Cara Chrome memastikan URL dan data carian anda peribadi

Pada bahagian atas tetingkap penyemak imbas Google Chrome anda, terdapat gabungan alamat web dan bar carian. Apabila anda memfokus atau menaip dalam bar alamat, cadangan untuk alamat web dan pertanyaan carian akan ditunjukkan berdasarkan sejarah penyemakan imbas peranti dan data daripada enjin carian lalai anda. Anda boleh mengurus cadangan lalai pada tetapan enjin Carian Chrome yang disediakan oleh enjin carian tersebut.

Cara bar alamat berfungsi

Untuk memberikan cadangan dan hasil carian dengan lebih cepat, Chrome mungkin diprasambungkan kepada enjin carian lalai anda pada latar.

Jika tetapan "Carian autolengkap dan URL" didayakan, Chrome akan menghantar data kepada enjin carian lalai anda apabila anda memfokus atau menaip dalam bar alamat. Semasa anda menaip, teks akan dihantar sebagai cadangan untuk melengkapkan pertanyaan carian anda secara automatik. Selain itu, jika Google merupakan enjin carian lalai anda dan anda menyegerakkan sejarah anda pada Google Account anda, alamat IP anda, maklumat carian yang disimpan pada komputer anda sebagai “kuki” dan URL semasa akan dihantar untuk mencari cadangan paling berkaitan.

Jika tetapan "Bantu tingkatkan ciri dan prestasi Chrome" didayakan, Chrome juga akan menghantar data kembali kepada Google untuk meningkatkan ciri cadangan. Apabila anda memilih cadangan, Chrome akan menghantar maklumat tentang cadangan yang dipilih seperti sama ada maklumat tersebut ialah carian atau URL, bilangan aksara yang anda taip sebelum anda memilih cadangan tersebut dan kedudukan carian tersebut dalam senarai hasil carian. Data yang dihantar tidak termasuk setiap maklumat yang anda taip atau URL yang anda pilih.

Jika enjin carian lalai anda bukan Google, permintaan anda untuk cadangan dan pertanyaan carian akan dilog berdasarkan privasi enjin carian tersebut.

Cara kami melindungi data anda

Jika anda memasukkan jenis maklumat sensitif tertentu dalam bar alamat seperti kata laluan, nama fail setempat atau URL HTTPS dengan laluan, Chrome akan mengesan tindakan tersebut. Jika Chrome menentukan bahawa perkara yang anda masukkan mungkin mengandungi maklumat sensitif, Chrome tidak akan menghantar teks yang dimasukkan untuk cadangan autolengkap.

Jika anda menyegerakkan sejarah penyemakan imbas anda pada Google Account anda, Google akan menggunakan sejarah penyemakan imbas anda untuk memberikan cadangan carian yang berkaitan kepada Chrome. Jika anda memadamkan URL daripada sejarah penyemakan imbas anda, tindakan ini tidak akan mempengaruhi cadangan diperibadikan anda lagi. Jika anda tidak memadamkan item dalam sejarah penyemakan imbas anda, item tersebut akan disimpan dalam Google Account anda sehingga satu tahun berdasarkan tetapan Google Account anda.

Dalam mod Inkognito, Chrome tidak akan menghantar sebarang maklumat kepada enjin carian anda sehingga anda memilih cadangan.

Kawalan di tangan anda

Tukar alamat web yang dicadangkan & tetapan carian

Untuk mengawal sama ada maklumat yang anda taip dihantar kepada enjin carian lalai anda:

Komputer

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Atur kemudian Tetapan kemudian Anda dan Google.
  3. Pilih Penyegerakan dan perkhidmatan Google.
  4. Hidupkan atau matikan Tingkatkan cadangan carian.

Android

  1. Buka Chrome Chrome pada peranti Android anda.
  2. Ketik Lagi Atur kemudian Tetapan Tetapan kemudian Perkhidmatan Google.
  3. Hidupkan atau matikan Tingkatkan cadangan carian.

iOS

  1. Buka Chrome Chrome pada iPhone atau iPad anda.
  2. Pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik Lagi Atur kemudian Tetapan Tetapan kemudian Perkhidmatan Google.
  3. Hidupkan atau matikan Tingkatkan cadangan carian.

Petua: Walaupun tetapan ini dilumpuhkan, Chrome masih boleh menawarkan cadangan berdasarkan sejarah carian setempat dan penyemakan imbas anda. Anda boleh mengurus sejarah carian anda dalam tetapan enjin carian anda. Ketahui cara mengurus tetapan sejarah penyemakan imbas Chrome anda.

Urus tetapan cadangan carian Google Drive

Jika anda menyegerakkan sejarah anda pada Google Account anda, anda mungkin menerima cadangan daripada fail Google Drive anda.

Komputer

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pilih Lagi Atur kemudian Tetapan kemudian Anda dan Google.
  3. Pilih Penyegerakan dan perkhidmatan Google.
  4. Hidupkan atau matikan Tunjukkan cadangan Google Drive.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4052585570490825238
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false