Kandungan yang dilarang & terhad

Kandungan & gelagat yang mengelirukan

Penglibatan palsu

Sumbangan kepada Google Maps hendaklah menggambarkan pengalaman sebenar di tempat atau perniagaan tertentu. Penglibatan palsu tidak dibenarkan dan akan dialih keluar.

Hal ini termasuk:

  • Membayar, memberikan insentif atau menggalakkan penyiaran kandungan yang tidak mewakili pengalaman asli.
  • Tidak menggalakkan atau melarang ulasan negatif, atau mendapatkan ulasan positif secara selektif daripada pelanggan.
  • Kandungan yang tidak berdasarkan pengalaman sebenar dan tidak mewakili dengan tepat lokasi atau produk yang berkenaan.
  • Kandungan yang telah disumbangkan sebagai ganti kepada diskaun, barangan dan/atau perkhidmatan percuma yang diberikan sebagai ganjaran oleh perniagaan.
    Perkara ini termasuk permintaan pedagang untuk menyemak semula atau mengalih keluar ulasan negatif menerusi diskaun yang ditawarkan, barangan atau perkhidmatan percuma atau insentif lain.
  • Kandungan yang telah disiarkan oleh pesaing untuk menentukan reputasi perniagaan atau produk.
  • Kandungan yang telah disiarkan daripada berbilang akaun untuk memanipulasi rating tempat tertentu.
  • Kandungan yang telah disiarkan menggunakan emulator atau peranti lain yang menceroboh perkhidmatan, sistem pengendalian yang diubah suai atau kaedah lain yang meniru interaksi tulen, memanipulasi data atau keputusan penderia, atau sebaliknya menghalang atau mengelirukan operasi biasa.
Penyamaran

Penggunaan Google Maps untuk mengelirukan pengguna lain bertentangan dengan niat untuk memberikan maklumat yang berguna bagi membantu pengguna semasa mereka meneroka dunia di sekeliling mereka. Jangan gunakan Google Maps untuk menyamar sebagai mana-mana individu, kumpulan atau organisasi.

Hal ini termasuk:

  • Kandungan yang disiarkan atau dikongsi untuk menyamar sebagai mana-mana individu, kumpulan atau organisasi.
  • Kandungan yang menyamar sebagai sumber berwibawa yang disahkan.

Kami membenarkan kandungan yang mengandungi nama alternatif individu atau organisasi apabila kandungan tersebut tidak cuba mengelirukan pengguna lain.

Maklumat salah

Maklumat yang palsu, tidak tepat atau menipu boleh menyebabkan mudarat kepada individu, perniagaan dan masyarakat dengan ketara. Atas sebab ini, kami tidak membenarkan pengguna menyiarkan maklumat salah.

Hal ini termasuk:

  • Kandungan berbahaya yang mengandungi maklumat kesihatan atau perubatan berbentuk penipuan atau mengelirukan.
  • Kandungan berbahaya yang mengandungi maklumat berbentuk penipuan atau mengelirukan tentang proses sivik.
  • Kandungan berbahaya tentang peristiwa yang bernilai berita atau wacana sivil yang telah dimanipulasi untuk menipu atau mengelirukan pengguna.

Kami membenarkan kandungan daripada sumber berwibawa yang boleh disahkan.

Salah nyataan

Maklumat yang mengelirukan boleh menjejaskan kualiti maklumat pada Google Maps. Atas sebab ini, kami tidak membenarkan individu menggunakan Google Maps untuk mengelirukan atau menipu pengguna lain atau membuat salah nyataan.

Hal ini termasuk:

  • Pernyataan yang palsu atau mengelirukan tentang perihalan atau kualiti barangan atau perkhidmatan.
  • Memutarbelitkan atau mengecualikan fakta untuk menipu pengguna lain.
  • Memutarbelitkan atau mengecualikan maklumat yang boleh membuat kesan yang tidak wajar pada pembuatan keputusan pengguna.
  • Kandungan berdasarkan percanggahan kepentingan.
  • Menyiarkan kandungan yang memperdayakan pengguna untuk mendedahkan maklumat sulit, memuat turun perisian yang tidak diingini atau perisian hasad, atau memancing data atau mengumpan pengguna.

Kandungan & gelagat yang tidak sesuai

Gangguan

Kami tidak membenarkan pengguna menyiarkan kandungan untuk mengganggu orang atau perniagaan lain atau menggalakkan orang lain terlibat dalam gangguan.

Hal ini termasuk:

  • Kandungan yang mengandungi ancaman mudarat khusus terhadap individu atau kumpulan orang yang tertentu yang secara munasabah boleh menyebabkan seseorang khuatir keselamatan atau kesejahteraan mental atau fizikal mereka akan terjejas.
  • Doxxing.
  • Kandungan yang menyebabkan penggambaran diri seseorang secara seksual atau sebagai objek, termasuk dakwaan tentang aktiviti seksual, orientasi seksual atau identiti jantina seseorang.
Pertuturan berunsur kebencian

Produk Google Maps direka bentuk untuk membantu pengguna menavigasi dan meneroka dunia di sekeliling mereka. Di Google, kami percaya bahawa semua orang, tanpa mengira kaum, etnik, agama, ketidakupayaan, umur, kewarganegaraan, status veteran, orientasi seksual, jantina, identiti jantina, kasta atau sebarang status dilindungi yang lain, mempunyai hak untuk mengakses maklumat dan menyertai pertukaran maklumat tanpa perlu menghadapi pertuturan berunsur kebencian.

Jangan siarkan atau berkongsi kandungan yang mengandungi sebarang bentuk pertuturan berunsur kebencian.

Hal ini termasuk:

  • Seruan tindak langsung untuk melakukan keganasan terhadap individu atau kumpulan terlindung.
  • Kandungan yang menyahmanusiakan, mengecil-ngecilkan atau mencerca individu atau kumpulan berdasarkan ciri yang dilindungi.

Kami membenarkan kandungan yang mengandungi rujukan kepada individu atau kumpulan terlindung secara positif.

Kandungan yang menyinggung perasaan

Google Maps hendaklah dijadikan wadah yang digunakan secara beradab—walaupun berlaku percanggahan—dalam kalangan pengguna. Atas sebab ini, kami tidak membenarkan pengguna menyiarkan kandungan yang menyinggung perasaan.

Hal ini termasuk:

  • Menggunakan produk Google untuk menyerang individu atau kumpulan lain.
  • Kandungan yang berbentuk provokatif secara jelas dan sengaja.
  • Dakwaan gelagat tidak beretika atau salah laku jenayah tanpa bukti.

Kami membenarkan kandungan yang menggambarkan pengalaman negatif dengan penuh hormat.

Maklumat peribadi

Jangan edarkan atau siarkan maklumat peribadi tanpa persetujuan.  Maklumat peribadi ditakrifkan sebagai maklumat yang berkenaan dengan orang boleh dikenal pasti yang masih hidup dan pendedahan boleh menyebabkan risiko bahaya jika maklumat tersebut dikompromi atau disalah guna. Ini termasuk: 

  • Kandungan yang mengandungi maklumat peribadi orang lain yang disiarkan tanpa persetujuan mereka, seperti: nama penuh/akhir, muka mereka dalam foto atau video, atau maklumat lain yang telah dilaporkan sebagai telah disiarkan tanpa persetujuan. 
  • Maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti dan maklumat peribadi lain tentang diri anda atau orang lain termasuk maklumat kewangan, maklumat perubatan atau maklumat pengenalan diri. 

Kami membenarkan pedagang menyiarkan maklumat hubungan yang berkaitan dengan perniagaan mereka termasuk nombor telefon, e-mel atau nama pengguna media sosial.

Kami juga membenarkan nama penuh individu jika maklumat ini sebahagian daripada entiti perniagaan yang diketahui umum atau diiklankan atau jika mereka profesional awam yang menjalankan perniagaan menggunakan nama mereka. 

Jika anda percaya maklumat peribadi anda telah disiarkan tanpa persetujuan anda, sila ikut arahan ini untuk membenderakan ulasan tersebut.

Kelucahan & kata-kata cabul

Kami akan mengalih keluar kandungan kasar dan lucah pada Google Maps.

Hal ini termasuk:

  • Kandungan yang menggunakan kata-kata cabul dan lucah untuk menyinggung perasaan pengguna lain atau menekankan kritikan.

Kami membenarkan penggunaan kata-kata yang tidak menyinggung tetapi mungkin dianggap sebagai kata-kata cabul dalam konteks lain.

Kandungan seksual eksplisit

Google Maps ialah platform yang membolehkan kita meneroka dunia di sekeliling kita dengan selamat. Oleh sebab itu, kami tidak membenarkan kandungan seksual eksplisit.

Hal ini termasuk:

  • Pornografi atau gambaran aksi seks, kemaluan atau fetisy yang bertujuan untuk memberikan kepuasan seks.
  • Kandungan yang menyertakan kemaluan yang boleh dilihat.
  • Kandungan yang mengagungkan atau mempromosikan kebinatangan.
  • Kandungan yang mengagungkan atau mempromosikan kandungan atau gelagat seks eksplisit.

Kami mungkin membenarkan kandungan yang sebaliknya dianggap seks eksplisit untuk tujuan pendidikan, dokumentari, sains atau artistik jika kandungan berkaitan dengan tempat menarik dan maklumat yang mencukupi untuk pengguna memahami konteksnya.

Kandungan bertema dewasa

Google Maps ialah platform yang membolehkan pengguna mencari maklumat yang berguna dan bersesuaian. Oleh sebab itu, kami tidak membenarkan kandungan bertema dewasa.

Hal ini termasuk:

  • Pornografi bukan eksplisit atau sebarang kandungan yang bertujuan memberikan kepuasan seks.
  • Sebarang kandungan yang menggambarkan objek tidak bernyawa secara seksual.
  • Lagak gaya yang amat tidak senonoh berunsur seks dengan subjek bogel, dikaburkan atau berpakaian minimum.
  • Kandungan bukan komersial yang berkaitan dengan mainan seks.

Kami boleh membenarkan kandungan yang sebaliknya dianggap bertema dewasa untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau kesenian jika kandungan berkaitan dengan tempat menarik dan maklumat yang mencukupi diberikan untuk membolehkan pengguna memahami konteks kandungan tersebut.

Kami juga boleh membenarkan individu berpakaian minimum yang dipaparkan secara bukan seksual.

Kami boleh membenarkan laman web perniagaan yang sah yang mengandungi kandungan bertema dewasa jika perniagaan itu menyediakan perkhidmatan dewasa yang berkaitan.

Keganasan & kengerian

Kami berusaha untuk memastikan maklumat yang kami sediakan pada Google Maps memberikan pengalaman positif untuk pengguna produk kami. Oleh sebab itu, kami tidak membenarkan kandungan ganas atau ngeri yang melibatkan orang atau haiwan.

Hal ini termasuk:

  • Kandungan ganas atau ngeri yang melibatkan orang atau haiwan bertujuan untuk menyebabkan kejutan, kegemparan atau tujuan yang tidak sepatutnya.
  • Keganasan grafik yang termasuk jumlah darah yang banyak, kecederaan serius atau kematian pada haiwan atau orang.
  • Kandungan yang mengandungi penganiayaan haiwan.
Kandungan terhad

Bagi sesetengah produk atau perkhidmatan yang tertakluk pada kawalan dan peraturan tempatan, anda mesti mematuhi garis panduan tertentu apabila menyiarkan kandungan. Kandungan yang anda muat naik tidak boleh menampilkan seruan tindak atau tawaran bagi jualan produk atau perkhidmatan yang tertakluk pada peraturan undang-undang tempatan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, alkohol, perjudian, tembakau, senapang, peralatan kesihatan dan perubatan, farmaseutikal terkawal, perkhidmatan orang dewasa dan perkhidmatan kewangan.

Kandungan anda tidak boleh memaparkan:

  • Pautan kepada halaman pendaratan yang pengguna dapat membeli barangan atau perkhidmatan terhad.
  • Alamat e-mel dan/atau nombor telefon untuk dihubungi bagi pembelian barangan terhad.
  • Tawaran promosi untuk barangan atau perkhidmatan terhad. Misalnya, anda tidak boleh memuat naik kandungan yang memaparkan tawaran, kupon, maklumat harga atau promosi lain bagi produk atau perkhidmatan terhad.

Ambil perhatian bahawa penggambaran sampingan produk ini terkecuali daripada dasar ini. Contoh termasuk:

  • Imej menu.
  • Imej yang minuman beralkohol ditunjukkan tetapi bukan tumpuan utama.
Kandungan berbahaya

Google Maps ialah tempat untuk komunikasi yang selamat antara pengguna. Oleh sebab itu, kami tidak membenarkan pengguna menyiarkan kandungan berbahaya.

Hal ini termasuk:

  • Kandungan yang memudahkan atau menggalakkan kecederaan fizikal yang serius pada kesihatan, keselamatan, harta benda, haiwan atau persekitaran.
  • Kandungan yang mempromosikan aktiviti berbahaya yang boleh menyebabkan bahaya fizikal serius pada individu yang melakukan aksi tersebut, orang di sekeliling mereka atau haiwan.
  • Kandungan yang menggalakkan individu bawah umur menyertai aktiviti berbahaya atau menggunakan item berbahaya.
  • Kandungan yang memudahkan penyalahgunaan item yang diketahui berbahaya.
  • Kandungan arahan untuk pembuatan atau penyediaan item yang berbahaya.

Kami membenarkan perbincangan umum tentang barangan, perkhidmatan atau aktiviti yang mungkin berbahaya selagi perbincangan tidak menyertakan promosi atau arahan penggunaan yang berbahaya.

Kandungan yang melanggar undang-undang

Kami tidak menerima kandungan yang melanggar undang-undang atau menggambarkan aktiviti haram.

Hal ini termasuk:

  • Imej atau sebarang kandungan lain yang melanggar hak undang-undang orang lain, termasuk hak cipta. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau memfailkan permintaan DMCA, semak prosedur hak cipta kami.
  • Semua imejan penderaan seksual dan semua kandungan yang menampilkan kanak-kanak secara seksual.
  • Kandungan yang menggambarkan tindakan berbahaya atau haram seperti: rogol, penjualan organ, pemerdagangan manusia.
  • Produk dan perkhidmatan yang melanggar undang-undang: produk haiwan terancam, dadah haram, ubat preskripsi yang disalurkan ke pasaran haram.
  • Imej keganasan grafik atau keterlaluan atau yang menggalakkan keganasan.
  • Kandungan yang dihasilkan oleh atau bagi pihak kumpulan pengganas.

Untuk apa-apa masalah undang-undang yang lain, sila pilih tab "Hak cipta atau masalah undang-undang lain" pada ciri laporkan masalah.

Keselamatan kanak-kanak

Kami tidak membenarkan kandungan yang membawa risiko kepada kanak-kanak pada Google Maps. Jangan buat, siarkan atau edarkan kandungan yang mengeksploitasi atau mendera kanak-kanak atau menggunakan produk atau perkhidmatan Google untuk membahayakan kanak-kanak.

Hal ini termasuk:

  • Kandungan yang mengeksploitasi atau menampilkan kanak-kanak dengan gaya seksual.
  • Kandungan yang mengandungi gelagat pemangsaan, menyokong, mengagungkan atau memaparkan gelagat pemangsaan secara positif.
  • Kandungan yang mengandungi gambaran penderaan individu bawah umur atau menyokong, mengagungkan atau memaparkan penderaan individu bawah umur secara positif.
  • Kandungan yang menggambarkan kebogelan individu bawah umur, walaupun tidak jatuh dalam kategori di atas.

Kami akan mengalih keluar kandungan yang melanggar dasar dan mengambil tindakan yang sewajarnya, yang mungkin termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa yang penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan, mengehadkan akses kepada ciri produk dan melumpuhkan akaun.

Bagaimanakah pengguna boleh melaporkan pelanggaran?

  • Untuk melaporkan kandungan pada produk Google yang mungkin mengeksploitasi kanak-kanak, klik Laporkan penyalahgunaan. Jika anda menemukan kandungan di tempat lain di Internet, sila berhubung terus dengan agensi yang berkenaan di negara anda.
  • Jika anda percaya bahawa terdapat kanak-kanak yang berada dalam bahaya atau yang telah mengalami penderaan, eksploitasi atau diperdagangkan, hubungi polis dengan segera. Jika anda sudah membuat laporan kepada pihak polis dan masih memerlukan bantuan atau anda bimbang ada kanak-kanak yang sedang atau telah menghadapi bahaya pada produk atau perkhidmatan kami, anda boleh melaporkan gelagat tersebut kepada Google.
Kandungan pengganas

Google Maps melarang kandungan pengganas dan penggunaan perkhidmatan ini oleh organisasi pengganas atas sebarang tujuan, termasuk perekrutan.

Hal ini termasuk:

  • Kandungan yang menghasut keganasan, mempromosikan aksi keganasan atau meraikan serangan pengganas.
  • Kandungan yang dihasilkan oleh atau bagi pihak kumpulan pengganas.

Kami mungkin membenarkan kandungan yang berkaitan dengan keganasan untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau kesenian jika maklumat yang mencukupi diberikan kepada pengguna untuk memahami konteks kandungan tersebut.

Kandungan luar topik

Siarkan kandungan berdasarkan pengalaman anda atau pertanyaan tentang pengalaman di lokasi tertentu sahaja.

Kami tidak membenarkan kandungan yang mengandungi ulasan umum, politik atau sosial atau luahan peribadi.

Pengiklanan & pengumpanan

Jangan siarkan kandungan untuk tujuan pengiklanan atau pengumpanan.

Hal ini termasuk:

  • Kandungan promosi atau komersial
  • Tindakan menyiarkan alamat e-mel, nombor telefon, pautan media sosial atau pautan kepada laman web lain dalam ulasan anda
Kandungan meraban & berulang

Kami tidak membenarkan penyiaran kandungan berulang atau meraban pada Google Maps kerana kandungan tersebut mengurangkan kualiti maklumat berguna yang disediakan oleh Google Maps kepada pengguna.

Hal ini termasuk:

  • Tindakan menyiarkan kandungan yang sama berbilang kali atau menyiarkan kandungan untuk tempat yang sama daripada berbilang akaun.
  • Tindakan menyiarkan kandungan tanpa maksud dalam sebarang bahasa, seperti kumpulan aksara.
Pencacatan & kerosakan
Kami tidak membenarkan kandungan yang bertujuan untuk memusnahkan atau merosakkan kehadiran digital suatu ciri. Hal ini termasuk pengeditan maklumat tentang tempat yang dijadikan tidak sesuai atau berkualiti rendah, sebagai usikan atau untuk mengungkapkan pandangan sosial atau politik anda.
Sila ambil berat tentang peraturan ini. Jika gelagat dalam atau luar platform pengguna Google Maps membahayakan pengguna, komuniti, pekerja atau ekosistem kami, kami mungkin mengambil tindakan daripada menggantung keistimewaan akaun kepada penamatan akaun. Apabila kami menyemak kandungan atau akaun, pelbagai jenis maklumat diambil sebagai pertimbangan, termasuk kandungan itu sendiri, maklumat akaun, tindakan pengguna dan sama ada corak gelagat berbahaya wujud dan maklumat lain yang diberikan melalui mekanisme pelaporan (jika berkenaan) dan semakan inisiatif sendiri.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1839565560015355954
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false