Peribadikan prestasi Chrome

Dengan tetapan prestasi Chrome, anda boleh:

  • Membantu tab aktif berjalan dengan lancar
  • Mengelakkan laman tertentu daripada dinyahaktifkan
  • Melanjutkan hayat bateri komputer anda
  • Menyemak imbas dan mencari dengan lebih pantas

Penting: Anda tidak boleh memeribadikan prestasi Chrome anda pada peranti mudah alih dengan iOS dan Android. Ketahui cara lain untuk mempercepatkan Chrome.

Hidupkan atau matikan Penjimat Memori

Untuk menyimpan memori komputer anda dan membantu tab aktif berjalan dengan lancar, Chrome akan menyahaktifkan tab yang tidak digunakan untuk seketika. Apabila anda mengakses tab yang tidak aktif, tab itu akan dimuat semula secara automatik.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Prestasi.
  4. Hidupkan atau matikan Penjimat Memori.

Petua:

  • Untuk membantu tab video dan permainan aktif anda berjalan lancar, hidupkan Penjimat Memori.
  • Sesetengah tetapan dan aktiviti pada komputer anda mungkin menghalang penyahaktifan tab.
    • Audio atau video aktif (main balik atau panggilan)
    • Perkongsian skrin
    • Pemberitahuan halaman
    • Muat turun aktif
    • Borang diisi separa
    • Tab yang disematkan
    • Peranti bersambung (USB atau Bluetooth)
Pastikan laman tertentu aktif

Untuk mengelakkan laman daripada dinyahaktifkan, tambahkan laman tersebut pada senarai pengecualian “Sentiasa pastikan laman ini aktif”.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Prestasi.
  4. Pada sebelah kanan “Sentiasa pastikan laman ini aktif”, pilih Tambah.
  5. Daripada bahagian ini, terdapat 2 pilihan:
    • Tambahkan laman semasa: Pilih laman tersedia yang sedang dibuka dalam tab.
      1. Pilih kotak pada sebelah kiri laman yang mahu ditambahkan dan klik Tambah.
      2. Untuk kembali, pilih Batal.
    • Tambahkan laman secara manual
      1. Masukkan alamat web.
      2. Pilih Tambah.
      3. Untuk kembali, pilih Batal.

Petua: Format alamat web untuk dasar pengecualian laman manual ialah: [scheme://][.]host[:port][/path][@query].

Berikut adalah beberapa contoh cara menambahkan laman secara manual jika anda mahu membuat pengecualian untuk:

  • Keseluruhan domain dan subdomain: Kecualikan skema URL. Contohnya, google.com sepadan dan menghalang penyahaktifan subdomain seperti drive.google.com dan calendar.google.com.
  • Domain khusus, tetapi bukan sebarang subdomain: Termasuk titik (.) sebelum hos URL. Contohnya, .google.comtidak akan sepadan dan menghalang penyahaktifan subdomain seperti www.google.com, drive.google.com dan calendar.google.com.
  • Subdirektori khusus: Termasuk laluan URL. Contohnya, www.google.com/finance sepadan dan menghalang penyahaktifan semua halaman Google Finance, tetapi tidak akan menghalang penyahaktifan halaman utama www.google.com .
  • Komponen hos URL dan pertanyaan: Asterisk (*) boleh digunakan sebagai kad bebas. Contohnya, https://* sepadan dan menghalang penyahaktifan semua laman https dan youtube.com/watch?v=* sepadan dan menghalang penyahaktifan video YouTube.
    • Kad bebas untuk padanan awalan, akhiran atau subrentetan komponen hos URL tidak disokong. Contohnya, *oogle.com atau google.com/* tidak akan sepadan dan menghalang penyahaktifan.
Hidupkan atau matikan Penjimat Tenaga

Untuk memanjangkan hayat bateri peranti anda, Chrome mengurangkan kadar tangkapan imej dan tugas latar yang lain. Apabila Penjimat Tenaga dihidupkan, fungsi ini tersedia secara automatik apabila peranti anda ditanggalkan kuasa atau apabila bateri anda lemah. Penjimat Tenaga tidak dihidupkan apabila peranti anda dipasang pemalam.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Prestasi.
  4. Hidupkan atau matikan Penjimat Tenaga.
  5. Pilih tetapan yang anda mahu.

Petua:

  • Untuk memanjangkan hayat bateri peranti anda bagi perjalanan jauh atau semasa menaiki kapal terbang, hidupkan Penjimat Tenaga.
  • Apabila Penjimat Tenaga dihidupkan, anda akan melihat perubahan pada prestasi permainan dan video.
  • Penjimat Tenaga tersedia pada peranti Windows, Mac dan ChromeOS dengan bateri dipasang.
Hidupkan atau matikan Halaman Pramuat

Untuk menyemak imbas dan mencari dengan lebih pantas, Chrome mempramuatkan halaman yang mungkin anda lawati. Untuk mempramuatkan halaman, Chrome boleh menggunakan kuki, jika anda membenarkan kuki, dan mungkin menyulitkan serta menghantar halaman melalui Google untuk menyembunyikan identiti anda daripada laman. Ketahui lebih lanjut tentang kuki.

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Pada sebelah kiri, pilih Prestasi.
  4. Hidupkan atau matikan Halaman pramuat.
  5. Pilih tetapan yang anda mahu.

Petua:

  • Untuk mempramuatkan beberapa halaman yang mungkin anda lawati, pilih Prapemuatan standard.
  • Untuk mempramuatkan lebih banyak halaman yang mungkin anda lawati, pilih Prapemuatan lanjutan.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15456645427169606312
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
237
false
false