Ketahui cara Google Chat melindungi anda

Google Chat mengimbas fail dan mesej untuk melindungi anda daripada spam, pancingan data dan perisian hasad.

Jenis fail & mesej yang diimbas

Pengimbasan antivirus dilakukan secara automatik pada fail yang dimuat naik dalam Google Chat. Jika Google Chat menemukan perisian hasad atau jenis fail yang tidak dibenarkan untuk lampiran:

  • Google Chat akan memberikan amaran kepada anda.
  • Google Chat akan menghalang muat turun fail itu.

Ketahui lebih lanjut tentang jenis fail yang disekat dalam Google Chat.

Ketahui cara Google mengesan & melaporkan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian

Google Chat mengesan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian di bawah Peraturan (EU) 2021/1232, yang memperuntukkan pengurangan kerahsiaan komunikasi di bawah Artikel 5(1) dan 6(1) Arahan 2002/58/EC untuk tujuan memerangi penderaan seksual kanak-kanak dalam talian.

Google tidak membenarkan penggunaan perkhidmatan kami untuk membuat, memuat naik atau mengedrrakan kandungan yang mengekspoitasi atau mendera kanak-kanak. Untuk memastikan perkhidmatan kami selamat, kami menggunakan teknologi (iaitu pemadanan cincang) untuk mengesan kandungan sedemikian. Jika kami menemukan kandungan seperti itu, kami akan mengambil tindakan yang sesuai, yang mungkin termasuk mengalih keluar kandungan dan melumpuhkan akaun. Pengguna yang akaun mereka telah dilumpuhkan akan diberikan maklumat tentang jalan yang ada untuk menebus rugi jika pengguna tidak bersetuju dengan keputusan kami. Pengguna di Kesatuan Eropah juga boleh mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data yang berkaitan dan mereka berhak mendapatkan remedi kehakiman seperti yang dibentangkan dalam Peraturan 2021/1232.

Maklumat berkaitan, yang mungkin termasuk maklumat peribadi dan kandungan yang membuat pelanggaran, akan dilaporkan kepada National Center for Missing & Exploited Children (Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang & Dieksploitasi (NCMEC)), yang kemudiannya memajukan laporan kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia, mengikut kesesuaian.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6423165536676439975
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
1026838
false
false