Menggunakan Audio Chromecast dengan Chrome

Hanya beberapa langkah mudah diperlukan untuk mula menghantar audio daripada komputer yang menjalankan Chrome. Setelah selesai, anda boleh memainkan muzik pada pembesar suara anda daripada hampir mana-mana laman web, termasuk laman berdaya Chromecast seperti YouTube Music, iHeartRadio dan pelbagai lagi.

Sediakan penghantaran daripada Chrome

  1. Jika anda belum menjalankan Chrome, muat turun Chrome. 
  2. Pastikan anda menjalankan versi Chrome yang terkini. Jika anda menghadapi masalah, berikut ialah cara mendapatkan kemaskinian Chrome.
  3. Anda disarankan supaya menyematkan butang hantar ke bar alat Chrome anda, meskipun tidak diperlukan.
  4. Pastikan komputer riba/desktop anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama seperti peranti Audio  Chromecast anda.

Menghantar audio daripada Chrome

Terdapat beberapa cara untuk menghantar kandungan daripada Chrome. Pilihan 1. Daripada Butang hantar
  1. Jika anda telah menyematkan butang Hantar pada bar alat anda, klik butang Hantar Inactive cast extension dalam bar alat Chrome di sudut atas sebelah kanan penyemak imbas anda. 
  2.  Pilih peranti yang akan menerima penghantaran itu. 
Pilihan 2. Daripada laman berdaya Chromecast
Untuk laman seperti youtube.com:
  1. Buka laman berdaya Chromecast seperti youtube.com.
  2. Klik butang Hantar Inactive cast extension  di sudut bawah sebelah kanan pemain video. Nota: Butang Hantar mungkin terletak di lokasi yang berlainan pada sesetengah laman berdaya Chromecast. 
  3. Pilih peranti yang akan menerima penghantaran
Pilihan 3. Daripada menu Tetapan Chrome
  1. Navigasi ke menu Tetapan Chrome More menu dalam bar alat Chrome di penjuru kanan sebelah kiri penyemak imbas anda > klik "Hantar..".
    Cast from Chrome
  2. Pilih peranti yang akan menerima penghantaran
Pilihan 4. Daripada halaman web dalam Chrome
  1. Buka tab dalam penyemak imbas Chrome.
  2. Klik kanan (pada Mac, Control+klik) pada halaman web > klik Hantar. 
  3. Pilih peranti yang akan menerima penghantaran
Masih memerlukan bantuan? Semak soalan yang berkaitan di bawah daripada forum bantuan kami. Nota: Bantuan hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris pada masa ini. 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10740293979801382738
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
85561
false
false