Mulakan atau hentikan pelaporan ralat & ranap sistem secara automatik

Tindakan membenarkan Chrome untuk menghantar laporan automatik dapat membantu kami memberikan keutamaan terhadap perkara yang perlu dibetulkan dan ditingkatkan pada Chrome. Laporan ini boleh mengandungi maklumat seperti waktu ranap sistem Chrome berlaku, jumlah memori yang anda gunakan dan beberapa maklumat peribadi.

Anda boleh memulakan atau menghentikan tindakan membenarkan laporan ini pada bila-bila masa.

  1. Buka apl Chrome Chrome pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Ketik Perkhidmatan Google.
  4. Hidupkan atau matikan "Bantu kami memperbaik ciri dan prestasi Chrome". 

Maklumat yang disertakan dalam laporan

Jika berlaku ranap sistem pada Chrome, sesetengah maklumat peribadi mungkin disertakan dalam laporan. Laporan ini mengandungi:

  • Memori yang berkaitan dengan ranap sistem, yang boleh mengandungi kandungan halaman, maklumat pembayaran dan kata laluan
  • Tetapan Chrome anda
  • Sambungan yang telah dipasang
  • Halaman web yang anda lawati pada waktu ranap sistem berlaku
  • Sistem pengendalian, pengeluar dan model peranti anda
  • Negara tempat anda menggunakan Chrome
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1789065004969735690
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false