Sekat atau benarkan tetingkap timbul dalam Chrome

Secara lalai, Google Chrome menyekat tetingkap timbul daripada dipaparkan secara automatik pada skrin anda. Apabila tetingkap timbul disekat, bar alamat akan ditandai dengan ikon Tetingkap timbul disekat Tetingkap timbul disekat. Anda juga boleh membenarkan tetingkap timbul.

Jika tetingkap timbul masih dipaparkan selepas dilumpuhkan:

Tukar tetapan tetingkap timbul & ubah hala lalai anda

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Klik Privasi dan keselamatan kemudian Tetapan Laman kemudian Tetingkap timbul dan ubah hala.
  4. Pilih pilihan yang mahu anda jadikan tetapan lalai anda.

Urus tetingkap timbul & ubah hala untuk laman tertentu

Tidak semua tetingkap timbul itu iklan atau spam. Sesetengah laman web yang sah turut memaparkan kandungan web dalam tetingkap timbul.

Benarkan tetingkap timbul dan ubah hala daripada laman
  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pergi ke halaman tempat tetingkap timbul disekat.
  3. Dalam bar alamat, klik Tetingkap timbul disekat Tetingkap timbul disekat.
  4. Klik pautan untuk tetingkap timbul yang ingin dilihat.
  5. Untuk sentiasa melihat tetingkap timbul bagi laman tersebut, pilih Sentiasa paparkan tetingkap timbul dan ubah hala daripada [laman] kemudian Selesai.
Sekat tetingkap timbul dan ubah hala daripada laman
  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Klik Privasi dan keselamatan kemudian Tetapan Laman.
  4. Klik Tetingkap timbul dan ubah hala.
  5. Di bawah "Dibenarkan untuk menghantar tetingkap timbul dan menggunakan ubah hala", cari laman tersebut.
  6. Pada sebelah kanan laman itu, klik Lagi Lagi kemudian Sekat.

Jika laman itu tidak disenaraikan, klik "Tidak dibenarkan untuk menghantar tetingkap timbul atau menggunakan ubah hala", klik Tambah. Masukkan alamat web laman, kemudian klik Tambah. Untuk menangkap semua tetingkap timbul pada seluruh laman itu, gunakan corak [*.]example.com.

Sekat pemberitahuan

Jika anda masih menerima komunikasi daripada laman selepas melumpuhkan tetingkap timbul, itu bermakna anda mungkin melanggan pemberitahuan. Untuk mematikan pemberitahuan bagi laman:

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Akses laman yang menghantar pemberitahuan tersebut kepada anda.
  3. Klik Lihat maklumat laman.
  4. Bersebelahan "Pemberitahuan", pilih Sekat daripada menu lungsur.

Anda juga boleh menyekat pemberitahuan daripada tetapan laman anda.

Masalah berkaitan tetingkap timbul

Menggunakan peranti Chrome di tempat kerja atau sekolah: Anda tidak boleh mengubah tetapan ini sendiri tetapi pentadbir rangkaian anda boleh menyediakan penyekat tetingkap timbul untuk anda. Ketahui cara menggunakan peranti Chrome terurus.

Anda boleh mengawal cara laman web bertindak apabila menggunakan Chrome. Ketahui cara menetapkan kebenaran pada Chrome.

Tetingkap timbul laman saya disekat

Chrome menyekat tetingkap timbul yang dianggap tidak begitu berguna oleh pengguna.

Jika tetingkap timbul disekat pada laman milik anda, akses Laporan Pengalaman Kesat. Dalam laporan itu, anda boleh mengetahui sama ada terdapat apa-apa isu pada laman anda yang boleh anda tangani.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3957998980716908265
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false