Lampu LED Chromecast

Chromecast dilengkapi dengan lampu LED pada bahagian tepi peranti yang menerangkan secara visual fungsi yang sedang dilakukan oleh peranti. Jadual yang berikut menunjukkan perbezaan antara penunjuk status LED dengan makna status tersebut. Pilih peranti anda di bawah.

Chromecast with Google TV

Perihalan lampu LED Ini bermakna

Putih menyala

Chromecast disambungkan kepada rangkaian dan sedia
untuk mula menghantar kandungan atau sedang menghantar kandungan.

Putih menyala (malap)

Chromecast dalam keadaan melahu.

Putih berkelip

Chromecast terputus sambungan atau perlu disediakan.

Berkelip putih dan jingga berselang-seli

Chromecast anda sedang menerima kemaskinian dan tidak
tersedia untuk penghantaran. Anda boleh memulakan penghantaran
sebaik sahaja pengemaskinian selesai dan status LED
menyala warna putih.

Jangan putuskan sambungan peranti anda daripada sumber
kuasa.

Jingga berkelip

Chromecast sedang melakukan pemeriksaan diagnostik kendiri ringkas
dan tidak tersedia buat sementara waktu.

Berkelip jingga dan bertukar menjadi putih selepas beberapa saat

Chromecast sedang atau baru sahaja ditetapkan semula.

Ketahui cara menetapkan semula Chromecast anda kepada tetapan kilang.

Untuk Chromecast (generasi ke-2), Chromecast (generasi ke-3) dan Chromecast Ultra

Status LED Makna penunjuk LED
Putih menyala Chromecast disambungkan ke rangkaian dan sedia untuk mula menghantar kandungan atau sedang menghantar kandungan.
Putih berkelip Chromecast terputus sambungan atau perlu disediakan.
Lampu jingga berkelip (semasa pengemaskinian)

Chromecast anda sedang menerima kemaskinian dan tidak tersedia untuk penghantaran. Anda boleh memulakan penghantaran sebaik sahaja pengemaskinian selesai dan status LED menyala warna putih.

Jangan putuskan sambungan Chromecast anda daripada sumber kuasa.

Berkelip warna jingga dan skrin TV hitam

Jika terdapat lampu LED berkelip warna jingga pada peranti Chromecast anda dan skrin TV hitam, cuba langkah pertama di bawah dan semak jika langkah ini menyelesaikan masalah tersebut. Jika tidak, lakukan langkah seterusnya:

  1. Cabut palam Chromecast anda daripada sumber kuasa, tunggu selama seminit dan pasang semula palam.
  2. Matikan TV anda.
  3. Palamkan Chromecast pada TV lain.
  4. Lakukan tetapan semula kilang.
Jingga padu Mungkin terdapat ralat pada peranti anda. Cabut palam Chromecast anda daripada sumber kuasa, tunggu selama seminit dan pasang semula palam. Jika masalah anda tidak dapat diselesaikan, lakukan tetapan semula kilang.

Untuk Chromecast (generasi pertama)

Status LED Makna penunjuk LED
Putih menyala Chromecast disambungkan ke rangkaian dan sedia untuk mula menghantar kandungan atau sedang menghantar kandungan.
Putih berkelip Chromecast terputus sambungan atau perlu disediakan.
Merah berkelip (semasa pengemaskinian)

Chromecast anda sedang menerima kemaskinian dan tidak tersedia untuk penghantaran. Anda boleh memulakan penghantaran sebaik sahaja pengemaskinian selesai dan status LED menyala warna putih.

Jangan putuskan sambungan Chromecast anda daripada sumber kuasa.

Merah berkelip dan skrin TV hitam

Jika terdapat lampu LED berkelip merah pada peranti Chromecast anda dan skrin TV hitam, cuba langkah pertama di bawah dan semak sama ada langkah ini menyelesaikan masalah tersebut. Jika tidak, lakukan langkah seterusnya:

  1. Cabut palam Chromecast anda daripada sumber kuasa, tunggu selama seminit dan pasang semula palam.
  2. Gunakan penyambung HDMI yang disertakan dengan peranti Chromecast anda jika ada.
  3. Palamkan Chromecast pada TV lain.
  4. Lakukan tetapan semula kilang.
Merah padu Mungkin terdapat ralat pada peranti anda. Cabut palam Chromecast anda daripada sumber kuasa, tunggu selama seminit dan pasang semula palam. Jika masalah anda tidak dapat diselesaikan, lakukan tetapan semula kilang.

Sokongan untuk Chromecast (generasi pertama) telah tamat. Hal ini bermakna peranti ini tidak menerima kemaskinian perisian atau keselamatan lagi dan Google tidak menyediakan sokongan teknikal bagi peranti tersebut. Pengguna mungkin mendapati penurunan prestasi.

Berikut ialah maklumat tentang sebab pengemaskinian mengambil masa yang lebih lama daripada dijangkakan pada Chromecast anda. 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9844722064857589097
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
85561
false
false