Jadikan Google enjin carian lalai anda

Untuk mendapatkan hasil daripada Google setiap kali anda melakukan carian, anda boleh menjadikan Google enjin carian lalai anda. Jika penyemak imbas anda tidak disenaraikan di bawah, semak sumber bantuan untuk mendapatkan maklumat tentang mengubah tetapan carian.

Google Chrome

Komputer

  1. Buka Google Chrome.
  2. Di bahagian atas sebalah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan. Atau, dalam bar alamat anda, masukkan chrome://settings.
    • Petua: Jika ada kemaskinian Chrome tersedia, di bahagian atas sebalah kanan, anda akan temukan Kemaskinian . Klik Kemaskinian  kemudian Tetapan.
  3. Di bawah "Enjin carian", pilih Google.

Telefon atau tablet Android

  1. Buka apl Chrome Chrome.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. DI bawah "Asas," Ketik Enjin carian kemudian Google.

iPhone atau iPad

  1. Buka apl Chrome Chrome.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan Tetapan.
  3. Ketik Enjin carian kemudian Google.
Microsoft Edge

Microsoft Edge 79 & ke atas

  1. Buka Microsoft Edge.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan dan lagi Tetapan dan pelbagai lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, klik Privasi, carian dan perkhidmatan.
  4. Tatal ke bawah kepada "Perkhidmatan."
  5. Klik Bar alamat dan Carian.
  6. Dalam menu lungsur "Enjin carian yang digunakan dalam bar alamat", kemudian pilih Google.
Internet Explorer 8 & lebih baharu

Petua: Untuk melihat versi Internet Explorer yang anda gunakan, klik Help kemudian About Internet Explorer.

Internet Explorer 11

  1. Buka Internet Explorer.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik ikon gear.
  3. Klik Urus alat tambah.
  4. Di bahagian bawah, klik Find more toolbars and extensions.
  5. Tatal ke bawah ke Google Search extension.
  6. Klik Tambah. Untuk mengesahkan, klik Add sekali lagi.
  7. Di bahagian atas sebelah kanan, klik ikon gear.
  8. Klik Urus alat tambah.
  9. Di sebelah kiri, di bawah "Add-on Types", klik Search Providers.
  10. Di sebelah kanan, klik Google Search.
  11. Di bahagian bawah, klik Set as default.

Internet Explorer 10

  1. Buka Internet Explorer.
  2. Di penjuru atas sebelah kanan halaman, klik ikon gear
  3. Klik Urus alat tambah.
  4. Di sebelah kiri halaman, klik Penyedia Carian.
  5. Di penjuru bawah sebelah kiri, klik Cari lagi penyedia.
  6. Pilih Google.
  7. Klik Tambahkan ke Internet Explorer.
  8. Tandai kotak di sebelah "Jadikan ini penyedia carian lalai saya".
  9. Klik Tambah.

Internet Explorer 9

  1. Buka Internet Explorer.
  2. Di penjuru atas sebelah kanan penyemak imbas, klik ikon Alatan.
  3. Klik pilihan Internet.
  4. Dalam tab Umum, cari bahagian "Carian" dan klik Tetapan.
  5. Pilih Google.
  6. Klik Tetapkan sebagai lalai.
  7. Klik Tutup.

Internet Explorer 8

  1. Buka Internet Explorer.
  2. Di penjuru atas sebelah kanan penyemak imbas, klik anak panah ke bawah dalam kotak carian.
  3. Klik Cari Lagi Penyedia.
  4. Klik Google.
  5. Tandai kotak di sebelah "Jadikan ini penyedia carian lalai saya".
  6. Klik Urus Penyedia Carian.
  7. Klik Tambah.
Firefox
  1. Buka Firefox.
  2. Dalam bar carian kecil di bahagian atas sebelah kanan penyemak imbas anda, klik Search Cari.
  3. Klik Change Search Settings.
  4. Di bawah "Default Search Engine," pilih Google.
Safari
  1. Buka Safari.
  2. Klik bar carian.
  3. Di penjuru atas sebelah kiri bar carian, klik kanta pembesar.
  4. Pilih Google.
Penyemak imbas Android
  1. Buka apl penyemak imbas anda. Apl itu mungkin dipanggil Internet atau Penyemak Imbas.
  2. Ketik butang Menu pada telefon anda atau di sudut atas sebelah kanan penyemak imbas.
  3. Ketik Tetapan kemudian Terperinci kemudian Tetapkan enjin carian.
  4. Ketik Google.
Widget carian

Penting: Ciri ini tersedia pada peranti baharu yang diedarkan dalam Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) pada atau selepas 1 Mac 2020.

  1. Buka apl Google pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Gambar profil atau parap anda kemudian Tetapan.
  3. Ketik Widget carian kemudian Tukar kepada Google.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5192776953644610823
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
208
false
false