Anda boleh menyemak sejarah penyemakan imbas anda dalam Chrome. Anda juga boleh meneruskan penyemakan imbas yang telah anda mulakan pada komputer desktop atau komputer riba dan menemukan carian yang berkaitan.
Jika anda tidak mahu halaman yang anda lawati direkodkan dalam Chrome, anda boleh memadamkan semua atau sebahagian daripada sejarah penyemakan imbas anda. Jika anda memadamkan sejarah penyemakan imbas, pemadaman akan dilakukan pada semua peranti yang anda log masuk ke Chrome dan menyegerakkan sejarah anda ke Google Account anda.
Anda juga boleh memadamkan sejarah carian Google anda daripada akaun anda secara berasingan.
Kandungan senarai Sejarah anda
Sejarah anda menyenaraikan halaman yang telah anda lawati pada Chrome dalam tempoh 90 hari yang lalu. Senarai tersebut tidak menyimpan:
- Halaman Chrome seperti chrome://settings
- Halaman yang telah anda lawati dalam penyemakan imbas peribadi
- Halaman yang dipadamkan daripada sejarah penyemakan imbas anda
Petua: Jika anda log masuk ke Chrome dan menyegerakkan sejarah anda, maka Sejarah anda turut memaparkan halaman yang telah anda lawati pada peranti anda yang disegerakkan.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi .
- Klik Sejarah Sejarah.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Dalam bar alamat, masukkan
@history
. - Tekan kekunci tab atau ruang. Anda juga boleh mengklik Sejarah Carian dalam cadangan.
- Masukkan kata kunci untuk halaman yang anda lawati sebelum ini.
- Pilih halaman daripada senarai.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi .
- Klik Sejarah Sejarah.
- Di sebelah kiri, klik Kosongkan data semakan imbas.
- Pilih jumlah sejarah yang ingin anda padamkan.
- Untuk mengosongkan semuanya, pilih Sepanjang masa.
- Tandai kotak yang anda ingin Chrome kosongkan maklumatnya, termasuk Sejarah penyemakan imbas. Ketahui lebih lanjut tentang jenis data semakan imbas yang boleh anda padamkan.
- Klik Kosongkan data.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi .
- Klik Sejarah Sejarah.
- Tandai kotak di sebelah setiap item yang hendak dialih keluar daripada Sejarah anda.
- Di bahagian atas sebelah kanan, klik Padam.
- Klik Alih keluar.
Untuk melihat laman yang paling kerap anda lawati, buka tab baharu.
Untuk mengalih keluar imej pintasan:
- Tuding pada imej yang ingin anda alih keluar.
- Di bahagian atas sebelah kanan imej, klik Lagi Alih keluar .
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Dalam bar alamat, masukkan istilah carian anda.
- Di bawah bar alamat anda, klik Teruskan menyemak imbas.
Anda juga boleh mengakses paparan “mengikut kumpulan” terus daripada halaman "Sejarah Chrome":
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Sejarah Sejarah.
- Dalam tab “mengikut kumpulan”, anda boleh memilih kumpulan yang mahu disemak.
Petua:
- Untuk membuka semua halaman dalam kumpulan pada kumpulan tab baharu, pilih Lagi Buka semua dalam kumpulan tab baharu bersebelahan item yang dicari.
- Pada bahagian bawah halaman, anda boleh menemukan carian cadangan.
Sejarah penyemakan imbas yang sensitif mungkin disembunyikan secara automatik. Anda boleh menemukan halaman ini melalui kotak carian pada halaman Sejarah. Contohnya, jika anda mencari topik kesihatan dan mahu melawat semula topik itu, taip topik kesihatan dalam kotak carian.
Anda boleh memadamkan halaman dalam kumpulan atau semua halaman dalam kumpulan secara manual.
- Untuk memadamkan halaman dalam kumpulan: Bersebelahan item yang dicari, klik Lagi Alih keluar daripada sejarah.
- Untuk memadamkan semua halaman dalam kumpulan: Bersebelahan kumpulan, klik Lagi Alih keluar semua daripada sejarah.
Semak imbas secara peribadi
Jika anda tidak mahu Chrome menyimpan sejarah penyemakan imbas anda sama sekali, anda boleh menyemak imbas secara peribadi menggunakan mod Inkognito.
Jika anda menggunakan Chromebook di tempat kerja atau sekolah, pentadbir rangkaian anda boleh mematikan sejarah penyemakan imbas anda. Jika sejarah dimatikan, Sejarah anda tidak akan menyenaraikan halaman yang telah anda lawati. Ketahui tentang menggunakan peranti Chrome terurus.