Untuk mengedit maklumat perniagaan anda pada Google, seperti nama perniagaan atau waktu perniagaan dan berinteraksi dengan pelanggan, anda perlu mengesahkan perniagaan anda. Apabila anda mengesahkan perniagaan anda pada Google, anda memperoleh pemilikan Business Profile anda dan boleh memastikan maklumat perniagaan anda tepat.
Penting: Anda memerlukan Google Account bagi mendaftar untuk Business Profile. Anda boleh:
- Membuat Google Account baharu dengan alamat Gmail atau alamat e-mel pilihan anda. Ketahui cara membuat Google Account.
- Menggunakan Google Account yang sedia ada dengan sebarang alamat e-mel. Ketahui cara log masuk ke Google Account anda dengan alamat e-mel yang lain.
Petua: Jika anda mempunyai alamat e-mel syarikat, anda boleh memautkan alamat e-mel tersebut kepada Google Account anda. Perkara ini membolehkan anda mengurus Business Profile anda dengan mudah.
Langkah 1: Cari perniagaan anda
Cari perniagaan anda pada GooglePenting: Untuk menemukan profil anda, anda perlu log masuk ke Google Account yang berkaitan dengan profil tersebut.
Untuk menemukan profil anda, cuba mana-mana kaedah ini:
- Pada Search, cari nama dan bandar perniagaan anda atau
my business.
- Pada apl Google Maps
, pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik Perniagaan.
- Jika anda mempunyai lebih daripada satu perniagaan:
- Pada bahagian atas, ketik Anak panah ke bawah
.
- Pilih perniagaan yang mahu anda sahkan.
- Pada bahagian atas, ketik Anak panah ke bawah
- Jika anda mempunyai lebih daripada satu perniagaan:
Petua: Jika anda tidak dapat menemukan perniagaan anda pada Google, anda mungkin perlu menambahkan perniagaan anda.
Penting: Pastikan alamat perniagaan anda adalah betul dan mematuhi garis panduan kami. Ketahui perihal garis panduan alamat kami dengan lebih lanjut.
- Jika perniagaan anda belum wujud pada Google: Tambahkan perniagaan anda, kemudian teruskan kepada langkah seterusnya.
- Jika anda belum menuntut perniagaan anda lagi: Tuntut perniagaan anda supaya anda boleh membuat pengesahan dan mengawal cara perniagaan itu dipaparkan pada Google.
Ketahui cara menambahkan atau menuntut Business Profile anda pada Google.
Langkah 2: Sahkan perniagaan anda
Penting:
- Kaedah pengesahan ditentukan secara automatik oleh Google dan tidak boleh diubah.
- Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin perlu mengesahkan perniagaan anda dengan lebih daripada satu kaedah.
Untuk mengesahkan perniagaan anda, cuba pilihan yang tersedia untuk Business Profile anda. Pilihan pengesahan bergantung pada jenis perniagaan, maklumat umum, wilayah atau waktu perniagaan.
Rakaman videoUntuk mengesahkan perniagaan anda, anda boleh merakam video yang menunjukkan maklumat perniagaan anda. Jika perniagaan anda layak, kami mengesyorkan anda menggunakan pilihan ini.
Ketahui cara mengesahkan perniagaan anda dengan merakam video.
Penting: Untuk mendapatkan kod pengesahan anda, pastikan anda boleh menjawab nombor telefon perniagaan anda atau menerima mesej teks. Sistem Respons Suara Interaktif (IVR) tidak akan menerima kod.
- Akses Business Profile anda.
- Pilih Dapatkan pengesahan
Telefon atau SMS.
- Jawab panggilan atau buka mesej teks dengan kod.
- Pada profil anda, masukkan kod.
- Akses Business Profile anda.
- Pilih Dapatkan pengesahan
E-mel.
- Ikut langkah dalam e-mel.
Penting:
- Pengesahan video langsung mungkin tidak tersedia untuk semua perniagaan. Kami mengesyorkan anda mencuba pilihan yang tersedia untuk anda. Jika anda masih tidak dapat mengesahkan perniagaan anda, hubungi sokongan.
- Panggilan video langsung hanya tersedia semasa waktu perniagaan lokasi anda.
Langkah 1: Bersedia untuk panggilan
- Pastikan anda mempunyai peranti yang menyokong panggilan video langsung.
- Pastikan anda berada di tempat perniagaan anda dan boleh menunjukkan lokasi serta pemilikan anda semasa panggilan. Sebagai contoh, bersedia untuk menunjukkan:
- Lokasi semasa anda: Tunjukkan papan tanda di laur, perniagaan berdekatan atau papan tanda jalan yang mengesahkah lokasi perniagaan anda.
- Perniagaan atau peralatan anda: Tunjukkan produk anda, peralatan berjenama, bahan pemasaran atau alatan yang anda gunakan untuk melayani pelanggan.
- Bukti bahawa anda yang mengurus perniagaan: Tunjukkan akses ke kawasan pekerja sahaja atau item seperti mesin daftar tunai, dapur, bilik stor atau dokumen perniagaan yang bukan sensitif. Anda juga boleh menggunakan kunci anda untuk membuka kemudahan anda.
Langkah 2: Mulakan panggilan video langsung
- Akses Business Profile anda.
- Pilih Dapatkan pengesahan
Panggilan video langsung
Seterusnya.
- Pilih bahasa anda.
- Untuk memulakan sembang teks dengan wakil sokongan, pilih Mulakan panggilan.
Langkah 3: Tunjukkan perniagaan anda melalui panggilan video
- Apabila wakil sokongan bersedia, mereka akan membantu anda menyertai panggilan video.
- Untuk menunjukkan lokasi dan pemilikan perniagaan anda, gunakan kamera pada peranti anda.
Penting: Pengesahan melalui poskad tidak tersedia untuk semua perniagaan. Kami mengesyorkan anda mencuba pilihan yang tersedia untuk anda. Jika anda masih tidak dapat mengesahkan perniagaan anda, hubungi sokongan.
Jika pengesahan melalui mel tersedia dalam Business Profile anda dan anda memilih kaedah ini, kami akan menghantar kod pengesahan kepada anda melalui mel. Untuk mengesahkan bahawa perniagaan anda terletak di alamat yang disenaraikan, anda mestilah memasukkan kod tersebut pada profil anda.
Langkah 1: Minta kod anda
- Akses Business Profile anda.
- Pilih Dapatkan pengesahan
Poskad.
- Pastikan alamat surat-menyurat perniagaan anda adalah betul.
- Minta kod.
Langkah 2: Tunggu kod anda dihantar melalui mel
Penting:
- Jangan edit nama, alamat atau kategori perniagaan anda pada Business Profile anda. Jika anda berbuat demikian, kod yang kami hantar kepada anda tidak akan berfungsi.
- Jangan minta kod baharu. Jika anda berbuat demikian, kami akan membatalkan kod dalam mel dan menghantar kod baharu. Hal ini boleh menjadikan proses lebih lama.
- Kod pengesahan akan tamat tempoh selepas 30 hari.
Langkah 3: Masukkan kod pengesahan anda
Penting:
- Pastikan kod pengesahan selamat.
- Google tidak akan meminta kod pengesahan anda.
- Jangan kongsi kod pengesahan tersebut dengan sesiapa pun, walaupun orang yang mengurus Business Profile anda.
Apabila anda menerima poskad dengan kod pengesahan anda, masukkan kod tersebut dalam Business Profile anda.
Untuk memasukkan kod:
- Akses Business Profile anda.
- Dalam medan "Kod", masukkan kod pengesahan 5 digit anda.
- Pilih Hantar.
Langkah 3: Tunggu hingga 5 hari perniagaan untuk disahkan
Selepas anda melengkapkan langkah pengesahan, Google menyemak maklumat yang anda berikan. Untuk membantu anda mengekalkan integriti Business Profile anda, semakan pengesahan boleh mengambil masa hingga 5 hari perniagaan.
Dalam sesetengah keadaan, Google dapat mengesahkan profil dengan serta-merta. Hal ini boleh berlaku apabila:
- Anda mengesahkan laman web anda dengan Google Search Console. Ketahui cara menambahkan sifat laman web dalam Search Console.
- Anda menggunakan pengesahan pukal. Ketahui cara mengesahkan Business Profile secara pukal.
Langkah 4: Anda disahkan
Apabila perniagaan anda disahkan, anda akan mendapat e-mel pengesahan.
Jika pihak ketiga membantu anda mengurus profil anda, anda boleh menambahkan mereka pada profil anda selepas pengesahan:
- Ketahui cara menambahkan dan mengalih keluar pemilik serta pengurus.
- Ketahui cara memindahkan pemilikan utama Business Profile.
- Ketahui cara bekerja dengan pihak ketiga.
Selesaikan masalah pengesahan atau sahkan semula perniagaan anda
Dalam sesetengah keadaan, Google mungkin menemukan masalah dengan pengesahan anda. Anda boleh menyelesaikan masalah tersebut atau mengesahkan semula perniagaan anda.
Butang “Dapatkan pengesahan” dipaparkan pada profil anda sekali lagiApabila butang “Dapatkan pengesahan” dipaparkan pada Business Profile anda sekali lagi, hal ini bermakna Google tidak dapat mengesahkan perniagaan anda sepenuhnya. Untuk menyelesaikan masalah ini, cuba sahkan semula perniagaan anda.
Jika Business Profile anda menunjukkan berbilang pilihan pengesahan, anda boleh mencuba kaedah pengesahan yang lain. Ketahui cara mengesahkan perniagaan anda.
Apabila anda membuat pengesahan dengan rakaman video dan mendapat pemberitahuan “Semak masalah”, hal ini bermakna video anda tidak diterima. Untuk menyelesaikan masalah ini:
- Pilih Semak masalah.
- Ikut arahan pada skrin.
Jika anda diminta untuk memberikan maklumat tambahan untuk mengesahkan semula profil anda, hal ini mungkin kerana sesetengah butiran perniagaan anda telah dikemaskinikan baru-baru ini. Untuk memastikan maklumat perniagaan anda tepat, Google mungkin meminta anda memberikan butiran lanjut atau mengemaskinikan maklumat anda. Untuk menyelesaikan masalah ini:
- Pilih Dapatkan Pengesahan.
- Untuk mengesahkan semula perniagaan anda. Ketahui cara mengesahkan perniagaan anda pada Google.
Petua: Untuk mendapatkan bantuan lanjut, kemukakan pertanyaan dalam forum komuniti kami.