Cara mendayakan prapesanan
Buku anda boleh tersedia untuk jualan prapesanan jika anda menetapkan tarikh jualan pada masa hadapan sehingga setahun lebih awal dan anda menyediakan semua tetapan dan fail lain yang diperlukan. Anda boleh menyediakan tarikh jualan pada tab Metadata/Maklumat buku. Anda juga boleh menggunakan hamparan.
Tetapan ini tidak menjejaskan ketersediaan pratonton buku anda pada Google Books.
- Log masuk ke Pusat Rakan Kongsi.
- Di sebelah kiri, pilih Katalog Buku.
- Pilih tajuk yang ingin anda buat perubahan.
- Di sebelah kiri, pilih Maklumat Buku
Tetapan
Tunjukkan tetapan terperinci.
- Di bawah "Benarkan pratonton sebelum tarikh jualan," pilihTidak.
Disebabkan oleh masa memproses yang berubah-ubah dan faktor lain, Google tidak dapat menjamin bahawa sesebuah buku akan tersedia untuk jualan prapesanan dalam lingkungan masa tertentu. Kami mengesyorkan agar anda menghantar buku anda kepada kami secepat mungkin kerana ia boleh mengambil masa hingga 48 jam untuk memproses fail .pdf atau .epub.
Status prapesanan dalam akaun anda dan di Google Play
Apabila buku anda tersedia untuk prapesanan, status buku tersebut dipaparkan sebagai:
- "Langsung di Google Play" dalam Katalog Buku anda
- "Boleh diprapesan di Google Play" dalam hamparan dan pada tab "Ringkasan" untuk buku tersebut.
Apabila anda melihat buku di Google Play, anda akan menemukan butang Prapesan berserta harga. Sila ambil perhatian bahawa bakal pembeli tidak akan mempunyai pilihan untuk membaca sampel buku sehingga tarikh jualan.
Prapesanan dijejaki dalam Laporan jualan Google Play anda. Di dalam laporan tersebut anda boleh mengetahui sama ada prapesanan telah dibuat, dipenuhi atau dibatalkan. Oleh sebab pelanggan tidak dikenakan bayaran untuk prapesanan sehingga tarikh keluaran, pembelian ini hanya dipaparkan dalam laporan pendapatan anda setelah buku tersebut diserahkan secara digital kepada pelanggan.