk, dan melumpuhkan akaun. Jika anda percaya terdapat kanak-kanak dalam bahaya atau yang telah mengalami penderaan, eksploitasi, atau diperdagangkan, hubungi polis dengan segera. Jika anda sudah membuat laporan kepada polis dan masih memerlukan bantuan, anda boleh melaporkan tingkah laku itu kepada Google.
Ketahui perihal usaha Google untuk memerangi penderaan seksual kanak-kanak dengan lebih lanjut.
Kemaskinian terakhir: Mei 2025
Jangan terlibat dalam tindakan yang bertujuan untuk memintasi dasar kami, mensubversikan sekatan yang dikenakan pada akaun anda, atau mengedarkan kandungan yang dialih keluar dalam produk Google yang lain.
Hal ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
- Membuat atau menggunakan berbilang akaun atau kaedah lain yang bertujuan untuk melibatkan diri dalam gelagat yang dilarang sebelum ini.
- Berkongsi apl yang digantung oleh Dasar Pembangun Google Play secara umum.
- Berkongsi video secara umum yang tidak mematuhi Garis Panduan Komuniti YouTube.
Kami boleh mengambil tindakan yang sewajarnya jika kami diberitahu tentang pemintasan, yang mungkin termasuk mengehadkan perkongsian fail, mengalih keluar akses kepada sesetengah produk kami atau melumpuhkan Google Account anda.
Kemaskinian terakhir: Mac 2021
Jangan gunakan produk ini untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang atau untuk menggalakkan aktiviti, barangan, perkhidmatan, atau maklumat yang boleh menyebabkan kemudaratan serius dan serta-merta kepada orang atau haiwan. Walaupun kami membenarkan maklumat umum untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik, atau kesenian tentang kandungan ini, kami menentukan batasnya apabila kandungan tersebut memberikan mudarat dengan mudah atau menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika kami diberitahu tentang aktiviti yang menyalahi undang-undang, termasuk melaporkan anda kepada pihak berkuasa yang berkenaan, mengalih keluar akses kepada sesetengah produk kami atau melumpuhkan Google Account anda.
Kemaskinian terakhir: Oktober 2022
Jangan menipu, memperdaya atau mengelirukan pengguna untuk menjana keuntungan kewangan atau membahayakan secara peribadi. Kemudaratan ini termasuk menyediakan arahan, merekrut atau memudahkan komplot dan penipuan. Kandungan berbentuk penipuan termasuk tetapi tidak terhad kepada ulasan palsu, skim cepat kaya, yuran pendahuluan, komplot percintaan, cabutan bertuah dan pelaburan.
Kemaskinian terakhir: Ogos 2023
Jangan ganggu, buli atau ancam orang lain. Kami juga tidak membenarkan produk ini digunakan untuk melibatkan diri atau menghasut orang lain supaya terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini termasuklah memilih seseorang bagi penyalahgunaan yang berniat jahat, mengancam seseorang dengan kecederaan serius, mengaitkan seseorang secara seksual melalui cara yang tidak diingini, mendedahkan maklumat peribadi orang lain yang boleh digunakan untuk membuat ancaman, meremeh-remehkan atau mengecil-ngecilkan sasaran keganasan atau tragedi, menghasut seseorang untuk melakukan aktiviti ini atau mengganggu seseorang dengan cara lain. Perlu diingat bahawa gangguan dalam talian menyalahi undang-undang di banyak tempat dan boleh membawa kesan yang serius di luar talian bagi pelaku dan juga mangsa. Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika kami diberitahu tentang ancaman kecederaan atau keadaan berbahaya yang lain, termasuk melaporkan anda kepada pihak berkuasa yang berkenaan, mengalih keluar akses kepada sesetengah produk kami atau melumpuhkan Google Account anda.
Kemaskinian terakhir: Ogos 2022
Jangan libatkan diri dalam pertuturan berunsur kebencian. Pertuturan berunsur kebencian ialah kandungan yang menggalakkan atau mengizinkan keganasan terhadap atau mempunyai tujuan utama untuk menghasut kebencian terhadap individu atau kumpulan berdasarkan bangsa atau asal-usul etnik, agama, kecacatan, umur, kewarganegaraan, status veteran, orientasi seksual, jantina, identiti jantina atau apa-apa sifat lain yang dikaitkan dengan diskriminasi atau pemarginalan sistemik.
Kemaskinian terakhir: Ogos 2022
Jangan menyamar sebagai orang atau organisasi lain atau membuat salah nyataan tentang diri anda sendiri. Hal ini termasuk menyamar sebagai mana-mana individu atau organisasi yang tidak anda wakili; atau memberikan maklumat yang mengelirukan tentang identiti, kelayakan, pemilikan, tujuan, produk, perkhidmatan atau perniagaan pengguna/laman.
Hal ini juga termasuk kandungan atau akaun yang memberikan salah nyataan atau menyembunyikan pemilikan atau tujuan utama mereka seperti memberikan salah nyataan atau sengaja menyembunyikan negara asal atau butiran penting lain tentang diri anda semasa menujukan kandungan tentang politik, masalah sosial, atau perkara yang melibatkan kepentingan awam kepada pengguna di negara selain negara anda. Kami membenarkan parodi, satira dan penggunaan nama samaran atau nama pena – cuma elakkan kandungan yang mungkin mengelirukan khalayak anda tentang identiti sebenar anda.
Kemaskinian terakhir: Ogos 2022
Jangan hantar perisian hasad atau sebarang kandungan yang membahayakan atau mengganggu pengendalian rangkaian, pelayan, peranti pengguna akhir atau infrastruktur lain. Hal ini termasuk pengehosan, pembenaman atau penghantaran perisian hasad, virus, kod memusnah atau perisian atau kandungan serupa yang lain yang berbahaya atau tidak dikehendaki, secara langsung. Hal ini juga termasuk kandungan yang menghantar virus, menyebabkan pemaparan tetingkap timbul, percubaan memasang perisian tanpa kebenaran pengguna, atau menjejaskan pengguna dengan kod hasad. Lihat Dasar Penyemakan Imbas Selamat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kemaskinian terakhir: Oktober 2019
Jangan edarkan kandungan yang menipu, mengelirukan atau membingungkan pengguna. Ini termasuk:
Kandungan mengelirukan yang berkaitan dengan proses sivik dan demokratik: kandungan yang jelas palsu dan boleh menjejaskan penyertaan dengan ketara atau kepercayaan dalam proses sivik atau demokratik. Ini meliputi maklumat tentang prosedur undian awam, kelayakan calon politik berdasarkan umur / tempat lahir, keputusan pilihan atau penyertaan bancian yang bercanggah dengan rekod kerajaan rasmi. Hal ini juga meliputi dakwaan tidak betul bahawa tokoh politik atau pegawai kerajaan telah mati, terlibat dalam kemalangan atau sedang menderita sakit mengejut yang serius.
Kandungan mengelirukan yang berkaitan dengan teori konspirasi berbahaya: kandungan yang mempromosikan atau mengukuhkan kepercayaan bahawa terdapat individu atau kumpulan yang melakukan tindakan yang menyebabkan bahaya meluas secara sistematik. Kandungan ini bercanggah dengan bukti kukuh dan telah mengakibatkan atau menghasut keganasan.
Kandungan mengelirukan yang berkaitan dengan amalan kesihatan yang berbahaya: kandungan kesihatan atau perubatan mengelirukan yang mempromosikan atau menggalakkan supaya orang lain melibatkan diri dalam amalan yang boleh membawa kepada bahaya fizikal atau emosi yang serius kepada individu, atau bahaya kesihatan awam yang serius.
Media yang dimanipulasi: media yang telah dimanipulasi atau dipalsukan dengan cara yang mengelirukan pengguna dan boleh menimbulkan risiko serius terhadap bahaya yang keterlaluan.
Kemaskinian terakhir: September 2021
Jangan simpan atau edarkan imej atau video bogel, seks eksplisit atau intim peribadi tanpa persetujuan subjek. Jika seseorang telah menghantar imej atau video kebogelan, berunsur seks yang eksplisit atau intim peribadi berkaitan diri anda, sila laporkan perbuatan itu kepada kami di sini.
Kemaskinian terakhir: Oktober 2023
Jangan edarkan maklumat peribadi atau sulit tanpa keizinan. Jangan kumpulkan maklumat peribadi atau sulit. Contoh maklumat peribadi dan sulit termasuk nombor Keselamatan Sosial AS, nombor akaun bank, nombor kad kredit, imej tandatangan dan dokumen kesihatan peribadi. Dalam kebanyakan keadaan, kami secara umumnya tidak memproses tindakan penguatkuasaan sekiranya maklumat ini tersedia di tempat lain di Internet atau dalam rekod awam, seperti nombor ID nasional yang disenaraikan di laman web kerajaan. Kami mungkin mengenakan sekatan tambahan pada maklumat yang berkaitan dengan kanak-kanak bawah umur.
Kemaskinian terakhir: Ogos 2024
Jangan gunakan produk ini untuk pancingan data. Hal ini termasuk mengumpan atau mengumpulkan data sensitif seperti kata laluan, butiran kewangan dan nombor keselamatan sosial.
Kemaskinian terakhir: Oktober 2019
Jangan jual, iklankan, atau mudahkan penjualan barangan dan perkhidmatan terkawal. Barangan dan perkhidmatan terkawal termasuk arak, perjudian, farmaseutikal, makanan tambahan yang tidak diluluskan, tembakau, bunga api, senjata atau peranti kesihatan/perubatan.
Kemaskinian terakhir: Oktober 2019
Jangan edarkan kandungan yang terdapat bahan seks eksplisit, seperti kebogelan, aksi seks yang grafik serta bahan pornografi. Hal ini termasuk menghalakan trafik ke laman pornografi komersial. Kami membenarkan kebogelan untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau kesenian.
Kemaskinian terakhir: Januari 2021
Jangan hantar spam. Hal ini mungkin termasuk kandungan promosi atau komersil yang tidak dikehendaki, kandungan tidak dikehendaki yang dibuat oleh atur cara automatik, kandungan berulang-ulang yang tidak dikehendaki, kandungan karut atau apa-apa pengumpanan yang dibuat secara besar-besaran.
Kemaskinian terakhir: Oktober 2019
Jangan menyalahgunakan produk ini dan jangan merosakkan, merendahkan atau menjejaskan secara negatif pengendalian rangkaian, peranti atau infrastruktur lain Google atau pihak lain. Hal ini termasuk merendahkan, melumpuhkan atau mengganggu secara negatif mana-mana aspek produk atau perkhidmatan produk. Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika kami diberitahu tentang gangguan dan penyalahgunaan sistem termasuk mengalih keluar akses kepada sesetengah produk kami atau melumpuhkan Google Account anda.
Kemaskinian terakhir: Januari 2020
Jangan simpan atau edarkan imej kanak-kanak bawah umur tanpa persetujuan yang jelas daripada ibu bapa, penjaga atau wakil sah kanak-kanak itu. Jika seseorang telah menyimpan atau mengedarkan imej kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran yang diperlukan, sila laporkan kepada kami di sini.
Kemaskinian terakhir: Oktober 2019
Jangan simpan atau edarkan kandungan ganas atau ngeri yang melibatkan orang atau haiwan sebenar jika tujuan utamanya hanyalah untuk membuat kejutan, kegemparan atau tujuan yang tidak sepatutnya. Hal ini termasuk keganasan yang sangat grafik seperti pemotongan anggota badan atau bahan visual mayat dicacatkan yang dirakam dari jarak dekat. Bahan grafik seperti kandungan yang memaparkan jumlah darah yang ketara mungkin dibenarkan dalam konteks berbentuk pendidikan, dokumentari, saintifik atau seni. Namun, sila pastikan anda memberikan maklumat yang mencukupi untuk membantu orang ramai memahami konteks tersebut. Dalam sesetengah keadaan, kandungan mungkin tersangat ganas atau mengejutkan sehingga tiada konteks yang akan membolehkan kandungan itu kekal pada platform kami. Akhir sekali, jangan menggalakkan orang lain melakukan tindakan keganasan tertentu.
Kemaskinian terakhir: Oktober 2019
Organisasi dan gerakan bukan kerajaan yang diketahui ganas tidak dibenarkan untuk menggunakan produk ini untuk sebarang tujuan. Jangan edarkan kandungan yang memudahkan atau menggalakkan aktiviti kumpulan ini, seperti merekrut, menyelaras aktiviti dalam dan luar talian, berkongsi manual atau bahan lain yang boleh memudahkan kemudaratan, mempromosikan ideologi organisasi ganas bukan kerajaan, mempromosikan tindakan pengganas, menghasut keganasan atau meraikan serangan oleh organisasi ganas bukan kerajaan. Bergantung pada kandungan, kami juga mungkin mengambil tindakan terhadap pengguna. Kandungan yang berkaitan dengan organisasi ganas bukan kerajaan mungkin dibenarkan dalam konteks pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik, tetapi sila berikan maklumat yang mencukupi bagi membantu orang ramai memahami konteksnya.
Dasar Tambahan
Penggunaan dan Penyerahan KandunganDasar untuk galeri templat
- untuk menghasilkan semula Penyerahan Galeri;
- untuk membuat dan menghasilkan semula kerja-kerja terbitan daripada Penyerahan Galeri;
- untuk memaparkan secara terbuka dan mengedarkan salinan Penyerahan Galeri;
- untuk memaparkan secara terbuka dan mengedarkan salinan kerja-kerja terbitan daripada Penyerahan Galeri.
Anda bersetuju bahawa lesen yang anda berikan kepada pengguna akhir Google bersifat kekal. Selanjutnya, bagi mengelakkan keraguan, Google mempunyai dan anda memberikan kepada Google, hak untuk menyindiketkan Penyerahan Galeri yang anda serahkan melalui Google Docs dan menggunakan Penyerahan Galeri itu berhubung dengan sebarang Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google. Anda memegang hak untuk menghentikan pengedaran Penyerahan Galeri melalui Galeri Kandungan Google Docs pada bila-bila masa sahaja; jikalau sebarang pemilihan sedemikian tidak mengakibatkan lesen yang telah diberikan kepada pengguna akhir Google di bawah Syarat Perkhidmatan ini ditarik balik. Untuk menghentikan pengedaran Penyerahan Galeri melalui Galeri Kandungan Google Docs, anda hendaklah menggunakan fungsi penyingkiran yang disediakan dalam Perkhidmatan dan dalam keadaan ini, penyingkiran Penyerahan Galeri akan berkuat kuasa dalam tempoh masa yang munasabah.
Anda mewakili dan memberi jaminan bahawa (a) anda memiliki atau telah mendapat hak undang-undang yang diperlukan untuk menyediakan semua Penyerahan Galeri yang anda serahkan melalui Google Docs dan akan memelihara hak ini selama Penyerahan Galeri tersedia kepada pengguna akhir Google; dan (b) semua Penyerahan Galeri yang anda serahkan melalui Google Docs mematuhi Dasar Program yang disiarkan.
Google tidak menuntut pemilikan sebarang Penyerahan Galeri yang anda serahkan melalui Google Docs. Anda mengekalkan hak cipta dan sebarang hak lain, termasuk hak harta intelek yang telahpun anda pegang dalam Penyerahan Galeri. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk melindungi dan menguatkuasakan hak ini dan bahawa Google tidak berkewajipan untuk melakukannya bagi pihak anda.
Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk (dan bahawa Google tidak bertanggungjawab terhadap anda mahupun terhadap mana-mana pihak ketiga untuk) sebarang Penyerahan Galeri yang anda serahkan. Dalam apa cara sekalipun, Google tidak bertanggungjawab ke atas penggunaan atau penyalahgunaan kemudiannya oleh pengguna akhir Google yang mengakses Penyerahan Galeri anda.
Google mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang atau semua Penyerahan Galeri atas budi bicara mutlaknya.
Cara Google boleh menggunakan serahan templat anda
Jika anda memilih untuk menyerahkan Kandungan untuk menjadi sebahagian daripada Galeri Kandungan, anda mengarahkan dan memberi Google dan ahli gabungan Google keizinan untuk mengehos, memautkan dan sebaliknya menggabungkan Serahan Galeri anda dalam Google Docs dan anda memberi Google dan pengguna akhir Google lesen bukan eksklusif tanpa royalti di seluruh dunia untuk melaksanakan hak dalam Serahan Galeri, seperti yang dinyatakan di bawah:
- untuk menghasilkan semula Penyerahan Galeri;
- untuk membuat dan menghasilkan semula kerja-kerja terbitan daripada Penyerahan Galeri;
- untuk memaparkan secara terbuka dan mengedarkan salinan Penyerahan Galeri;
- untuk memaparkan secara terbuka dan mengedarkan salinan kerja-kerja terbitan daripada Penyerahan Galeri.
Anda bersetuju bahawa lesen yang anda berikan kepada pengguna akhir Google bersifat kekal. Selanjutnya, bagi mengelakkan keraguan, Google mempunyai dan anda memberikan kepada Google, hak untuk menyindiketkan Penyerahan Galeri yang anda serahkan melalui Google Docs dan menggunakan Penyerahan Galeri itu berhubung dengan sebarang Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google. Anda memegang hak untuk menghentikan pengedaran Penyerahan Galeri melalui Galeri Kandungan Google Docs pada bila-bila masa sahaja; jikalau sebarang pemilihan sedemikian tidak mengakibatkan lesen yang telah diberikan kepada pengguna akhir Google di bawah Syarat Perkhidmatan ini ditarik balik. Untuk menghentikan pengedaran Penyerahan Galeri melalui Galeri Kandungan Google Docs, anda hendaklah menggunakan fungsi penyingkiran yang disediakan dalam Perkhidmatan dan dalam keadaan ini, penyingkiran Penyerahan Galeri akan berkuat kuasa dalam tempoh masa yang munasabah.
Anda mewakili dan memberi jaminan bahawa (a) anda memiliki atau telah mendapat hak undang-undang yang diperlukan untuk menyediakan semua Penyerahan Galeri yang anda serahkan melalui Google Docs dan akan memelihara hak ini selama Penyerahan Galeri tersedia kepada pengguna akhir Google; dan (b) semua Penyerahan Galeri yang anda serahkan melalui Google Docs mematuhi Dasar Program yang disiarkan.
Google tidak menuntut pemilikan sebarang Penyerahan Galeri yang anda serahkan melalui Google Docs. Anda mengekalkan hak cipta dan sebarang hak lain, termasuk hak harta intelek yang telahpun anda pegang dalam Penyerahan Galeri. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk melindungi dan menguatkuasakan hak ini dan bahawa Google tidak berkewajipan untuk melakukannya bagi pihak anda.
Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk (dan bahawa Google tidak bertanggungjawab terhadap anda mahupun terhadap mana-mana pihak ketiga untuk) sebarang Penyerahan Galeri yang anda serahkan. Dalam apa cara sekalipun, Google tidak bertanggungjawab ke atas penggunaan atau penyalahgunaan kemudiannya oleh pengguna akhir Google yang mengakses Penyerahan Galeri anda.
Google mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang atau semua Penyerahan Galeri atas budi bicara mutlaknya.
Baca Syarat Perkhidmatan Google yang lengkap.
Google Drive membenarkan anda menyimpan, berkongsi dan menstrim kandungan video tetapi tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti rangkaian pengedaran kandungan. Untuk penstriman awam besar-besaran, YouTube ialah medium yang lebih sesuai. Google Drive akan mengehadkan penggunaan sekiranya digunakan untuk penstriman awam berskala besar. Pelanggaran berulang boleh mengakibatkan tindakan tambahan dikenakan termasuk penamatan akaun atau keupayaan anda untuk menggunakan Google Drive.