Google Chrome menyekat sesetengah muat turun

Chrome menyekat muat turun berbahaya dan melindungi peranti serta akaun anda daripada perisian atau virus secara automatik. Amaran muat turun dalam Chrome membantu anda:

  • Mengelakkan perubahan tidak dikehendaki pada penyemak imbas, komputer atau tetapan peranti anda.
  • Mengelakkan tindakan tidak diluluskan yang boleh menjejaskan akaun kewangan dan identiti dalam talian anda seperti Google Account atau akaun media sosial anda.
  • Mengelakkan virus.
  • Melindungi data peribadi anda daripada bocor.

Apabila Chrome menyekat tindakan memuat turun, anda dilindungi dan tidak perlu mengambil tindakan lanjut. Anda boleh mengalih keluar amaran daripada sejarah muat turun anda dengan memilih “Padamkan daripada sejarah”. Jika anda tidak mengambil tindakan, Chrome akan mengalih keluar amaran tersebut daripada sejarah anda dalam tempoh satu jam.

Anda sentiasa boleh memilih untuk memuat turun fail selepas anda menerima amaran daripada Chrome tetapi anda perlu mengambil serius tentang amaran muat turun. Penyerang mungkin meminta anda mematikan atau mengabaikan amaran untuk mengelakkan pengesanan antivirus. Ketahui cara Chrome dan Penyemakan Imbas Selamat mengekalkan penyulitan data semakan imbas anda.

Sebab muat turun disekat

Muat turun fail anda mungkin telah disekat atas satu daripada beberapa sebab yang berikut:

Berbahaya:

  • Perisian hasad
  • Perisian mengelirukan yang boleh membuat perubahan tidak dikehendaki pada peranti atau komputer anda.

Mencurigakan:

  • Fail yang tidak biasa atau tidak dikenali
  • Fail yang mencuba untuk mengelak pengesanan, contohnya menyembunyikan perisian hasad atau virus dalam fail arkib seperti .zip atau .rar. Kata laluan juga boleh ditambahkan untuk mengelak daripada dikesan.

Tidak disahkan: Fail yang dimuat turun ketika Penyemakan Imbas dimatikan. Ketahui cara menghidupkan semula Penyemakan Imbas Selamat.

Tidak selamat:

  • Sambungan kepada laman yang menggunakan HTTPS adalah lebih selamat berbanding dengan sambungan kepada laman yang tidak menggunakan HTTPS. Ketahui cara menyemak sama ada sambungan laman selamat atau tidak.
  • Walaupun halaman yang anda lawati ketika muat turun bermula adalah selamat, muat turun tersebut mungkin telah diberikan secara tidak selamat.
Cara menggunakan imbasan perisian hasad

Penting: Penyemakan Imbas Selamat Dipertingkatkan mestilah dihidupkan.

Jika fail yang mahu anda muat turun dikenal pasti sebagai mencurigakan, anda boleh menghantar fail tersebut kepada Penyemakan Imbas Selamat Google untuk semakan keselamatan lanjut. Apabila anda mengimbas fail untuk mengesan perisian hasad, tindakan ini membantu anda menyemak sama ada fail ini berbahaya atau tidak.

  • Jika fail tersebut ialah fail arkib, contohnya fail .zip, .7z atau .rar dan dilindungi oleh kata laluan, anda boleh menghantar fail dan kata laluan tersebut kepada Penyemakan Imbas Selamat supaya fail tersebut boleh dibuka untuk melengkapkan imbasan.
  • Fail yang dimuat naik –kata laluan fail, jika berkenaan– dipadamkan daripada Penyemakan Imbas Selamat sejurus selepas imbasan dibuat.
  • Semua data yang terkumpul hanya digunakan oleh Penyemakan Imbas Selamat untuk memberi anda perlindungan muat turun yang lebih baik.
Maklumat lanjut untuk pembangun perisian dan pemilik laman web

Untuk membantu pengguna dilindungi, Google menyimpan senarai laman web yang dikenali menjadi tuan rumah muat turun hasad dan senarai penerbit perisian yang dipercayai. Jika anda penerbit perisian dan perduaan anda dibenderakan oleh Chrome, ketahui cara menyelesaikan isu perisian hasad atau perisian tidak diingini yang berkaitan dengan muat turun anda.

Chrome juga boleh menyekat muat turun yang tidak selamat daripada tapak yang selamat. Jika anda tidak dapat memuat turun fail daripada laman anda, ketahui cara mengelakkan kandungan campuran dan muat turun pada laman anda.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17432699784749695709
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false