Jangkau lebih ramai pelanggan dengan iklan dalam talian

Untuk menjangkau pelanggan baharu di Google, cuba siarkan iklan menggunakan Kempen Pintar.

Kempen Pintar membantu pelanggan menemui perniagaan anda melalui iklan di Carian Google dan Peta Google. Apabila pengguna di kawasan kejiranan anda mencari produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan, iklan anda berserta alamat perniagaan, nombor telefon dan ikon iklan, boleh kelihatan bersebelahan hasil carian mereka untuk membantu menyerlahkan mesej anda.

Daftar untuk Kempen Pintar

Faedah Kempen Pintar

  • Memperoleh pendedahan yang lebih meluas: Jangkau bakal pelanggan yang belum menemui perniagaan anda lagi. Kempen Pintar membolehkan anda menarik perhatian pengguna yang mencari produk, perkhidmatan atau kategori perniagaan anda.
  • Menyerlahkan perniagaan dalam carian setempat: Iklan anda akan dipaparkan kepada bakal pelanggan yang berada di kawasan kejiranan anda ketika mereka mencari produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
  • Hanya bayar untuk hasil: Tetapkan belanjawan bulanan dan laraskan tetapan tersebut pada bila-bila masa. Anda membayar hanya apabila bakal pelanggan melawati tapak web anda atau menghubungi anda.
  • Komitmen masa yang minimum: Kempen Pintar direka bentuk untuk memudahkan kerja anda. Kami akan mengurus iklan anda secara automatik untuk membantu anda mengoptimumkan belanjawan anda.
  • Membuat iklan dalam beberapa minit: Cuma beritahu kami jenis produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan, tuliskan iklan anda dan tetapkan belanjawan—kemudian biar kami urus yang selebihnya. Daftar sekarang.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Kempen Pintar dapat mengembangkan perniagaan anda.

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9102848828292528161
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
99729
false
false
false