Klik objek pada Chromebook anda secara automatik

Anda boleh menetapkan kursor untuk mengambil tindakan secara automatik apabila kursor berhenti bergerak bagi tempoh waktu tertentu. Ciri ini dapat membantu pengguna yang mengalami gangguan motor.

Hidupkan klik automatik

  1. Pilih masa di bahagian bawah sebelah kanan. Atau, pada papan kekunci anda, tekan Alt + Shift + s.
  2. Pilih Tetapan kemudian Kebolehaksesan.
  3. Di bawah "Tetikus dan pad sentuh", hidupkan Klik secara automatik apabila kursor tetikus berhenti.
  4. (Pilihan) Sesuaikan tetapan klik automatik anda:
    • Lengah sebelum klik: Pilih tempoh Chromebook menjeda sebelum mengklik secara automatik.
    • Stabillkan lokasi klik: Kekalkan gelang anda di satu tempat sehingga kursor anda beralih keluar daripada gelang.
    • Berbalik ke klik kiri selepas tindakan: Kembali ke klik kiri secara automatik selepas tindakan lain, seperti klik kanan atau klik dua kali.
    • Ambang pergerakan: Untuk mengklik item dalam julat tertentu, laraskan saiz gelang anda.

Untuk mengklik tanpa menekan tetikus atau pad sentuh anda secara fizikal, tuding pada objek yang hendak diklik.

Gunakan pelbagai jenis klik

Selepas anda menghidupkan klik automatik, anda boleh menyesuaikan tindakan yang diambil oleh klik anda.

  1. Di bahagian bawah sebelah kanan, pilih tindakan daripada menu:
    • Klik kiri
    • Klik kanan
    • Klik dua kali
    • Klik dan seret
    • Tatal 
    • Togol kedudukan menu
  2. Tuding pada tempat anda ingin melakukan tindakan itu.

Untuk menghentikan klik automatik, pilih Tiada tindakan (jeda) .

 

Tatal semasa anda menuding

  1. Dalam menu klik automatik, pilih tatal . Menu lain akan dipaparkan dengan pilihan tatal.
  2. Tunjukan pada tindakan tatal yang ingin anda lakukan:
    • Kiri 
    • Kanan 
    • Atas 
    • Bawah 
    • Tutup 

Petua: Untuk menukar tempat anda menatal, tuding di atas bar tatal atau halaman yang baharu sehingga menu tatal pergi ke kawasan itu.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4649517952851430864
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
208
false
false