Anda tidak akan melihat iklan pada laman web yang mengandungi pengalaman iklan yang tidak baik, seperti:
- Terlalu banyak iklan
- Iklan yang tidak menyenangkan dengan grafik yang berkelip atau audio yang dimainkan secara automatik
- Iklan dinding sebelum anda menemukan kandungan
Apabila iklan ini disekat, anda akan menerima mesej "Iklan mengganggu disekat". Iklan mengganggu akan dialih keluar daripada halaman.
Ketahui lebih lanjut tentang sebab Chrome menyekat iklan dalam blog Google.
Matikan penyekat iklan
Anda boleh menukar tetapan untuk membenarkan iklan pada semua laman.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Tetapan.
- Pilih Privasi dan keselamatan Tetapan laman.
- Dalam bahagian “Kandungan”, pilih Tetapan kandungan tambahan Iklan mengganggu.
- Dalam bahagian “Gelagat lalai”, pilih Mana-mana laman yang dilawati boleh memaparkan sebarang iklan kepada anda.
Benarkan iklan pada laman tertentu
Anda boleh membenarkan mana-mana laman yang dilawati untuk memaparkan sebarang iklan kepada anda.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Akses halaman yang anda percayai yang mengandungi iklan disekat.
- Pada sebelah kiri alamat web, ketik Lihat maklumat laman Tetapan laman.
- Dalam bahagian “Kebenaran”, pilih Benarkan bersebelahan “Iklan mengganggu”.
- Muatkan semula halaman web.
Halang Chrome daripada menyekat iklan pada laman web anda
Chrome mengalih keluar iklan daripada laman web yang melanggar Standard Iklan Lebih Baik. Standard ini tidak menggalakkan jenis iklan yang dianggap tidak menyenangkan.
Jika terdapat iklan yang dialih keluar daripada laman web yang anda miliki, lawati laman Laporan Pengalaman Iklan. Dalam laporan itu, anda akan mengetahui sebarang masalah yang ditemukan pada laman anda dan cara mengatasi masalah tersebut.