Gunakan urutan dalam ruang

Selain perbualan utama dalam ruang, anda boleh membalas sebarang mesej dan membuat urutan yang berasingan. Dengan urutan, anda boleh menjejaki perbincangan dan menjadikan perbualan utama lebih tersusun.

Balas dalam urutan

  1. Buka Google Chat atau Gmail pada komputer anda.

    • Dalam Gmail: Pada sebelah kiri, klik Chat.

  2. Pilih ruang.
  3. Tuding pada mesej.
  4. Dalam menu, klik Balas dalam urutan .
  5. Dalam panel urutan, masukkan mesej anda pada sebelah kanan ruang.
  6. Klik Hantar .

Petua: Jika urutan telah mengandungi balasan, klik mesej untuk membuka panel urutan.

Ikuti atau berhenti mengikuti urutan

  1. Pada penjuru atas sebelah kanan ruang, klik Urutan aktif .
  2. Dalam panel urutan, tuding pada urutan:
    • Untuk mengikuti urutan, klik Ikuti.
    • Untuk berhenti mengikuti urutan, klik Mengikuti.
  3. Pada bahagian atas panel urutan, untuk menapis senarai urutan yang tersedia, klik:
    • Menyebut saya: Urutan yang menyebut nama anda.
    • Mengikuti: Urutan yang anda ikuti.

Petua: Untuk mengubah saiz panel urutan, klik dan alihkan bar pada sempadan kiri panel.

Urus pemberitahuan urutan

Dalam urutan, anda boleh melaraskan cara dan waktu anda menerima pemberitahuan mesej baharu.

  1. Pada bahagian atas ruang, klik nama ruang kemudian Pemberitahuan.
  2. Buat pilihan untuk pemberitahuan:
    • Semua: Pemberitahuan tentang mesej baharu dan balasan kepada urutan yang anda ikuti.
    • Mengikuti: Pemberitahuan untuk balasan dan urutan yang anda ikuti dan @sebut.
    • Tiada: Tiada pemberitahuan. Jika seseorang @menyebut anda, satu titik dipaparkan bersebelahan nama ruang.
    • Pilihan: Untuk mengelakkan perbualan daripada ditebalkan dan dialihkan pada bahagian atas senarai perbualan anda, pilih kotak bersebelahan "Redamkan perbualan".
  3. Klik Simpan.

Petua: Apabila anda mengikuti urutan dalam ruang, anda akan dimaklumi dengan titik pada bila-bila masa aktiviti dijalankan dalam urutan tersebut. Anda boleh melihat bilangan mesej yang belum dibaca bersebelahan setiap urutan dalam ruang.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7852528764939205123
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
1026838
false
false