Tidak menemukan Chromecast dalam apl Google Home

Jika peranti mudah alih anda tidak menemukan Chromecast anda semasa persediaan, cuba penyelesaian yang berikut.

Senarai semak permulaan

  1. Peranti mudah alih anda boleh disambungkan terus kepada rangkaian yang sama dari lokasi semasa anda.
  2. Penghala Wi-Fi anda berada berdekatan.
  3. Terdapat sambungan Wi-Fi yang kuat di lokasi anda cuba menyediakan Chromecast.
  4. Jika anda mahu menyediakan Chromecast pada sambungan Wi-Fi 5 GHz, peranti mudah alih anda mestilah menyokong 5 GHz.
  5. Nama (SSID) rangkaian Wi-Fi anda disiarkan supaya dapat dilihat oleh semua orang.
    1. Jika nama rangkaian disiarkan, nama ini akan disenaraikan dalam rangkaian anda yang tersedia pada peranti yang digunakan untuk menyelesaikan persediaan.
    2. Jika nama rangkaian tidak tersenarai, teruskan dengan bahagian penyelesaian masalah di bawah untuk rangkaian tersembunyi.

Penyelesaian masalah rangkaian tersembunyi

Jika anda sudah melakukan semua langkah di atas dan Wi-Fi masih tidak tersenarai, cuba salah satu langkah di bawah, kemudian semak sama ada Wi-Fi tersenarai atau tidak. Jika anda masih tidak menemukan Wi-Fi, teruskan dengan Semak sambungan Internet anda.

Langkah 1. Sahkan jika nama (SSID) rangkaian tersembunyi

Semak jika rangkaian tersenarai pada peranti lain yang tidak disambungkan kepada rangkaian tersebut pada masa ini.

Jika tidak, maka SSID disiarkan tetapi tersembunyi dan anda perlu memasukkan SSID dan kata laluan secara manual pada apl Google Home semasa persediaan.

  1. Daripada skrin persediaan Wi-Fi, ketik anak panah yang terletak pada sebelah kanan medan nama rangkaian.
  2. Tatal ke bawah sepenuhnya dan ketik Lain-lain.
  3. Tambahkan Maklumat Wi-Fi untuk rangkaian wayarles itu.
    1. Masukkan nama rangkaian Wi-Fi.
    2. Masukkan maklumat keselamatan daripada salah satu pilihan yang berikut. Jika maklumat ini tiada, anda perlu log masuk ke penghala anda atau menghubungi ISP anda untuk mengakses tetapan keselamatan.
      1. Tiada
      2. WEP
      3. WPA
      4. WPA2
    3. Masukkan kata laluan.
    4. Ketik Tetapkan Rangkaian.

Langkah 2. But semula penghala

Matikan penghala, kemudian hidupkan semula.

Nota: Bagi kebanyakan penghala, anda hanya perlu mencabut palam daripada sumber kuasa, kemudian memasang semula palam kepada sumber kuasa selepas beberapa saat untuk but semula.

Langkah 3. But semula Chromecast

  1. Cabut kabel kuasa daripada peranti Chromecast.
  2. Biarkan selama seminit.
  3. Pasangkan semula kabel kuasa.

Langkah 4. Lakukan henti paksa, kemudian buka semula apl Google Home

Tutup apl Google Home sepenuhnya, kemudian buka semula apl itu.

Langkah 5. Apabila semua peranti telah selesai dibut semula dan anda dapat mengakses Internet, cuba sediakan Chromecast

Ketik Nama Rangkaian untuk mengembangkan senarai lungsur nama rangkaian yang tersedia dan pilih nama Wi-Fi anda.

Semak sambungan Internet anda

  1. Pastikan Chromecast berada dalam jarak 15-20 kaki (4-6 meter) daripada peranti yang digunakan untuk persediaan.
  2. Sahkan warna lampu LED. Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, teruskan dengan langkah seterusnya.
    • Chromecast seharusnya dihidupkan dengan lampu LED berkelip putih.
    • Warna lampu LED akan berubah apabila kitaran kuasa berlaku.
    • Rujuk Lampu LED Chromecast untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang status lampu LED.
  3. Periksa sama ada "Set me up" tertera pada TV atau tidak. Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, teruskan dengan langkah seterusnya.
  4. Periksa jika ada rangkaian lain yang kelihatan dan berada dalam liputan, termasuk Wi-Fi rumah anda. Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, teruskan ke langkah seterusnya.
  5. Periksa jika peranti anda disambungkan kepada Internet. Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, teruskan dengan langkah seterusnya.
  6. [Peranti Android sahaja] Jika anda menggunakan peranti Android yang dikuasakan oleh Android Marshmallow, pastikan "Gunakan lokasi" dihidupkan.​
  7. [iPhone/iPad sahaja] Jika anda menggunakan iPhone atau iPad, pastikan Bluetooth DIHIDUPKAN.

Langkah menyelesaikan masalah am

  1. Hidupkan dan matikan Wi-Fi daripada peranti persediaan, kemudian buka semula apl Google Home.
  2. Nyahpasang, kemudian pasang semula apl Google Home.
  3. Hidupkan Akses Rangkaian Setempat untuk peranti iOS
    1. Akses Tetapan peranti iOS anda.
    2. Ketik Bluetooth kemudian hidupkan Bluetooth.
    3. Tatal ke bawah, kemudian ketik Google Home Skrin Utama.
    4. Hidupkan Rangkaian Setempat.
  4. Gunakan peranti yang lain (telefon atau tablet) untuk persediaan.
  5. Sambung secara manual kepada pengecam set perkhidmatan (SSID) Chromecast anda.
    1. Buka apl Tetapan telefon anda
    2. Ketik Wi-Fi kemudian sambung kepada SSID Chromecast.
    3. Buka Google Home Skrin Utama.
    4. Sediakan peranti anda sekali lagi.
  6. Lumpuhkan pengasingan Titik Akses (AP).

Lakukan tetapan semula kilang

Anda boleh melakukan tetapan semula kilang pada Chromecast anda dengan menggunakan satu daripada 2 kaedah yang disenaraikan di bawah:

Penting: Tindakan ini mengosongkan data anda dan tidak boleh dibuat asal.

 Chromecast dengan Google TV

Dengan Chromecast Voice Remote

  1. Pada bahagian atas sebelah kanan skrin TV anda, pilih kemudian Tetapan profil anda.
  2. Pilih Sistem kemudian Perihal kemudian Tetapan Semula Kilang.

Daripada peranti Chromecast

  1. Semasa Chromecast dipalamkan pada TV dan dihidupkan, tekan dan tahan butang pada bahagian belakang Chromecast. LED seharusnya mula berkelip kuning. 
  2. Apabila lampu LED berubah menjadi putih, lepaskan butang dan Chromecast seharusnya dimulakan semula.
 Chromecast (generasi ke-2), Chromecast (generasi ke-3) atau Chromecast Ultra

Daripada apl Google Home

Nota: Pilihan ini hanya tersedia jika anda menggunakan rangkaian yang sama dengan rangkaian yang anda gunakan untuk menyediakan Chromecast anda.

  1. Buka apl Google Home Google Home app.
  2. Ketik jubin peranti anda.
  3. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Tetapan  kemudian Lagi More menu kemudian Tetapan semula kilang kemudian Tetapan semula kilang.

Daripada peranti Chromecast

Semasa Chromecast dipalamkan pada TV, tekan butang di bahagian tepi Chromecast. LED akan mula berkelip jingga. Apabila lampu LED berubah menjadi putih, lepaskan butang dan Chromecast akan dimulakan semula.

Chromecast (1st Gen) Chromecast (generasi pertama)

Daripada apl Google Home

Nota: Pilihan ini hanya tersedia jika anda menggunakan rangkaian yang sama dengan rangkaian yang anda gunakan untuk menyediakan Chromecast anda.

  1. Buka apl Google Home Google Home app.
  2. Ketik jubin peranti anda.
  3. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Tetapan  kemudian Lagi More menu kemudian Tetapan semula kilang kemudian Tetapan semula kilang.

Daripada peranti Chromecast

  1. Semasa Chromecast dipalamkan pada TV, tekan butang di belakang peranti Chromecast selama sekurang-kurangnya 25 saat atau sehingga lampu LED bertukar kepada lampu merah berkelip.
  2. Apabila lampu LED bertukar kepada putih berkelip dan skrin TV menjadi gelap, lepaskan butang tersebut. Peranti akan dimulakan semula.
Sokongan untuk Chromecast (generasi pertama) telah tamat. Hal ini bermakna peranti ini tidak menerima kemaskinian perisian atau keselamatan lagi dan Google tidak menyediakan sokongan teknikal bagi peranti tersebut. Pengguna mungkin mendapati penurunan prestasi.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3235625885408637272
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
85561
false
false