Anda boleh menyemak imbas web dengan lebih peribadi dalam Mod inkognito.
Inkognito mengehadkan perkara yang disimpan pada peranti anda
Apabila anda menyemak imbas dalam Inkognito, Chrome mengehadkan maklumat yang disimpan pada peranti anda. Tindakan ini berguna, contohnya, apabila anda menggunakan komputer yang dikongsi atau membeli-belah untuk hadiah.
Apabila anda membuka tetingkap Inkognito, Chrome memulakan sesi penyemakan imbas yang berasingan. Sesi Inkognito anda akan tamat apabila anda menutup semua tetingkap Inkognito.
Apabila anda menyemak imbas dalam Inkognito:
- Chrome tidak membuat anda log masuk ke Google Account anda atau laman web lain secara automatik: Hal ini tidak mengubah cara data dikumpulkan oleh laman web yang anda lawati dan perkhidmatan yang digunakan, termasuk Google. Laman mungkin masih dapat mengumpulkan maklumat tentang anda walaupun anda tidak log masuk.
- Selepas sesi Inkognito anda tamat, Chrome tidak mengekalkan data laman atau rekod laman yang anda lawati: Semasa sesi Inkognito anda, Chrome menyimpan beberapa maklumat untuk sementara waktu, seperti kuki dan data laman, untuk membantu laman web berfungsi dan menyokong navigasi. Maklumat ini dialih keluar apabila sesi Inkognito tamat.
- Chrome mengekalkan penanda halaman yang anda simpan dan fail yang anda muat turun apabila anda keluar daripada sesi Inkognito: Penanda halaman yang anda tambahkan dan item senarai bacaan yang anda simpan akan tersedia dalam sesi penyemakan imbas biasa anda. Fail yang anda muat turun akan kekal pada peranti anda sehingga anda memadamkan fail tersebut.
Walaupun Inkognito dapat membantu anda merahsiakan penyemakan imbas anda pada peranti anda, mod ini tidak menjadikan anda halimunan. Laman web yang anda lawati, termasuk laman Google dan organisasi yang mengurus rangkaian anda, seperti sekolah, majikan atau penyedia perkhidmatan Internet anda, mungkin dapat memerhatikan aktiviti anda dalam Inkognito. Laman web yang anda lawati yang menggunakan perkhidmatan Google juga berkongsi maklumat tentang aktiviti anda pada laman mereka dengan Google, termasuk untuk tujuan pengiklanan, seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi.
Buka mod Inkognito
Untuk memulakan sesi Inkognito:
- Buka Chrome
pada peranti Android anda.
- Untuk membuka tab Inkognito baharu, ketik Lagi
Tab Inkognito Baharu.
- Tetingkap baharu akan dibuka.
- Anda boleh beralih antara tab Inkognito dengan tab Chrome biasa.
Secara lalai, kuki pihak ketiga disekat dalam mod Inkognito. Jika laman yang bergantung pada kuki pihak ketiga tidak berfungsi seperti yang dijangkakan, anda boleh membenarkan kuki pihak ketiga tersebut untuk sementara waktu bagi laman itu. Ketahui cara membenarkan kuki pihak ketiga untuk sementara waktu bagi laman tertentu.
Kunci tab Inkognito
Sesiapa sahaja yang menggunakan peranti anda boleh mengakses tab Inkognito yang dibiarkan terbuka. Untuk membiarkan tab Inkognito anda terbuka tetapi disembunyikan daripada pengguna peranti yang lain, anda boleh mengunci tab Inkognito tersebut.
Penting: Pada telefon Pixel, sesetengah langkah ini hanya berfungsi pada Android 11 dan versi yang lebih baharu. Ketahui cara menyemak versi Android anda.
- Buka Chrome
pada peranti Android anda.
- Ketik Lagi
Tetapan
Privasi dan keselamatan.
- Hidupkan Kunci tab Inkognito apabila anda meninggalkan Chrome.
Tutup mod Inkognito
Jika anda membuka tab lain dalam mod Inkognito, sesi Inkognito anda akan diteruskan dalam tab baharu. Untuk keluar daripada mod Inkognito, tutup semua tab Inkognito.
- Buka Chrome
pada peranti Android anda.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Beralih tab
.
- Pada bahagian atas, ketik tab Inkognito
.
- Pada bahagian atas sebelah kanan tab Inkognito, ketik Tutup
.
- Selain itu, untuk menutup semua tab Inkognito, ketik Lagi
Tutup semua tab Inkognito.
- Selain itu, untuk menutup semua tab Inkognito, ketik Lagi