Mengeksport, menyandarkan atau memulihkan kenalan

Anda boleh menggunakan komputer anda untuk memindahkan kenalan kepada akaun e-mel yang lain.

Anda boleh menyandarkan kenalan yang disimpan pada telefon atau kad SIM anda. Jika anda kehilangan atau perlu menggantikan telefon anda, anda boleh memulihkan kenalan ini pada telefon baharu.

Pemulihan data berbeza-beza mengikut telefon dan versi Android. Anda tidak dapat memulihkan sandaran daripada versi Android yang lebih tinggi ke telefon yang menjalankan versi Android yang lebih rendah.

Jika anda menyimpan kenalan pada Akaun Google anda, kenalan akan ditunjukkan secara automatik pada telefon anda setelah anda log masuk. Dengan cara ini, anda tidak perlu memulihkan kenalan. Ketahui tentang penyegerakan.

Eksport kenalan

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Kenalan .
  2. Ketik Menu Menu kemudian Tetapan kemudian Eksport.
  3. Pilih sekurang-kurangnya satu akaun untuk mengeksport kenalan.
  4. Ketik Eksport ke fail .VCF.

Hidupkan atau matikan sandaran automatik

Semasa anda mula-mula menyediakan Akaun Google pada telefon, anda akan ditanya sama ada anda mahu menyandarkan data anda atau tidak. Untuk menukar tetapan ini: 

  1. Buka apl Tetapan telefon anda.
  2. Ketik Sistem kemudian Sandaran.
  3. Hidupkan atau matikan Sandarkan pada Google Drive.

Pulihkan kenalan daripada sandaran

Penting: Anda tidak dapat memulihkan sandaran daripada versi Android yang lebih tinggi pada peranti yang menjalankan versi Android yang lebih rendah. Ketahui cara menyemak dan mengemas kini versi Android anda.

  1. Buka apl Tetapan telefon anda.
  2. Ketik Google.
  3. Ketik Sediakan & pulihkan.
  4. Ketik Pulihkan kenalan.
  5. Jika anda mempunyai berbilang Akaun Google, ketik Daripada akaun untuk memilih kenalan daripada akaun yang hendak dipulihkan.
  6. Ketik telefon yang mengandungi kenalan yang hendak disalin.
  7. Jika anda tidak mahu menyalin kenalan daripada kad SIM atau storan telefon anda, matikan kad SIM atau Storan peranti.
  8. Ketik Pulihkan, kemudian tunggu hingga anda melihat "Kenalan dipulihkan".
  9. Untuk mengelakkan pendua, telefon anda hanya akan memulihkan kenalan yang tiada pada telefon itu. Kenalan yang dipulihkan turut disegerakkan ke Akaun Google semasa anda dan peranti lain.

Petua: Untuk memulihkan kenalan daripada apl lain seperti Outlook atau WhatsApp, anda perlu memasang semula apl tersebut.

Lagi cara untuk menyandarkan & memulihkan data

Ketahui lebih lanjut tentang cara menyandarkan atau memulihkan data pada telefon Pixel atau pada telefon Android.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14632251916691268751
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
107539
false
false