Urus privasi iklan anda pada Chrome

Chrome berusaha untuk memastikan anda selamat dan melindungi privasi anda semasa anda menyemak imbas. Ciri baharu membantu untuk melindungi identiti anda dan memberi anda lebih kawalan terhadap cara pengiklan memilih iklan untuk disiarkan kepada anda. Ciri baharu ini akan dilancarkan secara beransur-ansur pada komputer dan peranti Android.

Chrome mengambil kira topik kegemaran anda berdasarkan laman yang anda semak imbas dan kekerapan anda melawati laman tersebut. Laman juga boleh menyimpan maklumat tentang minat anda pada Chrome. Sambil anda menyemak imbas, Chrome mungkin akan diminta untuk berkongsi maklumat tersimpan tentang topik iklan atau iklan yang dicadangkan laman untuk memberi anda pengalaman iklan diperibadikan yang lebih baik. Untuk mengukur prestasi iklan, jenis data yang terhad boleh dikongsi antara laman dan apl.

Anda boleh menarik diri daripada ciri ini dalam tetapan Chrome anda pada bila-bila masa. Semasa anda menyemak imbas, iklan yang anda terima mungkin diperibadikan bergantung pada tetapan ini dan dasar laman yang anda lawati.

Edit tetapan privasi iklan

  1. Pada peranti anda, buka Chrome.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi kemudian Tetapan.
  3. Ketik Privasi dan keselamatan kemudian Privasi iklan.
  4. Pilih ciri iklan yang mahu dihidupkan atau dimatikan.
Urus topik iklan

Untuk memeribadikan pengalaman iklan anda, Chrome mengambil kita topik kegemaran anda berdasarkan laman yang anda semak imbas dan kekerapan anda melawati laman tersebut. Chrome boleh berkongsi hingga 3 topik dengan laman pada satu-satu masa. Anda boleh menyekat topik yang tidak mahu dikongsi dengan laman. Apabila anda menyekat topik, Chrome tidak akan berkongsi topik tersebut lagi tetapi iklan berkaitan topik tersebut mungkin masih dipaparkan kepada anda. Untuk melindungi privasi anda selanjutnya, Chrome akan memadamkan topik kegemaran anda yang disimpan melebihi 4 minggu secara automatik.

Untuk menyekat sesuatu topik:

  1. Pada peranti anda, buka Chrome.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi kemudian Tetapan.
  3. Ketik Privasi dan keselamatan kemudianPrivasi iklan kemudian Topik iklan.
  4. Dalam bahagian "Topik anda", pilih topik untuk disekat.

Petua:

  • Berdasarkan sejarah penyemakan imbas terbaharu anda, senarai topik mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan. Anda juga mungkin tidak akan mendapatkan senarai topik jika ciri ini belum digunakan oleh laman yang anda lawati.
  • Semasa berada pada sesuatu laman, anda boleh menyemak jika Chrome berkongsi topik kegemaran anda dengan laman tersebut. Dalam bar alamat, ketik Paparkan maklumat laman Default (Secure) kemudian Privasi iklan.
Urus iklan yang dicadangkan laman

Untuk memberikan pengalaman iklan diperibadikan yang baik, laman boleh membuat pengesyoran dan menyimpan cadangan iklan tentang perkara kegemaran anda. Semasa anda meneruskan penyemakan imbas, anda mungkin akan mendapatkan iklan berdasarkan cadangan daripada laman berkaitan. Chrome akan memadamkan cadangan yang disimpan melebihi 30 hari secara automatik tetapi cadangan tersebut boleh dipaparkan semula jika anda melawati semula laman tersebut.

Jika anda tidak mahu laman memberikan cadangan iklan kepada anda, anda boleh menyekat laman tersebut. Setelah disekat, sebarang data cadangan iklan yang berkaitan akan dipadamkan. Laman yang disekat tidak akan menyimpan cadangan iklan dengan Chrome lagi tetapi iklan berkaitan laman tersebut mungkin masih dipaparkan kepada anda.

Untuk menyekat laman:

  1. Pada peranti anda, buka Chrome.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi kemudian Tetapan.
  3. Ketik Privasi dan Keselamatan kemudian Privasi iklan kemudian Iklan yang dicadangkan laman.
  4. Dalam bahagian "Laman", sekat laman daripada senarai.

Petua:

  • Berdasarkan sejarah penyemakan imbas terbaharu anda, senarai laman mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan. Anda juga mungkin tidak akan mendapatkan senarai laman jika ciri ini belum digunakan oleh laman yang anda lawati.
  • Semasa berada pada sesuatu laman, anda boleh menyemak jika laman tersebut mencadangkan iklan kepada anda. Dalam bar alamat, ketik Paparkan maklumat laman Default (Secure) kemudian Privasi iklan.
Pengukuran iklan
Semasa anda menyemak imbas, sejumlah data yang terhad dikongsi oleh laman untuk mengukur prestasi iklan, seperti sama ada anda membuat pembelian atau tidak selepas melawati sesuatu laman.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4475100177041721745
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false