Untuk menjual buku di Google Play, anda perlu menyediakan tetapan jualan dan pembayaran. Pada halaman ini anda akan menemui gambaran keseluruhan persediaan biasa yang digunakan oleh penerbit, bersama dengan lebih banyak pilihan terperinci.
- Setuju menerima Tambahan Edisi Google
- Tambah profil pembayaran
- Tambahkan akaun bank
- Serahkan maklumat cukai untuk jualan berkaitan AS
- Tambah wilayah jualan
- Dayakan penukaran mata wang (pilihan)
- Sediakan harga untuk buku anda
- Dayakan penjualan buku anda
- Sahkan akaun bank anda untuk sesetengah negara
- Sahkan maklumat perniagaan anda untuk sesetengah negara
1. Setuju menerima Tambahan Edisi Google
Jika anda belum bersetuju menerima Tambahan Edisi Google lagi, Tambahan e-Buku Google atau Perjanjian Buku Google dan Buku Google Play, anda akan diberi pilihan untuk berbuat demikian pada kali pertama anda melawati Pusat Pembayaran. Klik butang Mula menjual buku anda di Google Play untuk melihat syarat. Jika anda bersetuju, klik butang yang bersesuaian.
2. Tambah profil pembayaran
Jika anda membuat akaun selepas Julai 2014, anda mungkin telah diberikan pilihan untuk menambahkan profil pembayaran semasa kali pertama anda menyediakan akaun. Jika ya, anda telah menyelesaikan langkah ini.Pergi ke Pusat Pembayaran untuk menambahkan profil pembayaran. Masukkan alamat perniagaan anda yang sah dan lengkapkan pendaftaran. Langkah ini diperlukan untuk menjual buku di Google Play.
Jika anda melihat ralat mengenai bukti kelayakan yang tamat tempoh, log keluar dari Akaun Google anda, kemudian log masuk semula.Pilihan terperinci
Jika anda ingin menerima bayaran dalam berbilang akaun bank, tambahkan profil pembayaran tambahan untuk setiap akaun bank.
3. Tambahkan akaun bank
Sediakan butiran akaun bank anda. Anda mungkin perlu mengesahkan akaun bank anda, proses ini boleh mengambil masa sehingga beberapa hari. Anda boleh menjual buku semasa akaun bank anda menunggu pengesahan.
4. Serahkan maklumat cukai untuk jualan berkaitan AS
Untuk menjual buku di seberapa banyak negara yang boleh termasuk AS, sila serahkan maklumat cukai. Google boleh menahan pembayaran sehingga anda memberikan maklumat ini.
5. Tambah wilayah jualan
Jika anda membuat akaun selepas Julai 2014 dan bersetuju menerima Tambahan Edisi Google semasa mendaftar, akaun anda menyertakan wilayah jualan lalai dengan hak seluruh dunia.Wilayah jualan menunjukkan negara tempat anda boleh menjual buku. Sediakan senarai lengkap semua negara tempat anda mahu menjual buku. Pilihan yang paling mudah adalah untuk menambahkan satu wilayah jualan tunggal untuk
WORLD
, yang akan membolehkan anda menjual buku di seluruh dunia dan menerima bayaran ke dalam satu akaun bank. Anda turut menentukan profil pembayaran (dan akaun bank) yang harus digunakan bagi mengumpul bayaran untuk sebarang jualan dalam wilayah jualan.Jika profil pembayaran anda telah dibuat baru-baru ini dan tidak dipaparkan dalam senarai lungsur apabila anda menambah wilayah jualan baharu, cuba muat semula halaman. Wilayah jualan anda mesti dipautkan ke profil pembayaran untuk dikonfigurasikan dengan betul.Pilihan terperinci
- Jika anda dikenakan undang-undang harga tetap di sesetengah negara sahaja, tambahkan wilayah jualan berasingan untuk negara-negara tersebut.
- Jika anda ingin menerima bayaran dalam berbilang akaun bank, tambahkan wilayah jualan berasingan untuk setiap akaun bank.
6. Dayakan penukaran mata wang (pilihan)
Jika anda membuat akaun selepas Julai 2014, penukaran mata wang didayakan secara lalai.Jika anda merancang untuk menjual buku di negara dengan mata wang berbeza, anda mungkin ingin menggunakan alat pertukaran mata wang kami. Buku hanya akan dijual di negara yang telah diberikan harga dalam mata wang tempatan. Anda boleh terus memberikan harga tempatan atau mendayakan penukaran mata wang dan menukar harga daripada mata wang berbeza.
7. Sediakan harga untuk buku anda
Lihat setiap buku dalam katalog anda dan masukkan harga pada tab "Harga". Untuk setiap harga, nyatakan mata wang, jumlah dalam angka dan negara anda ingin menggunakan harga tersebut. Jika ada telah mendayakan penukaran mata wang (lihat langkah nombor 6), maka anda boleh menyenaraikan negara yang menggunakan mata wang berbeza daripada yang telah anda nyatakan. Anda juga boleh menyembunyikan harga bagi mengelakkan jualan buku di negara tertentu
Pilihan terperinci
Sediakan harga untuk beberapa buku dan dalam beberapa mata wang dengan menggunakan fail hamparan.
8. Dayakan penjualan buku anda
Jika tetapan lalai anda tidak dikonfigurasikan untuk menetapkan buku agar diterbitkan secara automatik, anda perlu mendayakan penjualan buku anda di Google Play. Semasa melihat butiran buku, klik tab Terbitkan dan klik Sedia untuk Diterbitkan. Pilih Terbitkan ke Google Play dan Buku Google. Jika anda telah menerbitkan buku ini, tab ini akan dipanggil "Ringkasan".
9. Sahkan akaun bank anda (untuk sesetengah negara)
Jika Google membayar anda menggunakan pindahan kawat berdasarkan negara anda, langkah ini tidak diperlukan. Jika tidak, anda perlu mengesahkan akaun bank anda untuk menerima bayaran. Apabila anda menambahkan butiran akaun bank anda dalam salah satu langkah sebelumnya, Google akan mengirimkan sedikit deposit kepada anda. Masa selama beberapa hari boleh diambil untuk deposit ini muncul dalam akaun bank anda tetapi setelah mengetahui jumlahnya, sahkannya dengan mengedit profil pembayaran yang berkaitan.
10. Sahkan maklumat perniagaan anda (untuk sesetengah negara)
Jika bank anda berada dalam satu daripada negara berikut, sila berikan maklumat tambahan dengan mengisi borang ini dan memasukkan ID Saudagar yang disenaraikan di sebelah profil pembayaran anda.
- Austria
- Belgium
- Bulgaria
- Croatia
- Cyprus
- Republik Czech
- Denmark
- Estonia
- Finland
- Perancis
- Jerman
- Greece
- Hungary
- Iceland
- Ireland
- Itali
- Latvia
- Liechtenstein
- Lithuania
- Luxembourg
- Malta
- Belanda
- Norway
- Poland
- Portugal
- Romania
- Slovakia
- Slovenia
- Sepanyol
- Sweden
- United Kingdom
Setelah selesai mengkonfigurasikan tetapan jualan dan pembayaran, anda mungkin ingin mengetahui lebih lanjut tentang menerima bayaran atau laporan jualan.