Gunakan ciri Berdekatan untuk mencari peranti Chromecast

Untuk memastikan anda tidak terlepas walau sedetik pun penghantaran kandungan kegemaran anda, kami akan memberitahu anda apabila peranti Chromecast yang berdekatan sedia untuk penyediaan.

Keperluan

  • Fungsi ini hanya tersedia pada peranti Android. Fungsi ini tidak tersedia pada peranti iOS.  
  • Peranti Android mestilah Android 9.0 ke atas.
  • Fungsi ini tersedia pada peranti Chromecast, Chromecast Ultra dan Audio Chromecast. Fungsi ini tidak tersedia pada peranti Chromecast (generasi pertama). 

Gunakan ciri Berdekatan untuk mencari peranti Chromecast

  1. Hidupkan Perkhidmatan Lokasi pada peranti Android anda. Ciri ini diperlukan untuk membolehkan peranti Android anda menjumpai peranti Chromecast yang berdekatan. 
  2. Hidupkan pemberitahuan untuk apl Google Home. Pergi ke Tetapan peranti andakemudian Tetapan Pemberitahuan kemudian Dayakan.
    Nota: Langkah ini mungkin berbeza-beza mengikut peranti. 
  3. Hidupkan peranti Chromecast anda.
  4. Hidupkan Bluetooth pada peranti Android anda.
  5. Jika terdapat peranti Chromecast berdekatan yang belum disediakan, anda akan melihat pemberitahuan penyediaan Chromecast dipaparkan pada peranti Android anda. 
  6. Untuk mula menyediakan peranti Chromecast, ketik Sediakan peranti Chromecast berdekatan. 
    1. Nota: Jika anda sudah memuat turun apl Google Home pada peranti Android anda, apl Google Home akan dibuka. Ketik Sediakan 1 peranti kemudian ikut gesaan untuk menyediakan peranti anda.
    2. Jika anda belum memuat turun apl Google Home pada peranti Android anda, apl Gedung Play akan dibuka dan anda boleh memuat turun apl Google Home. 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12021763047693005887
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
85561
false
false