Sediakan & urus beberapa desktop dengan meja

Anda boleh menambah meja untuk mengatur beberapa tetingkap dan melakukan berbilang tugas.

Buat meja

  1. Pada papan kekunci Chromebook anda, tekan kekunci Tunjukkan tetingkap
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, pilih Meja baharu.
    • Untuk menamakan semula meja, pilih nama meja dan masukkan nama pilihan anda.

Pergi ke meja yang lain

  1. Pada papan kekunci Chromebook anda, tekan kekunci Tunjukkan tetingkap
  2. Di bahagian atas, pilih meja.

Petua:

  • Untuk beralih ke meja lain, leret empat jari ke kiri atau kanan pada pad sentuh anda.
  • Untuk melangkau dari meja 1–8, tekan Shift + Cari  + 1–8.

Alihkan tetingkap ke meja lain

  1. Pada papan kekunci Chromebook anda, tekan kekunci Tunjukkan tetingkap
  2. Di bahagian atas, pilih meja yang mengandungi tetingkap yang ingin anda alihkan. 
  3. Seret tetingkap dan apl ke meja pilihan anda. 
  4. Untuk mengalih-alihkan tetingkap, anda boleh:
    • Mengalihkan tetingkap ke meja lain: Di sebelah atas tetingkap, klik kanan dan pilih Alihkan tetingkap ke meja.
    • Menyediakan tetingkap atau apl pada semua meja: Di bahagian atas tetingkap, klik kanan dan pilih Alihkan tetingkap ke meja kemudian Semua meja.
Petua: Anda boleh menyeret meja ke atas atau ke bawah untuk mengatur semula meja itu.

Alihkan tab ke tetingkap atau meja lain

  1. Dalam Chrome, klik kanan tab.
  2. Pilih Alihkan tab ke tetingkap lain.
    • Menu akan memaparkan semua tetingkap anda yang dikumpulkan mengikut meja.
  3. Pilih tempat anda mahu mengalihkan tab itu.

Simpan meja semasa anda untuk dikendalikan kemudian

  1. Pada papan kekunci Chromebook anda, tekan Tunjukkan tetingkap .
  2. Pilih Simpan meja untuk dikendalikan kemudian.

Untuk mencari meja anda yang disimpan:

  1. Pada papan kekunci Chromebook anda, tekan Tunjukkan tetingkap .
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, pilih Disimpan untuk dikendalikan kemudian.
  3. Dalam bahagian "Disimpan untuk dikendalikan kemudian", pilih perkara yang ingin anda lakukan dengan meja anda yang disimpan:
    • Untuk membuka semula meja anda yang disimpan, pilih meja.
    • Untuk memadamkan meja anda, pilih Padam .

Tutup meja & tetingkapnya

  1. Pada papan kekunci Chromebook anda, tekan Tunjukkan tetingkap .
  2. Pada meja yang ingin anda alih keluar, di bahagian atas sebelah kanan, pilih Tutup meja dan tetingkap .

Gabungkan meja

  1. Pada papan kekunci Chromebook anda, tekan Tunjukkan tetingkap .
  2. Pada meja yang ingin anda gabungkan dengan meja lain, di bahagian atas sebelah kanan, pilih Gabungkan dengan [Nama meja] .

Gunakan pintasan papan kekunci meja

Penting: 

  • Bergantung pada papan kekunci anda, anda boleh menekan kekunci Carian  atau kekunci Pelancar  untuk sesetengah pintasan. Fungsi kedua-dua kekunci adalah sama.
  • Langkah ini hanya berfungsi pada Chromebook AS dengan papan kekunci QWERTY bahasa Inggeris standard. Untuk mencari pintasan papan kekunci bagi peranti yang mempunyai papan kekunci antarabangsa, pergi ke Tetapan kemudian Peranti kemudian Papan Kekunci kemudian Lihat pintasan papan kekunci.
  • Membuat meja baharu: Tekan Shift + Cari + =.
  • Bertukar kepada meja di sebelah kiri atau kanan: Tekan Cari + [ atau ] (tanda kurung siku kiri atau kanan).
  • Bertukar kepada meja tertentu: Tekan Shift + Cari  + [nombor kedudukan meja].
  • Mengalihkan tetingkap ke meja lain: Tekan Shift + Cari + [ atau ].
  • Mengalihkan tetingkap ke semua meja: Tekan Shift + Cari  + a.
  • Melihat dan beralih antara tetingkap: Tekan Alt + Tab.
    • Melihat hanya tetingkap pada meja semasa anda: Di sebelah atas, pilih Meja semasa.
    • Melihat tetingkap pada semua meja: Di bahagian atas, pilih Semua meja.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
228477038113899255
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
208
false
false