Tetapkan halaman utama dan halaman permulaan anda

Anda boleh menyesuaikan Google Chrome supaya membuka mana-mana halaman sebagai halaman utama atau halaman permulaan. Dua halaman ini tidak sama melainkan anda menetapkan kedua-duanya demikian.

  • Halaman permulaan ialah halaman yang dipaparkan apabila anda mula-mula melancarkan Chrome pada peranti anda.
  • Halaman utama anda ialah halaman yang dipaparkan apabila anda memilih Laman Utama Laman Utama.

Jika halaman permulaan, halaman utama atau enjin carian anda tiba-tiba berubah, itu bermakna mungkin terdapat perisian yang tidak diingini. Ketahui cara menetapkan semula tetapan penyemak imbas anda.

Tetapkan halaman permulaan anda

Anda boleh mengawal halaman yang akan dipaparkan apabila anda melancarkan Chrome pada komputer.

Buka tab baharu
Anda boleh menetapkan Chrome untuk membuka halaman Tab Baharu setiap kali anda membuka tetingkap baharu.
  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Pada permulaan kemudian Buka halaman Tab Baharu anda.
Anda boleh menyesuaikan halaman Tab Baharu dengan:
  • Pintasan anda
  • Tema lain
Ketahui cara menyesuaikan halaman Tab Baharu anda.
Teruskan navigasi dari tempat anda berhenti

Anda boleh memberitahu Chrome untuk membuka semula halaman sama yang dilihat sebelum anda keluar.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Pada permulaan kemudian Teruskan dari tempat anda berhenti.

Kuki dan data anda disimpan, oleh yang demikian, mana-mana laman web yang anda log masuk sebelum ini akan dibuka semula. Jika anda tidak mahu log masuk ke halaman ini secara automatik, ikut langkah yang berikut:

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Privasi dan keselamatan kemudian Tetapan laman kemudian Tetapan kandungan tambahan.
  4. Pilih Data laman pada peranti.
  5. Hidupkan Padamkan data laman yang disimpan pada peranti anda apabila anda menutup semua tetingkap.
Buka set halaman tertentu

Anda boleh memberitahu Chrome untuk membuka mana-mana halaman web.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Dalam bahagian "Pada permulaan", pilih Buka halaman atau set halaman tertentu.
  4. Anda boleh sama ada:
    • Pilih Tambahkan halaman baharu.
      1. Masukkan alamat web.
      2. Pilih Tambah.
    • Pilih Gunakan halaman semasa.

Petua: Untuk mengemaskinikan halaman anda, pada sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Edit atau Padam.

Masalah berkaitan halaman permulaan atau halaman utama anda

Jika anda menggunakan komputer dan halaman utama atau halaman permulaan yang tidak anda tetapkan sendiri dipaparkan, komputer anda mungkin mengandungi perisian hasad. Ketahui cara mengalih keluar iklan, tetingkap timbul & perisian hasad yang tidak dikehendaki.

Jika anda menggunakan Chromebook di tempat kerja atau institusi pengajian, pentadbir rangkaian anda boleh memilih halaman permulaan atau halaman utama untuk anda. Jika begitu, anda tidak dapat menukar pilihan tersebut. Untuk mendapatkan bantuan lanjut, hubungi pentadbir anda.

Pilih halaman utama anda

Anda boleh mengawal halaman yang dipaparkan apabila anda klik Laman Utama Laman Utama.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Dalam bahagian "Penampilan", hidupkan Paparkan butang Laman Utama.
  4. Dalam bahagian "Paparkan butang Laman Utama", pilih sama ada hendak menggunakan halaman Tab Baharu atau halaman tersuai

Petua: Pada sebelah kiri bar alamat anda, anda boleh menemukan Laman Utama Laman Utama.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8651775269952148113
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false