Waktu popular, masa menunggu dan tempoh lawatan

Untuk membolehkan pelanggan merancang lawatan ke perniagaan anda, Google mungkin memaparkan maklumat seperti waktu popular, maklumat lawatan secara langsung, masa menunggu dan tempoh lawatan biasa. Data ini kelihatan di bawah maklumat perniagaan biasa anda di Peta dan Carian Google.

Perihal data lawatan

Untuk menentukan waktu popular, masa menunggu dan tempoh lawatan, Google menggunakan data terkumpul dan awanama daripada pengguna yang telah mengikut serta dalam Sejarah Lokasi Google. Waktu popular, masa menunggu dan tempoh lawatan ditunjukkan untuk perniagaan anda jika perniagaan tersebut menerima lawatan yang mencukupi daripada pengguna ini. Anda tidak boleh menambahkan maklumat ini secara manual pada lokasi anda dan maklumat tersebut hanya kelihatan jika Google mempunyai data lawatan yang mencukupi untuk perniagaan anda. 

Data lawatan mungkin termasuk:

  • Graf waktu popular: Graf ini menunjukkan kesibukan lokasi anda pada waktu yang berlainan dalam sehari. Waktu popular adalah berdasarkan purata kepopularan sepanjang beberapa bulan lalu. Kepopularan waktu tertentu dipaparkan secara relatif kepada puncak populariti lazim untuk perniagaan tersebut pada minggu itu. Sebagai contoh, dalam imej di bawah, 8 malam hingga 9 malam pada hari Sabtu ialah salah satu masa yang lebih popular dalam minggu tersebut untuk perniagaan ini. 
  • Data lawatan secara langsung: Data ini menunjukkan betapa aktif lokasi anda pada masa ini. Data lawatan secara langsung dikemas kini dalam masa sebenar dan ditindan pada graf waktu popular. Sebagai contoh, dalam imej di bawah, bahagian yang diserlahkan pada graf mewakili betapa aktif lokasi pada masa ini berbanding tahap aktiviti biasa.
  • Tempoh lawatan: Data ini menunjukkan jumlah masa yang biasanya diluangkan oleh pelanggan di lokasi anda. Anggaran tempoh lawatan adalah berdasarkan corak lawatan pelanggan sepanjang beberapa minggu lalu.
  • Anggaran masa menunggu: Data ini menunjukkan tempoh masa pelanggan perlu menunggu sebelum menerima perkhidmatan pada waktu yang berlainan dalam sehari. Data ini juga menunjukkan masa menunggu puncak untuk setiap hari dalam seminggu. Masa menunggu yang dipaparkan adalah berdasarkan corak lawatan pelanggan sepanjang beberapa minggu lalu. Anggaran masa menunggu berbeza-beza untuk jenis perniagaan yang berlainan. Contohnya, masa menunggu restoran makan duduk menunjukkan tempoh masa pelanggan menunggu sebelum mereka mendapat tempat duduk.

Live Busyness screenshot

 

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5752620308917228603
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
99729
false
false
false