Sekat atau benarkan tetingkap timbul dalam Chrome

Secara lalai, Google Chrome menyekat tetingkap timbul daripada dipaparkan secara automatik pada skrin anda. Apabila tetingkap timbul disekat, bar alamat akan ditandai dengan ikon Tetingkap timbul disekat Tetingkap timbul disekat. Anda juga boleh membenarkan tetingkap timbul.

Jika tetingkap timbul masih dipaparkan selepas dilumpuhkan:

Hidupkan atau matikan tetingkap timbul

  1. Buka apl Chrome Chrome pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan Tetapan.
  3. Ketik Tetapan Kandungan kemudian Sekat Tetingkap Timbul.
  4. Hidupkan atau matikan Sekat Tetingkap Timbul.

Benarkan tetingkap timbul untuk laman tertentu

Tidak semua tetingkap timbul itu iklan atau spam. Sesetengah laman web yang sah turut memaparkan kandungan webnya dalam tetingkap timbul.

  1. Buka apl Chrome Chrome pada iPhone atau iPad anda.
  2. Pergi ke halaman tempat tetingkap timbul disekat.
  3. Di sebelah bawah, di bahagian "Tetingkap timbul disekat", ketik Sentiasa paparkan.

Selesaikan masalah berkaitan tetingkap timbul

Jika anda berada di halaman yang mengandungi tetingkap timbul atau dialog yang tidak dapat dihapuskan, cuba langkah berikut:

  1. Hidupkan mod pesawat telefon anda.
  2. Berhenti menggunakan Google Chrome.
  3. Tutup tab yang mengandungi tetingkap timbul atau kotak dialog yang tidak bagus.

Tetingkap timbul laman saya disekat

Chrome menyekat tetingkap timbul yang dianggap tidak begitu berguna oleh pengguna.

Jika tetingkap timbul disekat pada laman milik anda, akses Laporan Pengalaman Kesat. Dalam laporan itu, anda boleh mengetahui sama ada terdapat apa-apa isu pada laman anda yang boleh anda tangani.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7079674354513937772
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false