Hantar audio daripada apl berdaya Chromecast ke pembesar suara anda

Banyak apl berdaya Chromecast menyokong penghantaran ke Audio Chromecast atau pembesar suara Chromecast Built-In. Ada sesuatu untuk semua — penstriman muzik, stesen radio, podcast dan main balik kandungan tempatan.

Temui apl berdaya Chromecast yang berfungsi dengan peranti audio anda, termasuk: Muzik Google Play, Spotify, Pandora, iHeartRadio, TuneIn Radio, Deezer, Rhapsody, Napster, NPROne, BeyondPod dan pelbagai lagi. Mari mula menghantar!

Apl berdaya Chromecast berbeza-beza mengikut negara Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang apl yang boleh didapati di negara anda, sila lawati apl berdaya Chromecast.
Sebelum mula menghantar
  1. Peranti mudah alih, tablet atau komputer anda mestilah disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi untuk berfungsi. Peranti mestilah bersambung kepada rangkaian Wi-Fi yang sama dengan Audio Chromecast atau pembesar suara dengan Chromecast terbina dalam. 
  2. Anda mesti menjalankan versi terkini apl berdaya Chromecast. Anda boleh menyemak pada bila-bila masa sama ada anda menggunakan versi terkini dengan melawati Gedung Google Play atau Apple App Store dan menyemak sebarang kemaskinian apl.
Hantar daripada apl berdaya Chromecast ke peranti audio anda

Untuk menghantar ke peranti audio anda daripada peranti mudah alih atau tablet anda:

  1. Buka apl berdaya Chromecast.
  2. Di penjuru kanan sebelah atas, ketik butang Hantar Inactive cast extension .
  3. Pilih pembesar suara anda. Butang Hantar akan bertukar warna  Active cast extension, memberitahu anda yang anda telah disambungkan.
  4. Apabila disambungkan, anda boleh menghantar muzik, stesen radio dan podcast terus ke peranti audio anda.
Cari kandungan baharu untuk dihantar

Lawati tapak web kami untuk melihat senarai penuh semua apl berdaya Chromecast dan kandungan yang tersedia.

Jika rumah anda mempunyai beberapa rangkaian berasingan yang tersedia, peranti Android anda boleh bertukar antara rangkaian secara automatik bergantung kepada kekuatan isyarat. Penukaran ini boleh memberikan kesan sama ada butang Hantar kelihatan atau tidak dalam aplikasi anda.

Untuk mengelakkan penukaran automatik, pengguna Android boleh pergi ke tetapan Wi-Fi peranti dan Lupakan "Rangkaian B" untuk memastikan peranti Android anda disambungkan kepada "Rangkaian A" yang sama seperti Audio Chromecast atau pembesar suara Chromecast Built-In.

Jika anda menghadapi masalah tentang apl berdaya Chromecast, cuba petua Menyelesaikan Masalah Audio Chromecast kami. 

Mac OS dan OS X ialah tanda dagangan berdaftar untuk Apple Inc. Windows ialah tanda dagangan berdaftar untuk Microsoft Inc. iOS ialah tanda dagangan berdaftar untuk Cisco Inc. Logo Netflix ialah tanda dagangan berdaftar untuk Netflix, Inc. Netflix tersedia di negara tertentu. Dapatkan maklumat lanjut di www.netflix.com.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16959900234869636524
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
85561
false
false