Anda boleh membuka berbilang tab dalam Chrome. Anda juga boleh menyemak dan beralih antara semua tab anda. Apabila anda membuka tab baharu, Chrome akan membuka halaman Tab Baharu yang diperibadikan.
Beberapa cara anda boleh menyesuaikan kandungan halaman Tab Baharu adalah dengan:
- Tema lain
- Pintasan anda
Buka tab atau tetingkap baharu
Buka tab baharu- Windows & Linux: Ctrl + t
- Mac: ⌘ + t
Klik dan seret tab di luar tetingkap Google Chrome.
Buka tetingkap baharu, gunakan pintasan papan kekunci:
- Windows & Linux: Ctrl + n
- Mac: ⌘ + n
Semak imbas dan pilih fail daripada komputer anda. Buka tab baharu, kemudian gunakan pintasan papan kekunci:
- Windows & Linux: Ctrl + o
- Mac: ⌘ + o
- Windows & Linux: Ctrl + klik pautan
- Mac: ⌘ + klik pautan
Atur tab & tetingkap anda
Susun tabSematkan tab: klik kanan tab itu dan pilih Semat. Tab tersemat bersaiz lebih kecil dan hanya menunjukkan ikon laman.
Nyahsematkan tab: Klik kanan tab itu dan pilih Nyahsemat.
Alihkan tab ke tetingkap lain:
- Pastikan kedua-dua tetingkap dilog masuk ke profil yang sama.
- Klik kanan tab yang ingin dialihkan.
- Tatal ke "Alihkan tab ke tetingkap lain".
- Pilih tetingkap destinasi bagi tab yang hendak dialihkan itu.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Pilih tab Baharu .
- Klik kanan tab, kemudian pilih Tambahkan pada kumpulan baharu.
- Untuk mengedit kumpulan tab anda: Klik kanan bulatan berwarna atau nama pada sebelah kiri. Anda boleh:
- Namakan kumpulan anda.
- Tambahkan lebih banyak tab pada kumpulan.
- Alih keluar kumpulan.
- Untuk menambahkan tab pada kumpulan yang sedia ada: Seret tab ke dalam kumpulan.
- Untuk mengalih keluar tab daripada kumpulan: Klik kanan tab, kemudian pilih Alih keluar daripada kumpulan.
- Untuk mengedit kumpulan tab anda: Klik kanan bulatan berwarna atau nama pada sebelah kiri. Anda boleh:
Anda boleh meruntuhkan kumpulan tab anda supaya hanya nama kumpulan atau bulatan berwarna ditunjukkan dalam jalur tab anda.
- Buat kumpulan tab.
- Untuk mengembangkan atau meruntuhkan kumpulan, pilih nama atau bulatan berwarna kumpulan.
Apabila anda mempunyai berbilang tab terbuka dalam Chrome, anda boleh menemukan tab khusus yang dikehendaki.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Pada bahagian atas sebelah kiri, pilih Carian tab .
- Jika anda membuka Chrome pada Mac, pilih Carian tab pada bahagian atas sebelah kanan.
- Masukkan kata kunci untuk laman yang mahu dicari.
- Dalam senarai tab terbuka:
- Untuk membuka tab, temukan tab yang dikehendaki, kemudian klik tab tersebut.
- Untuk menutup tab, temukan tab yang dikehendaki, kemudian pilih Tutup pada sebelah kanan.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Dalam bar alamat, masukkan
@tabs
. - Tekan kekunci tab atau ruang. Anda juga boleh memilih Cari tab pada cadangan.
- Masukkan kata kunci untuk tab yang mahu ditemukan.
- Pilih tab daripada senarai.
- Menuding pada tetingkap yang diminimumkan menggunakan kursor anda.
- Tekan Alt + Tab untuk beralih antara tetingkap.
- Klik kanan pada tab dan pilih Alihkan tab ke tetingkap lain.
Untuk menamakan tetingkap:
- Pergi ke tetingkap yang ingin dinamakan atau buka tetingkap baharu.
- Di bahagian atas, klik kanan ruang kosong di sebelah Tab Baharu , kemudian pilih Namakan tetingkap.
- Sebagai alternatif, di bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi alatan Namakan tetingkap.
- Masukkan nama untuk tetingkap anda.
Penting: Langkah ini hanya digunakan untuk Windows, Linux dan ChromeOS.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Tetapan.
- Pilih Penampilan pada sebelah kiri.
- Hidupkan atau matikan Tunjukkan imej pratonton tab dalam bahagian “Kad pratonton tuding tab”.
Tutup tab atau tetingkap
Tutup tabDi bahagian atas sebelah kanan tab, klik Tutup . Atau, gunakan pintasan papan kekunci:
- Windows & Linux: Ctrl + w
- Mac: ⌘ + w
- Tutup semua tab dalam tetingkap.
- Di penjuru atas tetingkap, klik Tutup .
- Windows & Linux: Di bahagian atas sebelah kanan.
- Mac: Di bahagian atas sebelah kiri
Anda turut boleh menggunakan pintasan papan kekunci untuk menutup tetingkap:
- Windows & Linux: Alt + F4
- Mac: ⌘ + Shift + w
Anda boleh menutup Google Chrome sepenuhnya.
- Buka menu Chrome.
- Windows & Linux: Pada bar menu atas, klik Lagi .
- Mac: Pada bar menu atas, klik Chrome.
- Tutup Google Chrome.
- Windows & Linux: Klik Keluar.
- Mac: Klik Keluar daripada Google Chrome.
Anda juga boleh menggunakan pintasan papan kekunci untuk menutup Google Chrome:
- Windows & Linux: Alt + f kemudian x
- Mac: ⌘ + q
Jika anda telah menutup tab atau tetingkap secara tidak sengaja, anda boleh membuka semula tab atau tetingkap tersebut menggunakan pintasan papan kekunci:
- Windows & Linux: Ctrl + Shift + t
- Mac: ⌘ + Shift + t
Jika tab, tetingkap atau sambungan tidak berfungsi, anda boleh menggunakan pengurus tugas Chrome untuk memaksa penutupan tab, tetingkap atau sambungan itu.
- Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi .
- Klik Lagi alatan Pengurus tugas.
- Pilih halaman, sambungan atau apl yang ingin ditutup.
- Klik Tamatkan proses.