Keselamatan Chromebook

Chromebook menggunakan prinsip "pertahanan mendalam" untuk menyediakan berbilang lapisan perlindungan, jadi jika mana-mana satu lapisan dipintas, yang lain masih berfungsi. Jadi, walaupun mengambil langkah berjaga-jaga melindungi data anda masih menjadi keutamaan, Chromebook membolehkan anda menarik sedikit nafas lega. Chromebook anda mempunyai ciri keselamatan terbina dalam yang berikut:

Kemas kini automatik

Cara yang paling berkesan untuk melindungi daripada perisian hasad ialah dengan memastikan semua perisian dikemas kini dan mempunyai pembetulan keselamatan terkini. Perkara ini mungkin sukar diurus pada sistem pengendalian tradisional dengan komponen perisian yang banyak daripada berbagai-bagai vendor, kesemuanya dengan mekanisme kemas kini dan antara muka pengguna yang berbeza. Chromebook mengurus kemaskinian secara automatik supaya Chromebook sentiasa menjalankan versi yang terkini dan paling selamat.

Kotak Pasir

Pada Chromebook, setiap halaman web dan aplikasi dijalankan dalam persekitaran yang terhad dipanggil "kotak pasir". Jika Chromebook dihalakan ke halaman yang dijangkiti, tab atau aplikasi lain dalam komputer atau apa-apa sahaja pada mesin tidak akan terjejas. Ancaman tersebut akan dibendung.

But Disahkan

Walaupun perisian hasad berjaya melepasi kotak pasir, Chromebook masih dilindungi. Setiap kali dimulakan, Chromebook akan menjalankan pemeriksaan sendiri yang dipanggil "But Disahkan". Jika Chromebook mengesan bahawa sistem telah diganggu atau rosak dalam apa-apa jua cara, biasanya sistem akan menjalankan pembaikan sendiri dengan mudah, mengembalikan Chromebook kepada sistem pengendalian yang baik seperti baharu.

Penyulitan Data

Apabila menggunakan apl web pada Chromebook, semua data penting disimpan dengan selamat di awan. Sesetengah jenis fail, seperti muat turun, kuki dan fail cache penyemak imbas, mungkin masih boleh berada dalam komputer. Chromebook menyulitkan data ini menggunakan perkakasan tahan gangguan, menjadikannya amat sukar untuk sesiapa sahaja mengakses fail tersebut.

Mod Pemulihan

Jika terdapat sebarang masalah dengan Chromebook, anda hanya perlu menekan butang atau menggunakan gabungan papan kekunci pantas untuk memasuki mod pemulihan dan memulihkan sistem pengendalian kepada versi yang diketahui berfungsi dengan baik.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7973744499919478153
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
208
false
false