Mengurus privasi skrin anda

Chromebook anda mungkin mempunyai penderia kamera yang mengunci skrin apabila anda tiada dan memastikan skrin itu dibangkitkan apabila anda berada di hadapan skrin. Untuk mengetahui jika Chromebook anda mempunyai ciri ini, semak arahan pengendalian peranti anda. Jika anda tidak pasti, anda boleh menghubungi pengilang.

Penting: Untuk menggunakan penderia kamera anda bagi privasi skrin, anda mesti menghidupkan ciri tesebut. Penderia kamera tidak menyimpan atau menghantar sebarang data atau imej kepada Google.

Mengunci skrin anda apabila anda pergi

Anda boleh menetapkan Chromebook anda kepada malap, kemudian mengunci peranti itu apabila tidak digunakan. Apabila anda menghidupkan tetapan ini, skrin anda akan malap selepas 10 saat. Walaupun anda tidak berinteraksi dengan peranti, tetapan ini juga memastikan skrin anda bangkit hingga 15 minit lebih lama semasa anda berada di hadapan skrin itu.

  1. Pada bahagian bawah sebelah kanan, pilih masa kemudian Tetapan .
  2. Pada sebelah kiri, pilih Privasi dan keselamatan kemudian Privasi skrin.
  3. Hidupkan Kunci apabila Jauh.
    • Untuk menukar tempoh Chromebook anda menunggu untuk mengunci setelah anda pergi, di sebelah "Masa untuk kunci", gerakkan peluncur ke 30, 60, 120 atau 180 saat.

Dapatkan makluman apabila orang lain melihat skrin anda & sembunyikan pemberitahuan anda

Penting: Ciri ini hanya tersedia pada Chromebook IdeaPad Flex 5i Lenovo.

Apabila orang lain melihat skrin anda, ikon Privasi dipaparkan bersebelahan masa dan anda mendapat makluman yang mengatakan "Seseorang sedang melihat skrin anda". Chromebook anda juga boleh menyembunyikan pemberitahuan apabila orang lain melihat skrin anda. Anda boleh melihat apl yang menghantar pemberitahuan itu tetapi kandungan pemberitahuan akan disembunyikan.

  1. Pada bahagian bawah sebelah kanan, pilih masa kemudian Tetapan .
  2. Pada sebelah kiri, pilih Privasi dan keselamatan kemudian Privasi skrin.
  3. Hidupkan Perlindungan paparan.
  4. Untuk melindungi privasi anda dengan lebih lanjut, pilih Sembunyikan kandungan pemberitahuan apabila orang lain dikesan.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1359123906120409093
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
208
false
false