Caj belum selesai dan pertikaian

Caj belum selesai

Jika anda melihat caj "belum selesai" daripada Chrome Web Store pada penyata kad kredit anda, berikut ialah maksudnya:

  • Anda akan melihat caj belum selesai sejurus selepas membeli sesuatu daripada Chrome Web Store. Anda mungkin akan melihat caj ini walaupun anda telah membatalkan pembelian. Jika anda membatalkan pembelian, caj belum selesai akan hilang dalam masa 1-14 hari perniagaan. Jika anda tidak membatalkan pembelian, caj ini akan bertukar menjadi caj sebenar.
  • Jika anda baru sahaja membuat akaun Google Pay untuk membuat pembelian pertama atau menambahkan kad baharu kepada akaun Google Pay, anda mungkin akan melihat caj $1. Ini adalah untuk memastikan kad anda sah. Caj ini akan dialih keluar dan anda tidak akan dikenakan bayaran.

Pertikaikan caj

Bagi mempertikaikan caj untuk pesanan, hubungi terus pembangun item, pemproses pembayaran atau syarikat kad kredit anda.

Google tidak bertanggungjawab atas penyelesaian pertikaian bil untuk item daripada Chrome Web Store.

Petua: Jika anda menemukan caj tanpa izin dalam akaun Google Pay anda, menerima mesej pancingan data atau anda berpendapat bahawa akaun anda telah dirampas, anda perlu mengambil tindakan. Ketahui cara mempertikaikan, melaporkan atau membatalkan pembayaran.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
16325408646551086374
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
false
false
false
false