Semak imbas Chrome sebagai tetamu

Penting: Log masuk ke laman web sensitif pada peranti orang yang anda percayai sahaja. Pemilik peranti mungkin dapat mengakses data anda.

Dalam mod Tetamu, anda tidak akan melihat atau menukar sebarang maklumat profil Chrome lain. Apabila anda keluar daripada mod Tetamu, aktiviti penyemakan imbas anda akan dipadamkan daripada komputer.

Gunakan mod Tetamu untuk:

  • Membolehkan orang lain meminjam komputer anda atau meminjam komputer orang lain.
  • Menggunakan komputer awam, seperti komputer di perpustakaan atau kafe.

Jika anda ingin menyemak imbas secara peribadi pada komputer anda, gunakan mod Inkognito. Anda akan melihat maklumat dan tetapan anda tanpa menyimpan sebarang sejarah penyemakan imbas.

Mod Tetamu tidak tersedia pada peranti mudah alih.

Untuk menyemak imbas secara peribadi pada telefon anda, gunakan mod Inkognito. Anda akan melihat maklumat dan tetapan anda tanpa menyimpan sebarang sejarah penyemakan imbas.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17590799741680317034
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false