Penyesuai Ethernet untuk Audio Chromecast: Panduan Permulaan Pantas

Jika anda ingin menyambungkan Audio Chromecast tanpa menggunakan Wi-Fi, Penyesuai Ethernet untuk Audio Chromecast membolehkan anda menyambungkan Audio Chromecast terus ke penghala melalui sambungan Ethernet berwayar.

Bagi menyediakan Penyesuai Ethernet untuk Audio Chromecast, anda memerlukan:
  • Peranti Audio Chromecast dan sistem pembesar suara dengan input standard 3.5 mm, input RCA atau input digital optik
  • Peranti Android atau iOS
  • Kabel Ethernet yang disambungkan ke penghala internet yang berfungsi
  • Soket bekalan kuasa standard atau sumber kuasa AC yang lain
  • Penyesuai Ethernet
Untuk memasang Penyesuai Ethernet, ikut langkah mudah berikut:
  1. Palamkan kabel audio pada Audio Chromecast anda. Palamkan hujung kabel audio yang satu lagi pada mana-mana port 3.5 mm standard yang terbuka. Nota: Anda juga boleh menggunakan sistem pembesar suara dengan input RCA dan input digital optik tetapi kabel yang diperlukan dijual berasingan.
  2. Palamkan hujung kabel Penyesuai Ethernet pada port USB mikro peranti Audio Chromecast anda. Nota: Penyesuai Ethernet memberikan kedua-dua kuasa dan sambungan internet kepada peranti Audio Chromecast anda.
  3. Sambungkan kabel Ethernet ke Penyesuai Ethernet. Nota: Sila pastikan hujung kabel Ethernet yang satu lagi disambungkan ke penghala yang berfungsi serta mempunyai sambungan internet. Penyesuai Ethernet tidak akan memberikan akses internet kepada Audio Chromecast jika tidak disambungkan ke penghala yang berfungsi serta mempunyai akses internet.
  4. Palamkan Penyesuai Ethernet pada sumber kuasa AC yang berhampiran dengan paparan yang ingin anda gunakan bersama Audio Chromecast. Nota: Panjang kord kuasa untuk Penyesuai Ethernet adalah 78 inci (6.5 kaki atau 1.98 meter). Jadi, anda perlu memastikan sumber kuasa ini berada dalam jarak itu dari kedudukan peranti Audio Chromecast anda.
  5. Pada peranti tempat anda ingin menyediakan Audio Chromecast, buka apl Google Cast dan ikut arahan penyediaan yang dipaparkan. Penting: Apabila menyediakan Audio Chromecast menggunakan Penyesuai Ethernet, anda hanya boleh menggunakan peranti Android atau iOS. Anda tidak dapat menyediakan Audio Chromecast menggunakan apl Chromecast pada Windows (sama ada menggunakan Wi-Fi atau sambungan berwayar) pada masa ini.
  6. Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membeli Penyesuai Ethernet, sila lawati halaman Penyesuai Ethernet kami.
Tidak dapat menghantar kandungan? Cubalah langkah penyelesaian masalah berikut:

Menghadapi masalah untuk menghantar kandungan menggunakan Penyesuai Ethernet? Mula-mula, mari pastikan Audio Chromecast anda berfungsi dengan betul. Jika suatu langkah itu tidak membetulkan isu anda, pergi ke langkah seterusnya:

  1. But semula Audio Chromecast anda dengan mencabut palam sumber kuasa. Biarkannya begitu selama ~1 minit sebelum memalamkan semula kord kuasanya.
  2. But semula penghala anda dengan mencabut palam sumber kuasanya. Biarkannya begitu selama ~1 minit sebelum memalamkan semula kord kuasanya.
  3. Pastikan peranti mudah alih atau komputer riba anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi sepertimana Audio Chromecast anda.
  4. Cuba hantar kandungan menggunakan peranti atau komputer riba yang lain.
  5. Tutup dan buka semula apl yang cuba anda gunakan untuk menghantar kandungan.
Masih menghadapi masalah? Mari periksa Penyesuai Ethernet anda.
  1. Cabut kabel Ethernet daripada Penyesuai Ethernet (lihat Langkah 2 dalam imej di atas). Biarkannya begitu selama ~1 minit sebelum memalamkannya semula.
  2. Pastikan kabel Ethernet disambungkan ke port LAN yang tersedia pada penghala Wi-Fi anda.
  3. Pastikan semua sambungan dipalamkan dengan kemas.

Sila ambil perhatian:

  1. Penyesuai Ethernet ini direka untuk digunakan dengan peranti Audio Chromecast sahaja. Penggunaan dengan peranti lain mungkin merosakkan peranti tersebut dan/atau Penyesuai Ethernet anda.
  2. Penyesuai Ethernet mungkin menjadi hangat; ini adalah biasa. Tetapi, jika penyesuai panas, cabut hujung kabel Penyesuai Ethernet daripada Audio Chromecast dan biarkan Penyesuai Ethernet menyejuk sebelum mencabut palam Penyesuai Ethernet daripada dinding atau meneruskan pengendalian peranti.
  3. Jangan dedahkan Penyesuai Ethernet kepada air atau keadaan yang melampau (kelembapan, haba, kesejukan, habuk) kerana penyesuai ini mungkin rosak atau berhenti berfungsi apabila terdedah kepada unsur sedemikian.
  4. Jangan cuba meleraikan atau membaiki sendiri Penyesuai Ethernet anda. Berbuat demikian akan membatalkan jaminan terhad dan boleh memudaratkan diri, penghala, Penyesuai Ethernet dan/atau Audio Chromecast anda.
  5. Penyesuai Ethernet ini tidak direka bentuk, dibuat atau dimaksudkan untuk digunakan dalam persekitaran berbahaya yang memerlukan prestasi pasti selamat di mana kegagalan Penyesuai Ethernet boleh menyebabkan kematian, kecederaan diri atau kerosakan fizikal atau persekitaran yang teruk secara langsung.
  6. Berhati-hati apabila mengendalikan Penyesuai Ethernet untuk mengelakkan kejutan elektrik.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14638446804844835981
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
85561
false
false