Buat siaran dan jejak status siaran tersebut

Urus perniagaan anda

Anda boleh menerbitkan tawaran, acara, produk dan perkhidmatan anda secara terus ke Google Search dan Maps dengan menyiarkan pada Pengurus Business Profile.

Petua untuk catatan anda

Penting: Catatan yang menyertakan nombor telefon dalam perihalan catatan mungkin ditolak.

  • Pastikan catatan ctersebut berkualiti tinggi: Elakkan salah ejaan, penggunaan aksara yang berupa gimik, kandungan raban dan kandungan automatik atau mengganggu.
  • Pastikan siaran anda menghormati pengguna: Elakkan bahasa, imej atau video yang lucah, kasar atau menyinggung perasaan.
  • Hanya siarkan pautan kepada laman web yang anda percayai: Pautan yang membawa kepada perisian hasad, virus, pancingan data atau bahan lucah adalah tidak dibenarkan.
  • Barangan dan perkhidmatan terkawal: Jika anda menawarkan produk atau perkhidmatan dalam industri terkawal, anda dibenarkan menggunakan siaran tetapi tidak boleh menyiarkan kandungan yang berkaitan dengan produk itu sendiri. Industri terkawal biasanya termasuk perkhidmatan dewasa, alkohol, tembakau dan produk farmaseutikal, ubat rekreasi, peranti kesihatan & perubatan, perkhidmatan berkaitan perjudian, bunga api, senjata dan perkhidmatan kewangan.
  • Pastikan siaran anda mesra keluarga: Jangan siarkan kandungan tidak senonoh berunsur seks atau seksual yang eksplisit.

Ketahui lebih lanjut tentang cadangan dan dasar.

Buat siaran daripada Carian Google

  1. Akses Business Profile anda. Ketahui cara menemukan profil anda.
  2. Pilih Tambah Kemaskinian.
  3. Pilih jenis catatan yang mahu anda buat.
  4. Dalam kotak dialog, isikan butiran.
  5. Pilih untuk menerbitkan atau melihat pratonton catatan anda.

Semak status catatan

Selepas anda menerbitkan catatan anda, kami mungkin menyemak untuk memastikan catatan tersebut mematuhi dasar kandungan catatan kami.

  • Langsung: Catatan dipaparkan pada Google Search dan Maps untuk ditemukan oleh pelanggan.
  • Belum selesai: Catatan tidak dipaparkan pada Google Search atau Maps. Catatan sama ada dalam peringkat muat naik, peringkat pemprosesan atau profil anda belum disahkan.
  • Tidak diluluskan: Catatan tersebut tidak dipaparkan pada Google Search atau Maps untuk ditemukan oleh pelanggan. Tanda soal di sebelah status memaparkan dasar kandungan yang dilanggar oleh catatan tersebut.

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11783899199155003949
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
99729
false
false
false