Alih keluar iklan, tetingkap timbul & perisian hasad yang tidak diingini

Mungkin terdapat perisian tidak dikehendaki atau perisian hasad yang dipasangkan pada komputer anda, jika anda mengalami:

  • Iklan timbul dan tab baharu yang tidak dapat dialih keluar
  • Halaman utama Chrome atau enjin carian anda asyik bertukar tanpa kebenaran anda
  • Sambungan Chrome atau bar alat yang tidak diingini asyik kembali
  • Penyemakan imbas anda dirampas dan diubah hala ke halaman atau iklan yang tidak dikenali
  • Mendapat amaran tentang virus atau peranti yang dijangkiti

Petua:

Hidupkan atau matikan tetingkap timbul

  1. Buka Chrome Chrome pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan Tetapan.
  3. Ketik Tetapan Kandungan kemudian Sekat Tetingkap Timbul.
  4. Hidupkan atau matikan Sekat Tetingkap Timbul.

Benarkan tetingkap timbul untuk laman tertentu

Tidak semua tetingkap timbul itu iklan atau spam. Sesetengah laman web yang sah turut memaparkan kandungan web dalam tetingkap timbul.

  1. Buka Chrome Chrome pada iPhone atau iPad anda.
  2. Akses halaman tempat tetingkap timbul disekat.
  3. Di sebelah bawah, di bahagian "Tetingkap timbul disekat", ketik Sentiasa paparkan.

Selesaikan masalah berkaitan tetingkap timbul

Jika anda berada pada halaman yang mengandungi tetingkap timbul atau dialog yang tidak dapat dihapuskan, cuba langkah berikut:

  1. Hidupkan Mod pesawat pada iPhone atau iPad anda.
  2. Tutup tab yang mengandungi tetingkap timbul atau kotak dialog yang tidak diperlukan.
  3. Tutup Chrome.

Maklumat lanjut tentang perisian hasad

Cara mengesan perisian hasad (video, 1:42)

Tiga petua untuk mengesan perisian hasad (1:42)

Ketahui perkara yang perlu diperhatikan apabila perisian hasad menjangkiti komputer anda dan langkah untuk kekal selamat dalam talian.

Ketahui perkara yang perlu diperhatikan apabila perisian hasad menjangkiti komputer anda dan langkah untuk kekal selamat dalam talian.

Cara mengelakkan perisian hasad pada masa hadapan
  • Berhati-hati dengan laman yang mungkin menyebabkan anda memuat turun perisian tidak dikehendaki. Sebagai contoh, jika anda memenangi peraduan atau mendapat kandungan berhak cipta tanpa caj.
  • Berhati-hati dengan arkib disulitkan seperti fail .zip yang memerlukan kata laluan yang mungkin memintas imbasan pengesanan antivirus.
  • Berhati-hati dengan amaran tentang virus atau peranti yang dijangkiti, terutamanya jika anda belum menggunakan pengimbas virus sejak kebelakangan ini.
  • Elakkan sambungan tidak selamat apabila anda melawat laman dan tidak memuat turun fail daripada laman yang tidak bermula dengan HTTPS. Ketahui cara menyemak sama ada sambungan laman selamat atau tidak.
  • Tumpukan perhatian kepada amaran muat turun Penyemakan Imbas Selamat. Untuk mengelakkan pengesanan antivirus, pelaku perisian hasad mungkin meminta anda mematikan atau mengabaikan amaran.
  • Jika tetingkap timbul tentang kemaskinian atur cara atau muat turun kelihatan mencurigakan, jangan klik tetingkap timbul tersebut. Sebaliknya, akses laman web rasmi atur cara itu untuk memuat turun atur cara tersebut.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5503960587746735157
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false