Hantar tab Chrome pada TV anda

Anda boleh menggunakan peranti Chromecast untuk memaparkan tab Chrome atau skrin anda pada TV.

Anda boleh memaparkan kebanyakan kandungan web. Sesetengah pemalam tidak akan berfungsi, seperti Silverlight, QuickTime dan VLC.

Untuk memaparkan Chrome pada TV, anda memerlukan:

Hantar tab daripada Chrome

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Klik Lagi Lagi kemudian Hantar di bahagian atas sebelah kanan.
  3. Pilih peranti Chromecast yang hendak anda gunakan untuk menonton kandungan.
    • Jika anda sudah menggunakan Chromecast, kandungan anda akan menggantikan paparan yang terdapat pada TV anda.
  4. Setelah selesai, di sebelah kanan bar alamat, klik Hantar Active cast extension kemudian Berhenti menghantar.

Perkara yang dapat ditemukan dalam Chrome

  • Apabila tab anda dipaparkan pada TV, ikon paparan Paparan akan ditunjukkan.
  • Di sebelah kanan bar alamat, bersebelahan sambungan anda terdapat butang Hantar Active cast extension berwarna biru yang menunjukkan sesi Penghantaran sedang berlangsung.

Untuk menggunakan pintasan dalam Chrome, tambahkan butang Hantar.

Hantar video dan media

  1. Klik Hantar Hantar pada video atau media yang sedang ditonton.
  2. Video atau imej yang anda mainkan akan terus ditunjukkan pada komputer dan TV anda tetapi bunyi akan hanya dimainkan pada TV anda. Bunyi untuk tab dan apl lain masih dimainkan pada komputer anda.

Hantar skrin komputer anda

Anda boleh memaparkan seluruh skrin komputer menggunakan Chrome pada Mac, Windows dan OS Chrome.

Nota: Untuk memainkan audio pada TV, gunakan komputer Windows.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Klik Lagi Lagi kemudian Hantar di bahagian atas sebelah kanan.
  3. Klik Sumber Anak Panah ke Bawah.
  4. Klik Hantar desktop.
  5. Pilih peranti Chromecast yang hendak anda gunakan untuk menonton kandungan.

Hantar muzik dan video daripada komputer anda

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Klik Lagi Lagi kemudian Hantar di bahagian atas sebelah kanan.
  3. Klik Sumber Anak Panah ke Bawah.
  4. Klik Hantar fail.
  5. Pilih fail.
  6. Pilih peranti Chromecast yang hendak digunakan untuk memainkan fail.

Artikel berkaitan

Petua penyelesaian masalah Chromecast
Hantar ke Hangouts dan Perkhidmatan Awan daripada Chrome
Pintasan papan kekunci Chromecast

Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Log masuk untuk mendapatkan pilihan sokongan tambahan untuk menyelesaikan isu anda dengan cepat

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
Cari di Pusat Bantuan
true
85561
false