Semak imbas secara peribadi

Anda boleh menyemak imbas di web secara peribadi dalam mod Inkognito jika anda tidak mahu Google Chrome mengingati aktiviti anda.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Lagi dan kemudian Tetingkap Inkognito Baharu.
  3. Tetingkap baharu akan dipaparkan. Di penjuru sebelah atas, cari ikon Inkognito Mod inkognito.

Anda turut boleh menggunakan pintasan papan kekunci untuk membuka tetingkap Inkognito:

  • Windows, Linux atau OS Chrome: Tekan Ctrl + Shift + n.
  • Mac: Tekan ⌘ + Shift + n.

Anda boleh menukar antara tetingkap Inkognito dan tetingkap Chrome biasa. Anda hanya akan menyemak imbas secara peribadi apabila anda menggunakan tetingkap Inkognito.

Hentikan penyemakan imbas peribadi

Mod Inkognito dijalankan dalam tetingkap berasingan daripada tetingkap Chrome yang biasa.

Jika tetingkap Inkognito anda terbuka dan anda membuka satu tetingkap lain, sesi penyemakan imbas peribadi anda akan diteruskan dalam tetingkap baharu. Untuk keluar daripada mod Inkognito, tutup semua tetingkap Inkognito.

  1. Pergi ke tetingkap Inkognito pada komputer anda.
  2. Tutup tetingkap:
    • Windows atau OS Chrome: Klik Tutup Tutup di bahagian atas sebelah kanan.
    • Mac: Klik Tutup Tutup di bahagian atas sebelah kiri.

Perkara yang berlaku apabila anda menyemak imbas secara peribadi

  • Chrome tidak akan menyimpan sejarah penyemakan imbas anda, kuki dan data tapak atau maklumat yang dimasukkan dalam borang.
  • Fail yang anda muat turun dan penanda halaman yang anda buat akan disimpan.
  • Aktiviti anda tidak disembunyikan daripada tapak web yang anda lawati, majikan atau sekolah anda atau penyedia perkhidmatan Internet anda.

Ketahui lebih lanjut tentang cara penyemakan imbas peribadi berfungsi.

Artikel berkaitan