Syarat Perkhidmatan Tambahan Google Business Profile untuk Entiti Perniagaan

Terakhir diubah suai: 3 April 2024

Perkhidmatan Google Business Profile membenarkan entiti perniagaan membuat dan mengurus profil perniagaan pada Google ("Business Profile").

Untuk menggunakan Perkhidmatan Google Business Profile dan mana-mana perkhidmatan, ciri serta fungsi yang berkaitan (“Perkhidmatan Business Profile”), entiti perniagaan mestilah menerima (1) Syarat Perkhidmatan Google, dan (2) Syarat Perkhidmatan Tambahan Google Business Profile (“Syarat Tambahan Google Business Profile”) ini. Gabungan kedua-dua dokumen ini dikenali sebagai "Syarat". Individu yang menerima Syarat untuk entiti perniagaan mestilah merupakan wakil sah bagi entiti perniagaan yang disenaraikan pada Business Profile.

Sila baca Syarat dengan teliti. Dokumen ini menetapkan perkara yang boleh anda harapkan daripada kami semasa anda menggunakan Perkhidmatan Business Profile, cara kami melesenkan dan mungkin menggunakan maklumat Business Profile anda serta perkara yang kami harapkan daripada anda. Seperti yang digunakan dalam Syarat Tambahan Google Business Profile ini, "anda" bermaksud entiti perniagaan yang menggunakan Perkhidmatan Business Profile.

Jika Syarat Tambahan Google Business Profile ini bercanggah dengan Syarat Perkhidmatan Google, Syarat Tambahan Business Profile ini akan mengawal Perkhidmatan Business Profile.

Perkara yang kami jangkakan daripada anda

Anda bertanggungjawab terhadap entiti yang disenaraikan pada Business Profile anda. Maksudnya, selain mengikut peraturan asas kelakuan dalam Syarat Perkhidmatan Google, semasa menggunakan Perkhidmatan Business Profile anda mestilah:

  • Mematuhi semua undang-undang yang bersesuaian serta amalan terbaik industri semasa mengendalikan dan mempromosikan entiti anda, termasuk mendapatkan semua lesen serta kelulusan yang berkenaan.
  • Memastikan kandungan anda betul, terkini serta lengkap.
  • Menyediakan semua penafian, amaran serta notis yang diperlukan (atau jika anda bergantung pada mana-mana kandungan yang disediakan oleh Google, pastikan kandungan tersebut mencukupi untuk entiti anda).
  • Mematuhi dasar yang digunakan pada Perkhidmatan Business Profile (“Dasar”). Ketahui lebih lanjut tentang dasar dan garis panduan Business Profile.
Penyaringan kandungan anda dan kandungan lain pada Business Profile

Google tidak bertanggungjawab terhadap Business Profile anda. Akan tetapi, setelah anda membuat tuntutan, anda memahami bahawa kami berhak namun tidak berkewajipan, untuk menyaring kandungan yang anda berikan menggunakan Perkhidmatan Business Profile.

Kami sentiasa berusaha untuk memastikan maklumat dalam Business Profile anda lengkap, berkaitan dan terkini, supaya butiran perniagaan yang dipaparkan di Google berguna sebaik yang mungkin untuk anda dan pengguna kami. Perkara ini bermakna bahawa, kadangkala, kami mungkin memilih untuk tidak memaparkan kandungan anda (contohnya, jika isyarat yang dipercayai menunjukkan bahawa kandungan anda tidak tepat). Kami juga mungkin memilih untuk memaparkan versi kandungan anda yang diedit atau kandungan daripada sumber alternatif sebagai ganti kandungan anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara Google memperoleh dan memaparkan maklumat dalam Business Profile.

Akses anda kepada kandungan anda

Anda akan mengekalkan akses kepada kandungan anda dalam Perkhidmatan Business Profile selaras dengan kefungsian yang diterangkan di sini. Anda boleh mengeksport salinan data Google Account anda (termasuk data Google Business Profile yang berkenaan) pada bila-bila masa.

Untuk lebih memahami cara mengemaskinikan, mengurus, mengeksport dan memadamkan Google Account anda, ketahui lebih lanjut tentang Dasar Privasi kami.

Akses Google kepada akaun anda

Sekiranya anda memberi kami keizinan, kami boleh mengakses akaun anda untuk membantu anda mengurus Business Profile anda.

Syarat perlindungan data
Setakat yang berkenaan, Syarat Perlindungan Data Pengawal-Pengawal Google pada https://privacy.google.com/businesses/gdprcontrollerterms/ ("Syarat Perlindungan Data") akan digunakan. Google tidak akan mengubah suai Syarat Perlindungan Data, kecuali seperti yang dibenarkan secara nyata menurut Syarat Perlindungan Data.
Lesen

Lesen ini meliputi maklumat Business Profile asas yang anda berikan, jika maklumat tersebut dilindungi oleh hak harta intelek.

Anda turut memberi Google lesen kekal (yang bermakna selagi maklumat tersebut dilindungi oleh hak harta intelek), tidak boleh ditarik balik, global, tanpa royalti dan bukan eksklusif untuk menghasilkan semula, menyesuaikan, mengubah suai, menterjemahkan, menerbitkan, mempersembahkan secara terbuka, mempamerkan secara terbuka, mengedarkan dan menghasilkan kerja terbitan daripada maklumat Business Profile asas (seperti nama, lokasi, nombor telefon, kategori, waktu operasi dan laman web entiti). Walau apa pun yang dinyatakan dalam lesen ini, anda boleh membatalkan persetujuan anda untuk Google Assistant menghantar panggilan atau teks automatik kepada nombor Business Profile anda pada bila-bila masa. Ketahui lebih lanjut tentang panggilan telefon daripada Google Assistant.

Anda turut memberi pengguna perkhidmatan Google yang lain hak untuk mengakses dan menggunakan, termasuk hak untuk mengedit, maklumat tersebut seperti yang dibenarkan menurut Syarat Perkhidmatan Google yang bersesuaian.

Semua kandungan lain yang anda sediakan pada Business Profile anda (seperti foto perniagaan) dilesenkan kepada Google menurut Syarat Perkhidmatan Google.

Produk dan perkhidmatan lain
Anda mungkin diberi akses kepada produk dan perkhidmatan lain dalam akaun anda. Produk dan perkhidmatan ini mungkin tertakluk pada syarat dan dasar sendiri yang berasingan, yang akan kami sediakan kepada anda.
Perubahan pada syarat

Google boleh membuat perubahan yang bukan matan pada Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis. Google akan memberikan notis awal tentang sebarang perubahan matan pada Syarat ini. Perubahan pada Syarat tidak akan digunakan secara retroaktif dan akan berkuat kuasa 15 hari selepas disiarkan pada halaman ini. Walau bagaimanapun, perubahan yang dibuat atas sebab perundangan atau dalam situasi yang mendesak seperti mencegah penyalahgunaan yang sedang berlaku akan berkuat kuasa dengan serta-merta selepas notis diberikan.

Penamatan

Google berhak untuk menyekat, menggantung, atau menamatkan sepenuhnya atau sebahagian daripada akses anda kepada, atau penggunaan anda terhadap, Perkhidmatan Business Profile jika:

  1. Anda melanggar Syarat ini, mana-mana Dasar atau undang-undang yang bersesuaian.
  2. Google perlu berbuat demikian untuk mematuhi keperluan undang-undang atau perintah mahkamah.
  3. Tingkah laku anda menyebabkan kemudaratan atau liabiliti kepada pihak ketiga atau Google.

Jika anda berpendapat bahawa akses anda kepada Perkhidmatan Business Profile telah tersilap disekat, digantung atau ditamatkan, rujuk proses rayuan dalam Dasar. Anda boleh menamatkan Syarat ini pada bila-bila masa dengan mengalih keluar kandungan dan pengurus profil serta, jika berkenaan, menandai perniagaan sebagai ditutup selama-lamanya. Ketahui cara mengalih keluar kandungan dan pengurus profil daripada Business Profile.

Pertanyaan atau aduan
Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau aduan berkenaan Google Business Profile, anda boleh pergi ke Pusat Bantuan kami atau anda boleh menghubungi kami. Jika anda berpendapat bahawa akses anda kepada Google Business Profile telah tersilap digantung atau ditamatkan, anda boleh membuat rayuan.
Selesaikan pertikaian
Jika anda pengguna perniagaan yang berpusat operasi di EU atau United Kingdom, anda juga boleh menyelesaikan pertikaian di bawah Syarat ini melalui pengantaraan. Cari lebih banyak butiran tentang pengantara yang kami bersedia mengambil khidmatnya dan arahan tentang cara untuk meminta pengantaraan di sini. Kecuali seperti yang disyaratkan oleh undang-undang yang bersesuaian, pengantaraan adalah sukarela dan anda atau Google tidak wajib menyelesaikan pertikaian melalui pengantaraan.
Mengemukakan masalah dengan pihak berkuasa awam
Tiada apa-apa dalam Syarat ini yang melarang anda daripada mengemukakan masalah dengan mana-mana pihak berkuasa awam berkaitan yang berhubung dengan ketidakpatuhan terhadap undang-undang. Setakat bahagian ini bercanggah dengan mana-mana bahagian Syarat yang lain, bahagian ini akan mengawal Syarat.

Sumber berkaitan

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5574745952388319200
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
99729
false
false
false