Anda boleh membantu kami meningkatkan Google Chrome dengan memberikan maklum balas tentang sebarang masalah yang anda alami.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi .
- Ketik Bantuan Laporkan isu.
- Tambahkan butiran, termasuk langkah untuk membantu kami membuat semula isu yang sedang anda alami.
- Pilih jika anda mahu menyertakan lebih banyak maklumat dalam laporan anda, seperti alamat web, alamat e-mel anda atau tangkapan skrin.
- Untuk menyerahkan laporan, klik Hantar.
Kami menghargai bantuan anda! Kami mungkin tidak dapat menghantar balasan individu kepada anda tetapi kami akan menyiasat laporan anda dan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk mempertingkatkan Google Chrome.