Selesaikan masalah video & permainan yang tidak dapat dimainkan

Jika video YouTube, permainan Facebook atau media lain tidak berfungsi, cuba langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah itu.

Langkah ini dapat membantu untuk:

  • Video atau permainan yang tidak dapat dimuatkan
  • Video atau permainan yang kosong
  • Kotak kelabu yang dipaparkan dan bukannya video atau permainan
  • Chrome pegun atau ranap semasa memuatkan video atau permainan

Langkah 1: Kemas kini Chrome

Video dan permainan kadangkala memerlukan Chrome versi terkini.

  1. Buka apl Gedung Play pada telefon atau tablet Android anda Gedung Play.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Menu kemudian Apl & permainan saya.
  3. Di bawah "Kemas Kini", cari Chrome Chrome.
  4. Jika Chrome disenaraikan, ketik Kemas kini.
  5. Apabila kemaskinian selesai dilakukan, pergi semula ke laman yang mengandungi video atau permainan itu. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Muat semula Muat semula.

Langkah 2: Hidupkan JavaScript

Sesetengah media memerlukan JavaScript.

  1. Buka apl Google Chrome pada telefon atau tablet Android anda Chrome.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Ketik Tetapan Tapak.
  4. Ketik JavaScript, kemudian hidupkan tetapan.
  5. Pergi semula ke laman yang mengandungi video atau permainan. Ketik Lagi Lagi kemudian Muat semula Muat semula.

Langkah 3: Tetapkan semula sambungan Internet anda

Rangkaian Internet anda mungkin menjadi punca masalah video atau permainan itu.

  1. Matikan telefon atau tablet Android anda.
  2. Cabut palam modem. Jika penghala wayarles anda ialah peranti berasingan, cabut palam penghala juga.
  3. Tunggu selama kira-kira satu minit.
  4. Palamkan modem anda dan tunggu sehingga semua lampu berhenti berkelip. Jika penghala wayarles anda ialah peranti berasingan, palamkan semula penghala dan tunggu sehingga semua lampu berhentu berkelip.
  5. Hidupkan telefon atau tablet Android anda.
  6. Pergi semula ke laman yang mengandungi video atau permainan. Ketik Lagi Lagi kemudian Muat semula Muat semula.

Langkah 4: Semak cache dan kuki anda

Sesetengah masalah video atau permainan berpunca daripada sesuatu yang disimpan dalam data semakan imbas anda.

  1. Buka apl Chrome Chrome pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Lagi kemudian Tab Inkognito baharu.
  3. Pergi ke laman yang mengandungi video atau permainan dalam tab Inkognito.

Jika video atau permainan tidak berfungsi, kosongkan data semakan imbas anda. Langkah mengosongkan data semakan imbas akan memadamkan beberapa tetapan anda untuk tapak web. Ketahui lebih lanjut tentang mengosongkan data semakan imbas anda.

  1. Di sebelah kanan bar alamat, ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  2. Ketik Privasi dan keselamatan kemudian Kosongkan data semakan imbas.
  3. Pilih julat masa, seperti Jam terakhir atau Sepanjang masa.
  4. Pilih Kuki dan data tapak serta Imej dan fail dicache. Nyahpilih sebarang jenis maklumat lain yang tidak mahu dialih keluar.
  5. Ketik Kosongkan data.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8243671913285883931
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false