Kebenaran yang diminta oleh apl dan sambungan

Apabila anda memasang atau mengemas kini apl dan sambungan, amaran untuk mengakses data anda mungkin dipaparkan. Amaran itu tidak bermakna apl tersebut berbahaya tetapi kemungkinannya tetap ada. Terima amaran itu untuk memberikan kebenaran atau tolak amaran itu untuk menghalang apl atau sambungan daripada mengakses maklumat anda.

Kenali tahap kebenaran

Di bawah ini ialah kebenaran yang mungkin diminta oleh apl dan sambungan serta tahap risiko berkemungkinannya.

Amaran besar High alert

Apabila kebenaran memerlukan akses kepada semua data pada komputer dan tapak web yang anda lawati, itu bermakna apl atau sambungan tersebut boleh mengakses hampir apa-apa sahaja. Ini mungkin kamera web atau fail peribadi anda, di dalam atau di luar penyemak imbas anda.

Amaran sederhana Medium alert

Amaran ini mungkin meminta akses kepada:

  • Data anda pada semua tapak web yang anda lawati memberikan akses untuk membaca, meminta atau mengubah suai data daripada setiap halaman yang anda lawati (akaun bank, Facebook).
  • Data anda pada satu senarai tapak web memberikan akses untuk membaca, meminta atau mengubah suai data pada halaman yang anda lawati pada satu senarai tapak web tertentu.
Amaran rendah Low alert

Amaran ini meminta akses kepada:

  • Senarai apl, sambungan dan tema yang dipasang: Apl atau sambungan boleh mendayakan, melumpuhkan, menyahpasang atau melancarkan tema, sambungan dan apl yang telah anda pasang.
  • Penanda halaman anda: Apl atau sambungan boleh membaca, mengubah, menambahkan dan menyusun penanda halaman anda.
  • Sejarah penyemakan imbas anda: Apl atau sambungan boleh membaca dan memadamkan sejarah penyemakan imbas anda.
  • Tab dan aktiviti penyemakan imbas anda: Apl atau sambungan boleh melihat URL dan tajuk tapak web yang anda lawati. Apl atau sambungan itu juga boleh membuka dan menutup tab serta tetingkap dan menavigasi ke halaman baharu dalam tab dan tetingkap yang terbuka.
  • Lokasi fizikal anda: Apl atau sambungan boleh menggunakan lokasi semasa komputer atau peranti anda.
  • Data yang anda salin dan tampal: Apl atau sambungan boleh mengakses maklumat yang telah anda salin dan tampal
  • Kebenaran pilihan akan meminta anda untuk menolak atau memberikan kebenaran selepas apl atau sambungan telah dipasang. Apabila anda memberikan kebenaran pilihan, anda tidak boleh mengubahnya selepas itu.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
Cari di Pusat Bantuan
false
false
false
false