Betulkan teks yang tidak dipaparkan dengan betul

Jika anda melihat petak empat segi dan bukannya teks pada halaman web, teks kabur atau samar-samar, ikut langkah di bawah untuk cuba menyelesaikan isu tersebut.

Teks kelihatan samar-samar atau kabur (Windows sahaja)

Jika teks kelihatan tidak jelas pada komputer anda, cuba tukar tetapan fon anda.

Langkah 1: Gunakan penala teks

  1. Pada komputer Windows anda, klik menu Start: Menu Start atau Menu Start.
  2. Dalam kotak carian, taip ClearType. Apabila anda melihat Adjust ClearType Text, klik padanya atau tekan enter.
  3. Dalam Penala Teks ClearType, tandai kotak di sebelah "Turn on ClearType".
  4. Klik Next, kemudian selesaikan langkah tersebut.
  5. Klik Finish.

Langkah 2: Tukar tetapan penampilan Windows anda

Jika Langkah 1 tidak berkesan, cuba tukar tetapan penampilan Windows anda. Langkah ini paling berguna untuk paparan dengan peleraian tinggi.

  1. Pada komputer Windows anda, klik menu Start: Menu Start atau Menu Start.
  2. Dalam kotak carian, taip Appearance. Apabila anda melihat Adjust the appearance and performance of Windows, klik padanya atau tekan enter.
  3. Di sebelah "Smooth edges of screen fonts", nyahtandai kotak.
  4. Klik Apply.
  5. Buka Chrome semula.

Pautan berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12381561739074468025
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false