Hidupkan atau matikan sejarah dalam Google Chat

Apabila anda menghantar mesej kepada individu atau kumpulan dalam Google Chat, anda boleh memilih untuk menyimpan perbualan anda atau memadamkan mesej itu secara automatik selepas 24 jam.

Apabila sesiapa dalam sembang menghidupkan atau mematikan sejarah:

  • Nota dipaparkan dalam strim mesej yang menyatakan sejarah telah dihidupkan atau dimatikan.
  • Gesaan dipaparkan dalam kotak karang yang menyatakan “Sejarah dihidupkan” atau “Sejarah dimatikan”.

Ketahui tentang orang yang boleh mengawal sejarah perbualan

  • Jika anda menggunakan Google Chat dengan akaun tempat kerja atau institusi pendidikan: Organisasi anda menentukan sama ada anda boleh menggunakan tetapan sejarah untuk menyimpan sembang anda atau tidak.
  • Jika anda menggunakan Google Chat dengan akaun peribadi: Anda boleh memilih sama ada mahu menghidupkan atau mematikan sejarah.

Urus sejarah perbualan

  1. Buka Google Chat atau Gmail pada komputer anda.
    • Dalam Gmail: Pada bahagian kiri, klik Chat.
  2. Buka perbualan.
  3. Pada bahagian atas, klik nama perbualan kemudian Hidupkan sejarah atau Matikan sejarah.

Perihal sejarah dalam ruang

Apabila sejarah dihidupkan

  • Sejarah ditetapkan kepada sentiasa hidup dalam ruang yang dikumpulkan mengikut topik.
  • Sejarah dihidupkan secara lalai dalam ruang dengan urutan sebaris. Jika anda mempunyai akaun ruang kerja, pentadbir anda mungkin menukar tetapan lalai bagi sejarah.
  • Apabila sejarah dihidupkan, orang yang ditambahkan pada ruang dapat melihat mesej lalu dari tarikh sebelum mereka menyertai ruang itu.

Apabila sejarah dimatikan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9851213360630947164
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
1026838
false
false