Tambahkan fungsi acara dalam Chrome untuk iPhone & iPad

Anda boleh membuat acara kalendar tanpa perlu meninggalkan Chrome.

Gunakan ciri lanjutan pada apl kalendar anda

Untuk menggunakan ciri lanjutan, anda perlu memuat turun apl Google Calendar dan log masuk ke Google Account anda.

Tambahkan acara daripada laman pada Google Calendar anda

  • Penting:
    • Anda boleh memilih jenis kalendar (peribadi atau keluarga) untuk menyimpan acara.
    • Anda boleh menambahkan ciri pada acara seperti kenalan atau tarikh dan masa yang khusus.
  1. Pada laman web, sentuh dan tahan tarikh.
  2. Ketik Tambahkan pada Google Calendar.
  3. Pada bahagian atas, tambahkan atau edit butiran acara.
    • Pilihan: Pada bahagian bawah, ketik Buka Google Calendar… untuk menambahkan orang, lokasi dan pelbagai lagi pada acara.
  4. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Simpan.
    • Jika acara anda telah disimpan, pengesahan akan dipaparkan.

Tambahkan acara daripada laman pada Apple Calendar

Anda juga boleh memilih untuk menambahkan acara pada Apple Calendar tetapi anda tidak diberi pilihan untuk menambahkan orang, lokasi dan pelbagai lagi pada acara tersebut. 

  1. Pada laman web, sentuh dan tahan tarikh.
  2. Ketik Tambahkan pada Apple Calendar.
  3. Pada bahagian atas, tambahkan atau edit butiran acara.
  4. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Tambah.
    • Jika acara anda telah disimpan, pengesahan akan dipaparkan.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3542696362055634540
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false