Anda boleh mengurus pintasan pada bar alat Chrome untuk memudahkan anda mengakses ciri yang biasa anda gunakan.
Urus pintasan bar alat
- Buka Chrome
pada peranti Android anda.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, Ketik Lagi
Tetapan
Pintasan bar alat.
- Hidupkan atau matikan Pintasan bar alat .
- Ketik pintasan pilihan anda daripada senarai pintasan:
- Berdasarkan penggunaan anda
: Pintasan yang biasa anda gunakan dipilih oleh Chrome secara automatik.
- Tab baharu
: Membuka tab baharu untuk memulakan carian baharu atau mengakses laman web lain. Ketahui cara mengurus tab dalam Chrome.
- Kongsi
: Berkongsi pautan kepada laman web semasa. Ketahui cara berkongsi halaman dalam Chrome.
- Carian suara
: Menggunakan suara anda untuk membuat carian web. Ketahui cara menggunakan kamera dan mikrofon anda.
- Penanda halaman
: Menyimpan laman web supaya anda boleh menyemak laman web tersebut lagi kemudian. Ketahui cara membuat, menemukan dan mengedit penanda halaman.
- Terjemah
: Menterjemahkan laman web kepada bahasa lain. Ketahui cara menterjemahkan halaman web dalam Chrome.
- Kosongkan data semakan imbas
: Memadamkan sejarah penyemakan imbas anda, kuki dan data lain daripada Chrome. Ketahui cara memadamkan data semakan imbas dalam Chrome.
- Berdasarkan penggunaan anda
Petua: Anda mungkin menemukan tindakan yang berkaitan pada bar alat dan bukan pada pintasan pilihan anda, pada sesetengah halaman web.
- Jika anda melihat halaman produk dengan penjejakan harga tersedia, anda mungkin menemukan “Jejaki harga
”.
- Jika anda melihat halaman yang boleh dipaparkan dalam format yang dipermudahkan, anda mungkin menemukan “Paparan ringkas
”.