Tulis tangan dengan stilus

Anda boleh menulis tangan teks pendek atau panjang dan memberikan anotasi PDF dengan stilus pada papan kekunci maya Chromebook anda.

Buka papan kekunci pada skrin dalam mod tablet

Jika Chromebook anda boleh digunakan sebagai tablet, papan kekunci pada skrin akan terbuka secara automatik apabila anda menterbalikkan skrin Chromebook pada engselnya.

Gunakan stilus dengan papan kekunci maya anda

Anda boleh menggunakan stilus untuk menulis kandungan berbentuk panjang pada papan kekunci maya. 

  1. Buka mana-mana kotak teks atau apl yang boleh anda taipkan, seperti Dokumen atau Gmail. 
    • Ketik dalam kotak teks. Pad tulisan tangan akan terpapar.
      • Jika anda tidak melihat Tulis Tangan: Di bahagian atas papan kekunci maya, ketik anak panah Kanan , kemudian Tulis Tangan .
  2. Dalam pad yang terpapar, tulis teks dengan stilus anda.
  3. Semasa anda menulis, anda boleh mengedit teks pada pad anda dengan menggunakan kawalan dan gerak isyarat pad tertentu.
    • Gunakan kawalan pad papan kekunci untuk:
      • Buat asal:Di sebelah kanan, ketik Buat asal .
      • Tambah baris baharu: Di sebelah kanan, ketik Enter
      • Tatal: Apabila anda menulis melepasi baris ketiga, bar tatal akan muncul di sebelah kanan. Ketik bar tatal dan luncurkan stilus ke atas atau ke bawah.
      • Hantar teks: Di sebelah kanan, ketik Selesai . Pad akan dikosongkan.
    • Gunakan gerak isyarat untuk:
      • Padam teks: Menggaris batal, menconteng, atau memotong perkataan, frasa atau garisan.
      • Masukkan perkataan: Di bawah baris antara perkataan, lukis Karet . Anda juga boleh mengetik pada atau antara perkataan. 
      • Betulkan perkataan: Ketik dan tahan perkataan, kemudian ketik cadangan.

Edit teks yang dihantar

Untuk mengedit teks yang ada dalam apl dan yang tidak lagi dipaparkan pada papan kekunci, anda boleh menggunakan kawalan pad ini:

  • Undur ruang : Dalam apl, padamkan aksara yang terpapar di hadapan kursor. 
  • Baris baharu : Dalam apl, buat baris baharu. 
  • Ruang : Dalam apl, buat ruang baharu di tempat kursor anda berada.

Anotasi PDF dengan stilus

Anda boleh menanda fail PDF yang telah anda muat turun pada Chromebook anda.  Ketahui cara mencari dan membuka fail.

  1. Buka fail PDF anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Anotasi .
  3. Di bar alat yang muncul, pilih salah satu daripada yang berikut:
    • Lukis garis nipis atau tebal: Ketik dua kali pada Pen , kemudian pilih warna dan saiz. Untuk mencari lebih banyak warna, ketik anak panah ke Bawah .
    • Serlahkan: Ketik dua kali Penyerlah , kemudian pilih warna dan saiz. Untuk mencari lebih banyak warna, ketik anak panah ke Bawah .
    • Padam: Ketik dua kali Pemadam .
    • Buat asal: Untuk segera membatalkan tindakan, ketik Buat asal . Anda boleh mengetiknya berulang kali untuk membuat asal tindakan berturut-turut.
    • Buat semula: Untuk membuat semula tindakan, ketik Buat semula . Anda boleh mengetiknya berulang kali untuk membuat semula tindakan berturut-turut.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12545127896900644854
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
208
false
false