Pasang & urus apl web

Anda boleh memasang apl pada Chromebook daripada Gedung Web Chrome. Setelah membuat pemasangan, anda boleh menjejaki apl yang telah dipasang dan mengalih keluar, jika mahu.

Penting: Apl dalam Gedung Web Chrome hanya disokong pada Chromebook dan tidak akan berfungsi pada Windows, Mac atau Linux selepas Disember 2022.

Pasang dan nyahpasang apl

Pasang apl
  1. Pergi ke Gedung Web Chrome.
  2. Cari dan pilih apl yang anda ingini.
  3. Klik Tambahkan kepada Chrome atau jika apl berbayar, klik Beliuy.

Nota: Jika anda memasang apl di tempat kerja atau institusi pengajian, sesetengah apl mungkin disekat. Ketahui tentang penggunaan peranti terurus.

Pasang apl menggunakan telefon anda

Anda boleh menggunakan telefon untuk memasang apl secara percuma ke komputer desktop anda dari jauh:

  1. Log masuk ke Chrome.
  2. Dalam Chrome, cari apl yang diingini.
  3. Ketik Tambahkan pada Desktop.
  4. Dalam tetingkap baharu, ketik Tambahkan pada Desktop.

Apabila anda membuka Chrome pada komputer anda selepas ini, anda akan melihat makluman yang mengatakan bahawa satu apl telah dipasang dari jauh. Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan melihat kebenaran yang diperlukan oleh apl itu. Untuk memberikan kebenaran dan menggunakan apl, klik Dayakan apl.

Pasang apl daripada laman web pembangun
  1. Di tapak web pembangun, klik Tambahkan pada Chrome untuk memasang apl itu.
  2. Semak dan terima kebenaran.
  3. Buka tab baharu untuk melengkapkan pemasangan.
Nyahpasang apl

Untuk mengalih keluar apl daripada Chrome:

  1. Di bahagian bawah sebelah kiri skrin Chromebook anda, klik Pelancar .
  2. Klik kanan apl yang ingin dialih keluar.
  3. Pilih Nyahpasang.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2742473815832644455
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false